Wednesday 28 September 2011

SIAPA YANG UCAPKAN?


ARAK DAN MELAYU

Gambar ini dijumpai di Library Ohio University. Pada muka surat 2 buku program KGMMB’s (Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat) AGM 1968. Sebelah pada iklan ini kenyataan daripada Tun Abdul Razak Hussein, Pendana Menteri ketika itu.
  
Daripada : SKJ

Tuesday 13 September 2011

PARA DA'I PERLU MANFAATKAN BLOG TERBUKA

Dakwah adalah tanggungjawab bersama. Para da'i hendaklah saling membantu untuk menjayakan misi dakwah. Justeru itu, berikanlah sumbangan berbentuk makluman ceramah, kuliah agama, aktiviti, pengumuman dan sebarang artikel yang sesuai.




Hanya sign in dengan emel: salampendakwah@yahoo.com  dan password: jalanislam

Sumbangan anda adalah sumbangan untuk ISLAM.

Wednesday 7 September 2011

TOPIK YANG PALING MENAKUTKAN BAGI CHARLES DARWIN.

Charles Darwin

Mata adalah organ yang amat kompleks dan sempurna rekaannya. Ia terdiri daripada 40 komponen, dan ia tidak dapat berfungsi jika salah satu daripadanya hilang. Setiap komponen ini mempunyai perincian rumit yang membuatkannya mustahil untuk ia muncul secara kebetulan. Contohnya, jika lensa tidak ada, mata tidak dapat berfungsi. Atau, jika lensa dan pupil bertukar tempat, mata tidak dapat berfungsi.

Malah air mata yang kelihatan seperti cecair ringkas adalah amat penting kepada mata. Mata yang tidak mempunyai air mata akan kering dan seterusnya menjadi buta. Lagipun, khasiat antiseptik air mata melindungi mata daripada kuman.

Struktur mata

Struktur mata dapat disamakan dengan kereta. Sebuah kereta terdiri daripada banyak ceraian. Jika semua komponennya telah dipasang tetapi pedalnya hilang, kamu tidak akan dapat memandunya. Jika salah satu wayar motornya terputus, kereta tersebut tidak akan dapat bergerak. Mata juga seperti kereta, ia tidak dapat berfungsi jika salah satu komponennya hilang.

Bagaimanapun, para penyokong evolusi gagal menjelaskan bagaimana mata terbentuk, kerana mustahil sebiji mata dapat terbentuk secara kebetulan. Fikirkan, adakah mungkin 40 komponen berbeza dapat bercantum pada masa dan tempat yang sama? Ini termasuklah pupil, lensa, retina, kelopak mata, pembuluh mata, dan lain-lain perlu terbentuk secara kebetulan dan bercantum dengan sendiri. Sudah tentu ini adalah mustahil.

Jika kamu melihat sebuah kereta ketika kamu berjalan-jalan di dalam hutan dan bertanya bagaiman kereta ini boleh berada di sini, seseorang memberitahu kamu bahawa beberapa bahan daripada hutan telah bercantum dan membentuk kereta ini, adakah kamu akan mempercayainya? Apakah seseorang itu waras sekiranya dia mempercayai bahawa motor, pedal gas, stering, brek kaki, brek tangan, cermin hadapan, rangka dan bahagian-bahagian lain kereta dapat muncul secara mendadak dan bercantum untuk membentuk sebuah kenderaan?

Struktur mata lebih rumit dan sempurna daripada sebuah kereta. Oleh itu kita perlu mempersoalkan kesihatan mereka yang mendakwa mata terbentuk secara kebetulan. Darwin sendiri tidak dapat memahami bagaimana mata dapat muncul dan dia berkata, "Saya masih ingat apabila memikirkan tentang mata, ia membuatkan saya merasa seram sejuk". (Norman Macbeth, Darwin Retried: An Appeal to Reason, Boston; Gambit, 1971, muka surat 101) Pencipta teori ini tidak dapat membantu untuk menjelaskan tentang kesempurnaan struktur mata.

Kecantikan yang mempunyai penciptanya

Darwin juga tidak mahu memikirkan tentang bulu burung merak. Pernahkah kamu mengkaji dengan terperinci bulu seekor burung? Bulu burung mempunyai ciri-ciri amat kompleks untuk membantunya terbang. Setiap bulu burung ini pula mempunyai warna yang berbeza dan kita gemar melihatnya. Contohnya, bulu burung merak sangat cantik sehingga manusia menjadikannya subjek lukisan atau kanvas pin renda.

Struktur bulu burung yang unik

Bagaimanapun, terdapat seorang yang amat tidak menggemarinya, terutama bulu burung merak. Beliau ialah Charles Darwin. Kerana Darwin percaya bulu burung merak terbentuk secara kebetulan. Tetapi, ia terlalu cantik sehingga menyukarkan orang lain menerima bahawa ia terbentuk secara kebetulan. Darwin menerangkan tentang bulu ini, "Sekarang, memikirkan tentang struktur-strutur khusus sering menyebabkan saya tidak tenteram. Petanda yang terdapat pada bulu ekor merak, setiap kali saya melihatnya, membuatkan saya pening".

Penulis ialah Harun Yahya/Adnan Oktar (Kaum-kaum Yang Pupus, Penipuan Evolusi, Relativiti Masa dan Hakikat Takdir). Dipetik daripada buku Keajaiban Ciptaan Allah.

Saturday 3 September 2011

CERITA BERSAHABAT DENGAN ORANG-ORANG SOLEH.

- oleh BayangdiAir

Dengan siapa kita berkawan atau bersahabat? Bercerita dengan kawan yang minat bola, kita akan dapat maklumat tentang bintang bola, team-team dunia yang handal dan keputusan terkini bolasepak dunia. Bercerita dengan kawan yang minat memancing, kita akan tahu tentang lubuk ikan di laut atau di darat, umpan terbaik dan pengalaman memancing yang menarik. Bercakap dengan kawan yang minat bermain saham, kita akan mendapat maklumat tentang naik turun saham, jatuh bangun ekonomi dunia, harga minyak dunia, tukaran matawang dan harga emas terkini.

Kita berkawan dengan pelbagai jenis manusia. Di sini aku mahu berkongsi pengalaman dan amalan sahabat-sahabat yang soleh. Aku hanya menurunkan tiga  cerita  yang kecil tetapi teramat besar ertinya dalam pengalaman persahabatanku.
Cerita 1:
Ada sahabatku yang amalannya sangat suka memasang stiker islamik. Di setiap kenderaannya dan di rumahnya, banyak terdapat stiker-stiker seperti itu. Antaranya, “I love Allah”, “I love Islam”, Anda Islam, Anda Selamat” dan beberapa sticker lagi yang aku tak ingat perkataanya. Kata sahabatku, daripada tampal stiker MacD, MU, minyak pelincir, baik kita pamerkan kecintaan kita kepada Allah dan Islam. Moga itu menjadi saksi nanti di akhirat kelak. Moga itu menjadi dakwah yang bergerak ke mana sahaja kenderaan kita tuju dan berada. Katanya, “stiker aku adalah manifestasi cintaku kepada Allah dan Islam. Stikerku adalah dakwah bergerak. Moga ia menjadi bukti dan  saksi cinta yang bergelora dalam dadaku ketika hidup apabila aku berhadapan dengan Kekasihku di akhirat kelak.

Cerita 2:
Ketika berbual dengan seorang lagi sahabatku beberapa tahun dahulu, beliau berbicara tentang sikap orang yang menghina Quran tanpa sedar. Ada orang meletakkan rehal, kunci, buku dan macam-macam di atas Quran. Ada orang meletakkan Quran secara  terbiar sehingga berhabuk dan kotor  di rumah. Di mana sahaja dia ternampak al-Quran yang diletakkan secara tidak wajar dan terbiar , dia akan melakukan sesuatu untuk memperelokkan letaknya serta memastikan kebersihan agar terpelihara kemuliaan. Kata sahabatku itu, “Walaupun al-Quran itu kitab cetakan, bukankah ia adalah mukjizat , firman dan wahyu Tuhan, Allah Yang Amat Mulia Zat, Sifat dan Af’alnya? Mengapa diremehkan kemuliaannya?

Cerita 3:
Seorang sahabatku lagi pernah mengajarku tentang bersalam selepas aku memberi respons terhadap cara bersalamnya. Sekian lama aku menyedari teknik salamnya.  Apabila dia bersalam, dia akan menggengam erat tangan tanganku  sambil berpandangan mata. Yang menarik bagiku  ialah dia akan senyum setiap kali dia bersalam denganku. Katanya, suatu waktu dulu dia terfikir, “kenapa manusia bersalam dengan wajah yang tak mampu mengikat silatulrahim. Banyak orang bersalam dengan air muka yang tawar, seakan-akan garang dan terpaksa dan ada ketikanya bersalam sambil memandang ke arah lain. Hal ini katanya sering berlaku dalam kalangan jamaah masjid sendiri yang mempraktikkan salam beramai-ramai selepas solat jamaah. Dia tertanya-tanya dengan cara bersalam begitu, terlaksanakah maksud dan konsep salam itu sendiri? Lantas, dia memperbaiki cara bersalamnya hinggalah kini walaupun katanya salamnya tidak disambut secara wajar oleh sesetengah ahli jamaah sendiri.

Demikianlah ilmu yang aku timba daripada sahabat-sahabat yang soleh. Moga menjadi bahan renungan dan perkongsianku dan semua manusia yang bercita-cita akan iman dan taqwa. Jangan diremehkan soal-soal kecil. Ia mungkin amat besar di sisi Allah. Ingatlah kisah pelacur yang memberi minum anjing di padang pasir.  Bukankah dia mendapat redha Allah kerana ihsannya pada anjing yang sedang kehausan? Ingatlah pada kisah iblis yang dihalau dari syurga hanya kerana ada sekali perasaan takabbur? Iblis tak menafikan keesaan dan sifat ketuhanan Allah, dia hanya rasa  dia lebih mulia dari Adam yang diperbuat daripada tanah lalu dia mendapat murka dan celaka daripada Allah. Renung-renungkan.