Thursday 30 June 2011

RAHSIA DIWAJIBKAN SOLAT

SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa.
 

Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat. "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)

Dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "aqama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran.

Antaranya, firman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.

"Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (an-Nisa':103)

Setiap individu Muslim dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun.

Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.

1. Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampiri diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)

2. Solat adalah tanda kesyukuran. Muslim atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.

3. Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:

"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

4. Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya dari melakukan maksiat dan kemungkaran.

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)

5. Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

"Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)

6. Solat dapat mententeramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekali gus menjadikan kehidupannya lebih ceria.

Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)

Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati.

Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.

Wednesday 29 June 2011

RELA DIMASUKKAN KE DALAM NERAKA.

Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu.


Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi Musa AS kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya". Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurgaku yang paling tinggi".

Monday 27 June 2011

Kalau Tidak Bersalah, Mengapa Takut Pada Kekalahan?


- oleh : BayangDiAir
UMNO takut kalah. PM takut kalah. Menteri-menteri takut kalah. Pemimpin atasan takut kalah. Yang di bawah pun takut kalah. SPR nampaknya takut juga UMNO kalah. Tak pasal-pasal SPR takut UMNO kalah. Cara SPR mentafsir keadilan pilihanraya sama dengan UMNO tafsir. Polis pun takut UMNO kalah? Cara polis tafsir hak kebebasan berhimpun secara aman sama dengan UMNO tafsir. Media arus perdana juga takut UMNO kalah. Cara pemberitaan mereka jelas mempromosikan UMNO. Yang baik-baik dipaparkan. Ke manakah yang buruk-buruk UMNO?

Menghalang perhimpunan aman adalah cara orang takut kalah. Tangkap orang hanya kerana pakai baju kuning adalah manifestasi ketakutan melampau. Segila-gila orang gila pun tak fobia kepada orang yang pakai baju kuning. Memperalatkan polis adalah tindakan UMNO yang takut. UMNO tak berani berhujah dengan kebangkitan rakyat. Dlam forum,  tiga UMNO lawan seorang yang lawan UMNO. Moderatot pun masuk UMNO. UMNO jadi empat. Itulah cara berlaku orang jantan dalam UMNO. Jadi jangan heran kalau tengok jantan UMNO dengan tubuh yang sasa. Cabut dia kalau satu lawan satu. Yang tubuh melidi boleh menang kalau berlawan seorang lawan seorang dengan bapak sasa berlabel UMNO.

Sebab itulah UMNO tolak polis ke depan. Polis terpaksa ikut cakap. Polis kerja dengan bos. Bos suap makan. Kalau tak ikut bos, nanti berlaku macam-macam. UMNO jelling pada SPR. UMNO tak perlu jawab sendiri dakwaan BERSIH bahawa pilihanraya Malaysia tidak adil. UMNO tolak SPR ke depan.  SPR kena jawap. Kalau salah jawap, siap. SPR ada bos. Bos SPR sama dengan bos polis. Kalau tak sama dengan kehendak bos, cari masalah pulak. Bos sekolah juga kadang-kadang takut pada tukang kebun sekolah kalau tukang kebun sekolah itu orang kuat UMNO. Tukang kebun kata pengetua jangan buat, pengetua ikut. Kalau tukang kebun tak setuju, baik Pengetua diam kalau tak kena dengan angin. Nanti terpelanting Pengetua.

Media perdana juga ada bos. Bos menentukan berita apa yang boleh disiarkan dan yang mana tidak boleh. Bos ada saham. Bos besar ada kuasa pelantingkan bos media. Kalau mahu naik, pam bos. Biar bos makin buncit dan tembam. Tak apa. Bos suka begitu. Kalau boleh bos  besar nak tembam macam belon. Boleh terbang tinggi.

UMNO dah sangat takut pada kekalahan. Mungkin dalam mimpi pun sudah mimpi kalah. Sebab itu, bangun tidur terus keluar perkataan, “by at all costs”, by hook or by crook”, “walau apa terjadi Putrajaya tetap dipertahankan”. Semua orang faham mengapa mereka takut kalah.  Hanya mereka menyangka semua rakyat ini macam orang kampung hulu yang tak cukup lampu jalan.
Kata orang tua-tua, BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA ……
Habis, rakyat terbanyak yang tidak bersalah perlukah berkongsi ketakutan mereka? Fikir-fikirkanlah.

Matador?

oleh: BayangDiAir
Penulis kurang bersetuju dengan pemakaian baju-T BERSIH yang berwarna kuning.  Mungkin ini bukan satu pandangan yang popular. Mungkin juga dianggap  kurang akses kepada maklumat dan strategi. Tidak mengapalah asalkan penulis dapat melontar sedikit pandangan dan pengalaman daripada Himpunan Bersih yang pertama dulu. Kalau pandangan ini baik, masih sempat untuk golongan anti penipuan pilihanraya mengambil faedahnya.

Sebenarnya penulis sudah congak dan timbang antara kebaikan dan keburukan pemakaian baju-T BERSIH itu. Penulis dapati banyak maksud dan matlamat positifnya. Negatifnya tak banyak namun ada satu yang cukup besar iaitu sasaran untuk mengumpulkan 300 000 demonstran mungkin gagal.

Apakah justifikasi dari segi undang-undang untuk polis merampas, menghalau dan menangkap orang yang berbaju kuning BERSIH? Sukar untuk dicari contoh sebuah negara yang sanggup melakukan seperti yang dilakukan oleh polis di Malaysia. Polis Malaysia buat perkara yang cukup aneh namun selaras dengan tafsiran Menteri Keselamatan Dalam Negeri  tentang undang-undang dan perlembagaan.
Sudah terbukti beberapa kes polis didapati  bersalah oleh mahkamah kerana menangkap, menyuraikan dan mengganggu sesuatu ceramah. Pernah polis diherdik hakim kerana dangkal dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Bukan polis tidak serik. Mungkin juga ada orang berkata polis lebih kuat UMNO daripada  ahli UMNO. Namun bagi penulis, biasalah orang fasik lebih taat kepada arahan ketua meskipun bercanggah dengan undang-undang dan prinsip agama. Orang macam ini hanya nampak bos yang memberi makan. Mereka tak nampak Tuhan yang mengaturkan segala rezeki itu. Perintah Tuhan tidak ditaati sebagaimana taat mereka akan perintah bos.

Berbalik kepada pemakaian baju-T BERSIH. Pengalaman lalu boleh dikoleksikan. Ada polis rampas baju kuning. Kalau tak nampak baju kuning, polis geledah beg. Ada yang awal-awal campak baju kuning sebelum sampai di sekatan jalanraya. Ada bas dan kereta yang diarahkan berpatah balik hanya kerana ada baju kuning. Sampai di Karak, balik semula ke kampung halaman termangu-mangu. Ongkos dah habis, maksud tak tercapai. Kini, orang yang jual baju BERSIH pun kena soal-siasat di balai. Inilah manifestasi tahap kematangan keadilan di Malaysia.

Di tengah kota, orang yang memakai baju kuning dihambat dan ditangkap. Tak tahulah akta dan fasal ke berapa yang polis pakai. Mereka tak ambil kira  kesudahan kes itu apabila dibawa ke mahkamah nanti. Mereka akan halang dan kejar si pemakai baju kuning. Segila-gila orang gila tak pernah fobia melihat baju kuning. Macamana ada manusia yang berpendidikan boleh fobia pada warna kuning. Tak tergamak pula penulis nak umpamakan senario ini dengan lembu jantan yang pantang jumpa orang berbaju merah.
Kesimpulannya,  tidakkah nanti hasrat untuk mengumpulkan 300 000 peserta walk for democracy akan terbantut hanya kerana baju kuning?  Jadi adakah berbaloi memakai baju tema berbanding dengan kegagalan memaksimumkan peserta perhimpunan aman itu? Namun sekiranya baju-T BERSIH tetap disepakati untuk dipakai, maka biarlah nanti pemakainya menjadi matador yang bijaksana.

Sunday 26 June 2011

Solat Dan Lima Jenis Manusia

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.
Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.
posted by BLOGGER @ 4:43 AM 

Thursday 23 June 2011

MUKMIN YANG HEBAT




t3.gstaticSESUNGGUHNYA kualiti seorang insan diukur dengan keimanan dan perilaku mulia yang ada dalam jiwa mereka. Kedua-dua ukuran ini (iman dan akhlak) akan sentiasa seiringan dalam jiwa manusia bagi memastikan kedudukan serta darjat yang tinggi di sisi Allah.


Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Abu Daud bermaksud: “Aku memberi jaminan bahawa orang yang berakhlak mulia akan bersamaku di syurga yang paling tinggi.”


Sifat kasih sayang dan kelembutan hati adalah petanda orang yang mempunyai sifat kesempurnaan serta kehebatan dalam dirinya.


Sifat sabar terhadap ujian dan sedia memaafkan orang yang menganiaya kita adalah sebaik-baik akhlak yang sangat dipuji Allah seperti firman Allah bermaksud: “Dan mereka yang sanggup mengawal kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain.”


Sementara itu, Fudail Bin Iyadh berkata, kedua-dua sifat penyayang dan pemaaf adalah sifat Nabi dan Rasul yang mana Nabi Ibrahim dipuji oleh Allah dalam surah Hud dengan firman yang bermaksud: “Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang penyayang dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.” Lalu Allah anugerahkan padanya seorang putera yang hebat iaitu Ismail.


Nabi Nuh, Musa serta junjungan besar Muhammad SAW juga menghadapi ujian sama dengan tentangan dan gangguan hebat daripada kaum mereka sendiri sehingga Baginda menyebut kepada isterinya Aishah: “Aku amat berharap akan lahir dari tulang sulbi mereka insan yang akan menyembah Allah yang maha Esa.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Baginda juga pernah berkata kepada Ibnu Abd Qais: “Sesungguhnya padamu ada dua sifat yang disukai Allah dan Rasul-Nya iaitu perasaan kasih dan pemaaf.” (Hadis riwayat Muslim dari Anas bin Masud)


Insan paling hebat di sisi Baginda SAW ialah Saidina Abu Bakar kerana mempunyai sifat penyayang dan pemaaf. Ini diakui Saidina Umar dengan katanya: “Abu Bakar lebih baik dariku kerana dia seorang yang lemah lembut lagi pemaaf. Beliau juga berani dan teguh pendirian dan tidak pernah goyang dengan segala gangguan serta cabaran kaum Musyrikin.”


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak dikategorikan sebagai orang yang kuat dengan beradu tenaga dan kekuatan, tetapi orang yang kuat ialah mereka yang mampu memadamkan api kemarahannya ketika dia marah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Mendiamkan diri daripada orang yang jahil lebih baik daripada melayan kerenah mereka kerana mendiamkan diri adalah sesuatu azab terhadap orang yang bodoh dan jahil.


Seorang lelaki telah memaki hamun seorang tabiin bernama (Sya’bi) lalu beliau menjawab: “Jika benar apa yang kamu katakan, semoga Allah mengampuniku dan jika salah, maka Allah juga bisa mengampunimu kerana sesiapa yang memaafkan orang lain akan dimaafkan Allah.”


Ibnu Qayyim Al-Jauzi pernah berkata: “Seseorang akan diperlakukan seperti apa yang dilakukan terhadap orang lain kerana semua akan mendapat sesuatu yang setimpal dengan usahanya. Sesiapa yang memaafkan akan dimaafkan Allah. Begitu juga bagi yang melampaui batas juga akan memberati baginya kelak.”


Sifat marah adalah anasir yang boleh merosakkan akhlak dan berpotensi mencalarkan maruah seseorang. Pernah disebut seseorang kepada Abdullah Bin Mubarak (ulama tabiin): “Dapatkah tuan memberikan sesuatu yang boleh membentuk kesempurnaan akhlak? Maka beliau menjawab: Kawal kemarahanmu kerana ia adalah wasiat Baginda SAW. Baginda didatangi seseorang dengan soalan yang sama, maka jawab Baginda: “Janganlah kamu marah (sebanyak tiga kali).” (Hadis riwayat Bukhari).


Ada juga perawi hadis menambahkan, setiap kemarahan akan diiringi dengan setiap jenis kejahatan dan akan melemahkan akal fikiran manusia hingga sanggup berkata dusta serta melakukan perkara di luar peradaban manusia.


Baginda pernah berdoa yang bermaksud: “Ya Allah, aku memohon kata-kata benar ketika aku t1.gstaticsedang marah.” (Hadis riwayat Nasai’)


Ada kala manusia boleh kehilangan segala-galanya disebabkan sifat marah. Jabir bin Abullah berkata: “Kami pernah berjalan bersama Baginda SAW bersama seekor unta lalu berkatalah seseorang kepada unta itu: Laknat ke atasmu, lalu didengar oleh Baginda SAW. Lalu Baginda menjawab: “Siapakah orang yang melaknat untanya sila pergi dari sini kerana perbuatannya itu akan menjauhkan dirinya daripada rahmat Allah dan doanya tidak akan dimakbulkan ketika ia marah.” (Hadis riwayat Muslim)


Ini menunjukkan doa orang yang sedang marah akan ditolak Allah. Nabi SAW pernah menyarankan kepada mereka yang sedang marah supaya memohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

Monday 20 June 2011

MENANTI DETIK UMNO BERTANDING ATAS SIMBOL KERIS TELANJANG.


- Oleh BayangDiAir
Apa pemimpin UMNO dan PERKASA tak kata kepada orang Cina dan India. Bukan sekadar memperli dan menghina malah mengugut dengan pelbagai cara. Ingatkah lagi isu heret dan sepak kepala lembu? Apakah orang India dan penganut  Hindu tidak terhina? Apakah hilang rasa marah kaum India di bandar dan di estet hanya kerana disogokkan dengan sedikit kemudahan dan bantuan ketika pilihanraya? Apakah kaum Cina tidak rasa tersentuh apabila dianggap sebagai pendatang asing? Apakah gelaran pelacur untuk perempuan Cina tidak mampu menggugat kesetiaan MCA terhadap UMNO?

Terbaru, amaran Ibrahim Ali agar orang Cina jangan keluar berdemo bersama BERSIH pada 9 Julai dan sedia menyimpan makanan tambahan di rumah. Manakala gambar pemimpin India, Datuk Ambiga Sreenevasan dibakar. Mengapakah PERKASA mengedarkan risalah yang mentohmahkan Ambiga sebagai wanita Hindu yang merbahaya? Tidakkah semua ini mengguris perasaan orang-orang India dan Cina? Apakah MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti kaum Cina di Sabah dan Sarawak tak mampu bergerak dari pelukan palsu UMNO? Payahnya mereka merungkai ikatan daripada UMNO seolah sama payahnya orang Melayu Felda menolak kepalsuan pemimpin UMNO.

Mengapa Cina MCA, India MIC dan bukan Melayu dalam Gerakan masih terhegeh-hegeh dengan UMNO? Tiada maruahkah mereka? Atau ada sesuatu yang kita tak pasti mengikat kaki dan tangan mereka. Kalau pemimpin segagah Chua Soi Lek  pun tak berani buat lebih selain sekadar sindiran kepada UMNO dan PERKASA, apa lagi pemimpin dan pengikut biasa. Tak ada seorang pun yang berani membawa parti masing-masing keluar dari BN. Sebab lemah inilah agaknya pemimpin UMNO dan PERKASA terus berani memperli, menghina dan mengugut kaum-kaum tersebut.

MCA, MIC , Gerakan dan parti-parti dominasi bukan Melayu di Sabah dan Sarawak bukan tidak dapat memahami hubungan UMNO dengan PERKASA. Kata orang, “sekilat ikan di air sudah tahu jantan betinanya.” Gerak tindak perjuangan PERKASA amat berbahaya untuk perpaduan kaum. Semuanya bernada cauvanis dengan permusuhan yang tajam. Siapa yang ada dalam PERKASA? Siapa Mahathir? Siapa Ibrahim Ali? Sila tilik pemimpin-pemimpin mereka? Bukankah mereka pemegang kad keahlian, Pemuda  dan Puteri? Mengapakah kerajaan yang bertulangbelakangkan UMNO tidak mengambil tindakan terhadap pemimpin PERKASA yang mengeluarkan kenyataan berbahaya kepada keselamatan negara? Apakah pihak keselamatan ingin mengaplikasi kaedah Operasi Lalang yang seumpama wayang itu? Berpura-pura tangkap 3 orang pemimpin UMNO untuk nanti ditangkap 30 orang pemimpin Pakatan Rakyat. Bermain wayang dengan 2 minggu pemimpin PERKASA dalam ISA untuk nanti membayangi  2 tahun pemimpin Pakatan Rakyat dalam tahanan Ikut Suka Aku itu?

Entahlah. Penulis pernah malu terhadap kedangkalan orang Melayu berpolitik. Apakah kaum Cina dan India tidak rasa malu terhadap sikap lembu kenyang pemimpin mereka? Dalam masa penulis mencari-cari rahsia parti-parti bukan Melayu terus memeluk pinggang UMNO, eloklah rasanya kaum bukan Melayu berkira-kira untuk melihat sejauh mana kuat dan hebatnya UMNO menghadapi pilihanraya tanpa sokongan  mereka secara total.  Dan yang kita semua nantikan ialah saat untuk melihat kehandalan dan kehebatan UMNO berjuang sendiri atas simbol keris telanjangnya. Atau mungkin jua UMNO terus bertanding atas simbol dacing yang berkomponenkan parti SPR, parti PDRM dan parti Undi Pos.

Cara lawan Nafsu



Menurut al-Ghazali : Nafsu boleh dikekang dengan kekangan takwa. Dengan itu ia akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga boleh membelenggunya sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan peranannya.Dengan kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang akan mendatangkan kecelakaan , ia perlu dilemahkan dengan penghinaan. Jangan sekali-kali diberi muka dan dilayani keinginannya.


Ulamak sufi menganjurkan tiga langkah untuk melemahkan hawa nafsu:

Pertama, setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya.

Kedua, hendaklah diberikan suatu tekanan atau deraan yang berat ke atasnya. Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di atas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah, apa lagi kalau dikurangkan rumput untuknya.

Ketiga, hendaklah sering berdoa, memohon perlindungan daripada Allah Taala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun bil-su`).

Langkah ini penting, kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala, hamba-Nya akan bebas daripada pengaruh atau runtunan nafsu.

Dalam al-Quran, Allah mengisahkan, bahawa nabi Allah Yusuf alaihissalam bersabda, mafhumnya : Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. (Yusof:53)

Berpuasa juga antara cara untuk mengawal nafsu.

Sunday 19 June 2011

Guna Pancaindera Untuk Fikir Kebesaran Allah.




t1.gstaticMANUSIA makhluk menakjubkan yang Allah letakkan kepada mereka banyak rahsia kekuasaan Ilahiyah dan tempat melahirkan inayah ketuhanan-Nya.


Mereka dipilih Allah sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi seperti firman-Nya: “Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-An’am ayat 165)


Kalau dikaji ayat al-Quran, terdapat banyak perintah Allah menyuruh manusia mengkaji diri mereka sendiri. Pada diri manusia itu terdapat tanda kebesaran, rahsia dan kekuasaan Allah yang perlu direnungi sebagai pedoman dan iktibar. Hanya mereka yang berakal memahami hakikat ini.


Firman Allah bermaksud: “Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?” (az-Zariyat ayat 21)


Firman Allah SWT lagi bermaksud: “(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia diciptakan.” (at-Tariq Ayat 5)


Sesungguhnya Allah mencipta setiap anggota manusia dengan sempurna, cantik dan tersusun. t2.gstaticCuba perhatikan anggota yang wujud di kepala manusia seperti lidah, telinga dan mulut. Lidah yang dicipta sentiasa digunakan manusia untuk bertutur di samping berperanan sebagai deria rasa untuk menikmati makan dan minuman. Di kanan dan kiri kepala manusia pula, Allah mencipta sepasang telinga untuk mendengar. Di kepala itu juga terdapat sepasang mata untuk melihat.


Tiga pancaindera yang terletak di kepala ini sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia membantu manusia menguruskan kehidupan harian mereka. Jika ditanya kepada manusia, adakah mereka mahu dibisukan lidah, dibutakan mata atau dipekakkan telinga, tentu sekali mereka akan mengatakan tidak kerana tanpa ketiga-tiga pancaindera ini kehidupan mereka amat sukar.


Persoalannya siapakah yang mencipta dan menganugerahkan pancaindera yang hebat ini secara percuma kepada manusia? Jika rosak, adakah pancaindera yang sangat berharga ini boleh dibeli atau ditempah sebagai gantinya? Seterusnya adakah wujud cerdik pandai di dunia ini yang boleh mencipta pancaindera itu yang sama dan setanding seperti asal?


Persoalan seperti ini tidak mampu dijawab oleh manusia melainkan ia perlu kembali kepada yang menciptanya. Siapakah yang mampu mencipta pancaindera yang sebegitu hebat? Tidak lain Dialah Tuhan yang bersifat Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih kepada seluruh makhluk-Nya.


t1.gstaticContoh lain, jika seseorang manusia yang mahu tidur, namun matanya tidak mahu lelap sedangkan sudah puas dia berusaha untuk memejamkan matanya, adakah dia yang mahu supaya matanya tidak lelap? Atau ada kuasa lain yang menahan matanya supaya lelap? Jika ya, adakah manusia boleh melawan kuasa itu? Sudah tentu jawapannya tidak. Ini menunjukkan betapa lemahnya manusia. Jika matanya sendiri tidak berupaya untuk dilelapkan apatah lagi jika mahu dibanding dengan kekuasaan Penciptanya.


Demikianlah beberapa contoh yang terdapat pada diri manusia yang perlu direnungi, moga-moga dengan cara itu manusia akan mengenali siapa dirinya, siapa Tuhannya dan ke mana akhirnya perjalanan hidup mereka.

Dipetik dari Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Saturday 18 June 2011

Gempa Bumi Di Zaman Rasulullah s.a.w. Dan Para Sahabat.



t3.gstatic

Setidaknya dua kali gempa tercatat dalam riwayat hadits Nabi. Yang pertama di Mekah. Dan kedua di Madinah.


Pertama,Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, Ibnu Kuzaimah, ad-Daruquthni, dan lainnya dari Utsman bin Affan bahwa dia berkata, "Apakah kalian tahu Rasulullah pernah berada di atas Gunung Tsabir di Mekah. Bersama beliau; Abu Bakar, Umar dan saya. Tiba-tiba gunung berguncang hingga bebatuannya berjatuhan. Maka Rasulullah menghentakkan kakinya dan berkata: Tenanglah Tsabir! Yang ada di atasmu tidak lain kecuali Nabi, Shiddiq dan dua orang Syahid.”


Kedua, hadits shahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik, dia berkata:
“Nabi naik ke Uhud bersamanya Abu Bakar, Umar dan Utsman. Tiba-tiba gunung berguncang. Maka Nabi menghentakkan kakinya dan berkata: Tenanglah Uhud! Yang ada di atasmu tiada lain kecuali Nabi, Shiddiq dan dua orang syahid.”


Di antara pelajaran besar dalam dua riwayat di atas bahwa ternyata gunung tidak layak berguncang saat ada 4 manusia terbaik ada di atasnya. Nabi harus menghentakkan kaki dan mengeluarkan perintah kepada gunung untuk menghentikan guncangan tersebut.


Di sinilah pelajaran besarnya bagi kita sebagai analisa pertama tentang gempa. Bahawa keberadaan orang-orang sholeh di sebuah masyarakat membuat bumi tidak layak berguncang. Kriteria kesholehan sangat spesifik disebutkan dalam riwayat tersebut. Untuk kita, hanya tinggal dua pilihan mengingat sudah tidak ada lagi nabi. Yaitu: Shiddiq. Kriteria utama Abu Bakar adalah beriman tanpa ada rasa keraguan sedikit pun. Dan Syahid. Mereka yang meninggal fi sabilillah.


Jika manusia dengan dua kriteria itu masih banyak yang hidup di atas bumi, maka bumi tidak layak gempa. Sebaliknya, gempa terjadi manakala bumi telah sepi dari keberadaan orang-orang dengan keimanan tanpa ada kabut keraguan dan orang-orang yang meninggal fi sabilillah.


Dalam riwayat mursal yang disebutkan oleh Ibnu Abid Dun-ya, setelah Rasulullah menenangkan guncangan beliau berkata kepada para shahabat, “Sesungguhnya Tuhan kalian sedang menegur kalian, maka ambillah pelajaran!”


Gempa di Masa Umar bin Khattab radhiallahu anhu


Gempa juga tercatat pernah terjadi di masa kekhilafahan Umar, sebagaimana yang disampaikan
japan_earthquake_1846151cdalam riwayat Ibnu Abid Dun-ya dalam Manaqib Umar. Madinah sebagai pusat pemerintahan kembali berguncang. Umar menempelkan tangannya ke tanah dan berkata kepada bumi, “Ada apa denganmu?” Dan inilah pernyataan sang pemimpin tertinggi negeri muslim itu kepada masyarakat pasca gempa,
“Wahai masyarakat, tidaklah gempa ini terjadi kecuali karena ada sesuatu yang kalian lakukan. Alangkah cepatnya kalian melakukan dosa. Demi yang jiwaku ada di tangan-Nya, jika terjadi gempa susulan, aku tidak akan mau tinggal bersama kalian selamanya!”


Kembali, generasi terbaik itu mengajarkan ilmu mulia bahwa gempa terjadi karena dosa yang dilakukan oleh masyarakat. Umar dengan tegas menyatakan itu. Lebih tegas lagi saat dia bersumpah bahwa jika terjadi gempa susulan, Umar akan meninggalkan Madinah. Karena itu artinya dosa kembali dikerjakan dan tidak kunjung ditaubati.


Shahabat Ka’ab bin Malik mempunyai pendapat yang mirip dengan Umar bin Khattabh. Inilah pernyataan lengkapnya tentang gempa,“Tidaklah bumi berguncang kecuali karena ada maksiat-maksiat yang dilakukan di atasnya. Bumi gemetar karena takut Rab nya azza wajalla melihatnya.”


Ka’ab menyebut bahwa guncangan bumi adalah bentuk gemetarannya bumi karena takut kepada Allah yang Maha Melihat kemaksiatan dilakukan di atas bumi-Nya.


Gempa di Mata Ummul Mukminin Aisyah radhiallahu anha


Inilah pelajaran yang diberikan oleh guru besar para shahabat dan tabi’in sepeninggal Nabi selama 47 tahun; Aisyah isteri Nabi, seperti yang disampaikan oleh Ibnu Qayyim dalam kitabnya al-Jawabul Kafi.
Suatu saat Anas bin Malik bersama seseorang lainnya mendatangi Aisyah. Orang yang bersama Anas itu bertanya kepada Aisyah: Wahai Ummul Mukminin jelaskan kepadaku tentang gempa.


Aisyah menjelaskan,
“Jika mereka telah menghalalkan zina, meminum khamar dan memainkan musik. Allah azza wajalla murka di langit-Nya dan berfirman kepada bumi: guncanglah mereka. Jika mereka taubat dan meninggalkan (dosa), atau jika tidak, Dia akan menghancurkan mereka.
japan-confronts-nuclear-crisis-after-massive-quake_2011_650105-1Orang itu bertanya kembali: Wahai Ummul Mukminin, apakah itu adzab bagi mereka?
Aisyah menjawab, “Nasehat dan rahmat bagi mukminin. Adzab dan kemurkaan bagi kafirin.”
Anas berkata: Tidak ada perkataan setelah perkataan Rasul yang paling mendatangkan kegembiraan bagiku melainkan perkataan ini.


Sangat gamblang dan jelas penjelasan Ummul Mukminin Aisyah tentang penyebab spiritual gempa. Tiga dosa yang semuanya marak di zaman kita ini. Khusus untuk dosa yang pertama, Aisyah menggunakan kata istabahu yang artinya masyarakat telah menganggap zina itu mubah[perkara biasa]. Zina tidak hanya dilakukan, tetapi telah dianggap mubah. Dari ucapan, tindakan, kebijakan sebuah masyarakat bisa dibaca bahwa mereka yang telah meremehkan dosa zina, memang layak dihukum dengan gempa.


Inilah Kesimpulannya…


Dari semua pernyataan hamba-hamba terbaik Allah di muka bumi ini tentang gempa, ternyata penyebab spiritual gempa adalah sebagai berikut:
1. Sedikitnya orang-orang shiddiq [jujur dan amanah ] dan syahid yang tinggal di atas muka bumi
2. Masyarakat telah menghalalkan zina
3. Masyarakat telah mengkonsumsi khamar (narkoba)
4. Masyarakat telah memainkan muzik tanpa memikirkan larangan ALLah


Dan Inilah 4 Solusi dari Khalifah Adil…


Umar bin Abdul Aziz yang memerintah tahun 99 H – 101 H dengan prestasi fantastik dalam memakmurkan masyarakatnya hanya dalam 29 itu memberikan solusi terhadap gempa. Hal ini berawal dari gempa yang terjadi di zaman pemerintahannya. Selepas gempa mengguncang, Umar bin Abdul Aziz segera menulis surat instruksi kepada semua jajaran pejabatnya di seluruh negeri kekuasaannya. Dan inilah instruksinya,
“Gempa ini adalah sesuatu yang Allah azza wajalla gunakan untuk menegur hamba-hamba-Nya. Saya telah menulis perintah ke seluruh wilayah agar mereka keluar pada hari yang telah ditentukan pada bulan yang telah ditentukan, siapa yang mempunyai sesuatu maka bershadaqahlah karena Allah berfirman, Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman), dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia sholat. (Qs. Al-A’la: 14-15)


Dan katakanlah sebagaimana Adam berkata,
“Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.” (Qs. Al-A’raf: 23)


Dan katakanlah sebagaimana Nuh berkata,
“Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi.” (Qs. Hud: 47)


Dan katakanlah sebagaimana Yunus berkata,
“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (Qs. Al-Anbiya’: 87)



Dari epondokwordpress

Friday 17 June 2011

TOK IMAM DAN 20 SEN



Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...

Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Rujukan: iluvislam

Wednesday 15 June 2011

KE ARAH MANA UNJURAN GRAF DOSA KITA?

 -  BayangDiAir

Dosa?  Dosa besar atau dosa kecil? Pernahkah dosa pahala menjadi agenda perbincangan kita bersama keluarga dan rakan? Bukankah 24 jam atau 86 400 saat dalam sehari kita berada dalam perkiraan dosa pahala? Terdapatkah 1 detik di mana kita berada di luar zon dosa pahala?  Kalau tiada, mengapakah kita lebih memikirkan apa yang hendak dimakan dan pakaian mana hendak dipakai?  Mengapakah kita lebih utamakan akal untuk memikirkan aktiviti petang nanti atau hujung minggu berbanding menilai dosa  yang telah, sedang atau mungkin akan dilakukan?

 

Kita bukan Rasul atau Nabi yang maksum. Kita tidak terlepas daripada melakukan dosa. Justeru itu, kita mesti memberi prioriti terhadap kerja-kerja menghitung dosa pahala ini. Benar dosa sukar ditimbang dalam gram, kg atau tonne. Dosa besar mungkin boleh diumpamakan  sebesar Bukit Uhud. Dosa kecil mungkin seumpama ketul-ketul batu. Namun, apa kata kalau kita congak dan taksir berat dosa harian kita lalu kita berazam meminimumkannya dari sehari ke sehari.

 

Meminimumkan dosa adalah satu proses ke arah sifarkan dosa. Sama ada tindakannya berbentuk evolusi atau revolusi, terpulang kepada kemampuan masing-masing. Sekurang-kurangnya kita tunjukkan kepada Allah bahawa kita benci dosa dan maksiat yang kita lakukan. Kalau datang dari hati yang mulia dan ikhlas, insya Allah, Allah tidak mempersia-siakan usaha kita. Sebagai misalannya, alangkah baiknya seseorang yang berjudi 5 kali sebulan telah berjaya menjadikannya 4 kali, 3 kali, 2 kali, 1 kali dan seterusnya tiada lagi.

 

Kesimpulannya,  kita biasanya tenggelam dengan dosa. Lebih parah lagi ialah kita alpa untuk memikirkannya dan meminimumkannya. Ada orang berhenti terus daripada melakukan dosa. Tak perlu langkah meminimumkannya lagi. Namun bukan semua orang setangkas itu. Golongan yang tak tangkas inilah biasanya terus lalai tenggelam dalam maksiat. Golongan inilah yang mesti cuba mengambil langkah meminimumkan dosa sehingga akhirnya menjadi sifar terutamanya dalam amalan dosa-dosa besar seperti zina, meminum arak, berjudi dan mencuri. Ingatlah bahawa Allah tidak pernah lalai daripada menilikpandang usaha para hamba-Nya.