Thursday 27 October 2011

Jangan Bersalam Melainkan Saudara Ubah Cara Bersalam Saudara

- oleh BayangDiAir

Saudara,
Tapak tangan saudara umpama kulit ikan yang telah mati. Rasa genggamannya begitu longgar bagai mahu tak mahu bersalam denganku. Aku tidak merasa apa-apa aura apabila bersalam dengan saudara. Tangan kita bersentuh sesaat cuma. Apa yang saudara ingin berikan padaku melalui jabatan tangan saudara. Cuba saudara fikirkan.

Saudara,
Wajah saudara umpama keldai yang tak tahu senyum. Ada ketika aku rasa bersalam dengan wajah serigala. Aku jadi  keliru. Wajah-wajah yang aku ingin mesrai begitu kosong dan menghampakan. Kalau demikian, apa gunanya saudara bersusah-payah menyambut salamku. Dan mengapa aku bersusah-payah di dalam saf ini untuk menghulurkan tangan untuk merasai kulit ikan mati dan wajah keladai saudara.

Pandangan mata saudara umpama mata ikan sepat yang amat cetek renungannya sedangkan yang aku harapkan ialah renungan mesra yang meresap ke dalam hati. Kekadang saudara hanya menghulur tangan sedang mata dan wajah saudara melilau ke arah lain. Saudara, sedarkah saudara bahawa aku sedang menggenggan erat tangan saudara dengan renungan menjalin ukhwah?

Saudara,
Bukankah kita ahli jemaah yang sama-sama mengimarahkan masjid?  Mengapakah kita jadi begitu jauh dalam erti ukhwah? Mengapakah kita menjadi begitu kurang mengamalkan adab apabila bersalam? Sedangkan baru tadi kita sama-sama solat berjamaah, sama-sama mengaminkan doa untuk keselamatan semua muslimin dan muslimat, mengapa dalam mengakhiri detik kita berada di masjid ini, kita burukkan salam perpisahan kita sebagai saudara seagama, saudara sejamaah?

Saudara,
Aku tak mengharapkan dakapan erat dalam waktu bersalam yang singkat ini. Cukuplah seandainya saudara menggenggam erat tanganku, menatap wajahku dengan penuh kemesraan dan memberi sekuntum senyuman yang membawa erti besar kepadaku bahawa saudara menghargai jabatan tanganku dan menghargai kemesraan ukhwah daripadaku. Andaikata, itu saudara tidak bersedia untuk hadiahkan kepadaku, usahlah kita saling menghulurkan tangan sehinggalah ilmu dan iman dapat mengajar saudara cara bersalam menurut Islam.

Tuesday 25 October 2011

Berkatnya Haji Muwaffaq

Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"

Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."

Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"

Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.

Jawab orang itu, "Muwaffaq."

Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"

Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."

Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.

"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.

Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasulullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga."

Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."

Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?"

Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."


dakwah2u.blogspot.com

Thursday 20 October 2011

Syukur Kerana Masih Ada Rasa Benci Pada Maksiat.

Bersurai dari menziarahi rumah terbuka di sebuah apartment, dalam perjalanan hendak ke tempat letak kenderaan, tiba-tiba anak saya hendak buang air kecil.  Terpaksalah saya bawa anak saya itu ke tandas berdekatan.  Paling dekat letaknya di tepi kolam renang.
Selesai anak saya buang air kecil, tiba-tiba ada seorang lelaki cina masuk ke dalam tandas dan menyalin pakaian di hadapan cermin.  Tak malu sungguh!  Hanya berseluar dalam sahaja dia berdiri di hadapan cermin.  Saya sengaja melambat-lambatkan anak saya yang sedang berada di dalam tandas.  Saya suruh dia basuh kaki, basuh tangan dan betul-betulkan seluarnya.
Apabila lelaki itu keluar, barulah saya dan anak saya keluar dari tandas tersebut.  Kelihatan lelaki tersebut dengan selamba berjalan ke arah kolam renang dengan berkeadaan hanya berseluar dalam dengan tualanya di pegang di tangannya.  Saya menarik tangan anak saya berjalan cepat-cepat agar dia tidak melihat apa yang saya lihat.
Astaghfirullah, datang rasa benci meluap-luap dengan ketidakmaluan lelaki tersebut yang ‘bertelanjang’ di khalayak ramai.  Bukan sahaja lelaki, malah kelihatan juga beberapa wanita yang hanya berbaju renang di dalam kolam renang tersebut.

Saya merenung berfikir tentang perasaan yang sedang saya alami.  Agaknya penduduk di apartment tersebut mungkin sudah biasa dengan situasi seperti itu, lalu tidak berasa apa-apa.  Sudah lali dengan suasana orang yang lalu-lalang dalam keadaan tidak berpakaian.  Sudah biasa melihat orang yang hanya berseluar dalam dan berpakaian renang.
Saya bersyukur kepada ALLAH kerana saya masih mempunyai perasaan benci terhadap perbuatan yang jelas melanggar batas syariah Islam itu.  Saya tidak tahu orang lain?  Terutama penduduk yang terpaksa melihat itu semua saban minggu.  Mungkin akibat sudah biasa, maka benci sudah pudar.  Dan hati sudah tidak peka lagi.  Semoga ALLAH memelihara iman mereka dan saya.

Dalam berdebar dan kecewa, saya memanjatkan doa kepada ALLAH agar DIA memelihara saya sekeluarga.  Agar saya tidak hidup dalam lingkungan manusia-manusia yang biasa melakukan kemungkaran dan kemaksiatan.  Saya takut rasa benci terhadap dosa dicabut dari hati ini.

Janganlah hendaknya hilang rasa benci kami terhadap perkara-perkara maksiat.  Kerana rasa benci terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapan mata adalah kota pertahanan terakhir keimanan seseorang.  Yang lebih baik tentulah dengan menegur dan membaiki kemungkaran itu.  Ah, lemahnya iman hambaMU ini…
Oh ALLAH, peliharalah kami sekeluarga.  Jauhkanlah kami dari api nerakaMU, amin…

Tuesday 18 October 2011

Pusat Bimbingan gadis Terlanjur

Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah (RS) Kelantan, satu-satunya pusat seumpama di negeri itu kini terpaksa membuka senarai menunggu bagi menempatkan remaja perempuan yang terlanjur.
Pengurus Operasinya Noor Mazlina Mansor berkata secara purata pusat tersebut menerima antara enam dan lapan panggilan telefon seminggu memohon menempatkan anak gadis yang mengandung anak luar nikah.
“Fenomena gejala sosial yang semakin teruk kini turut memberi tempias kepada Raudhatus Sakinah sebagai sebuah pusat bimbingan untuk remaja terlanjur.
“Buat masa ini kita ada 22 penghuni dari seluruh negara dan seramai enam lagi sedang menunggu giliran untuk masuk ke sini. Jumlah permohonan sebenarnya begitu banyak tetapi kita tidak dapat terima semua kerana tempat terhad selain mereka perlu penuhi kriteria tertentu,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata setiap remaja perlu menghadiri sesi temuduga bersama ibu bapa masing-masing sebelum pusat itu mempertimbangkan permohonan mereka.
Langkah itu katanya bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar insaf dan bersedia untuk mengubah cara hidup sahaja diterima.
“Raudhatus Sakinah tidak akan menerima remaja yang tidak mahu insaf dan bukan dengan kerelaan sendiri kerana kehadiran mereka akan memburukkan suasana di pusat itu yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang mahu melupakan kisah silam dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.
Mengulas lanjut, Noor Mazlina berkata remaja yang ditempatkan di situ akan diberi pelbagai bimbingan dan jagaan sempurna selama setahun setelah mereka selamat melahirkan anak.
Selepas itu mereka akan dibenar keluar dan ibu bapa remaja terbabit diberi pilihan sama ada untuk mengambil bayi yang dilahirkan atau menyerahkan kepada Raudhatus Sakinah yang akan mencari keluarga angkat.
Noor Mazlina berkata pusat itu turut bimbang dengan gejala sosial seperti pembuangan bayi yang bagaikan bermusim.
“Walaupun hasrat kita adalah untuk mengecilkan pusat ini kerana mengharapkan kurangnya jumlah remaja yang terlanjur tetapi apa yang berlaku kini semakin teruk dan membimbangkan.
“Kita turut berasa bertanggungjawab dan mencari inisiatif membantu mengurangkan kes berkenaan dengan mengadakan seminar dan kempen secara berterusan bukan sahaja kepada remaja wanita tetapi juga remaja lelaki kerana apa yang berlaku adalah membabitkan kedua-dua golongan itu,” katanya.
Raudhatus Sakinah mempunyai lima cawangan. Selain Kelantan, pusat itu juga diwujudkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Melaka.
Sejak ditubuhkan pada 2004, Raudhatus Sakinah Kelantan telah menerima dan membimbing 148 remaja berusia antara 13 dan 25 tahun setakat ini. — Bernama
PASIR MAS, 22 Ogos — Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah (RS) Kelantan, satu-satunya pusat seumpama di negeri itu kini terpaksa membuka senarai menunggu bagi menempatkan remaja perempuan yang terlanjur.
Pengurus Operasinya Noor Mazlina Mansor berkata secara purata pusat tersebut menerima antara enam dan lapan panggilan telefon seminggu memohon menempatkan anak gadis yang mengandung anak luar nikah.
“Fenomena gejala sosial yang semakin teruk kini turut memberi tempias kepada Raudhatus Sakinah sebagai sebuah pusat bimbingan untuk remaja terlanjur.
“Buat masa ini kita ada 22 penghuni dari seluruh negara dan seramai enam lagi sedang menunggu giliran untuk masuk ke sini. Jumlah permohonan sebenarnya begitu banyak tetapi kita tidak dapat terima semua kerana tempat terhad selain mereka perlu penuhi kriteria tertentu,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata setiap remaja perlu menghadiri sesi temuduga bersama ibu bapa masing-masing sebelum pusat itu mempertimbangkan permohonan mereka.
Langkah itu katanya bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar insaf dan bersedia untuk mengubah cara hidup sahaja diterima.
“Raudhatus Sakinah tidak akan menerima remaja yang tidak mahu insaf dan bukan dengan kerelaan sendiri kerana kehadiran mereka akan memburukkan suasana di pusat itu yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang mahu melupakan kisah silam dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.
Mengulas lanjut, Noor Mazlina berkata remaja yang ditempatkan di situ akan diberi pelbagai bimbingan dan jagaan sempurna selama setahun setelah mereka selamat melahirkan anak.
Selepas itu mereka akan dibenar keluar dan ibu bapa remaja terbabit diberi pilihan sama ada untuk mengambil bayi yang dilahirkan atau menyerahkan kepada Raudhatus Sakinah yang akan mencari keluarga angkat.
Noor Mazlina berkata pusat itu turut bimbang dengan gejala sosial seperti pembuangan bayi yang bagaikan bermusim.
“Walaupun hasrat kita adalah untuk mengecilkan pusat ini kerana mengharapkan kurangnya jumlah remaja yang terlanjur tetapi apa yang berlaku kini semakin teruk dan membimbangkan.
“Kita turut berasa bertanggungjawab dan mencari inisiatif membantu mengurangkan kes berkenaan dengan mengadakan seminar dan kempen secara berterusan bukan sahaja kepada remaja wanita tetapi juga remaja lelaki kerana apa yang berlaku adalah membabitkan kedua-dua golongan itu,” katanya.
Raudhatus Sakinah mempunyai lima cawangan. Selain Kelantan, pusat itu juga diwujudkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Melaka.
Sejak ditubuhkan pada 2004, Raudhatus Sakinah Kelantan telah menerima dan membimbing 148 remaja berusia antara 13 dan 25 tahun setakat ini. — Bernama
http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/respons-tinggi-raudhatus-sakinah-tempatkan-gadis-terlanjur/

Monday 17 October 2011

AZAB WANITA

MAJLIS IHTIFAL

PASTI DAN KAFA
CAWANGAN KAMPUNG JAYA
CHUKAI KEMAMAN
TERENGGANU

TARIKH
12 NOVEMBER 2011 SABTU

MASA
8 PAGI HINGGA 11 PAGI

TEMPAT
PERKARANGAN SURAU BATU 2
KAMPUNG JAYA

PERASMIAN
USTAZ HISHAMUDDIN ABD KARIM
PENGERUSI PASTI KEMAMAN

SEJARAH
PASTI dan KAFA AL-FALAH Surau batu 2, Kampung Jaya ditubuhkan pada Jan. 2009. Manakala KAFA AFNAN pula lebih awal iaitu pada Jan. 2006. Pengasas kepada ketiga-tiga pendidikan ini ialah saudara Encik Affendy Kamal seorang jurutera yang kini bertugas di Negara Oman. Hasil kerjasama dan komitmen semua AJK, ia semakin berkembang dan mendapat sambutan masyarakat setempat. Alhamdulillah.

VISI
Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikan berasaskan Islam sebagai satu cara hidup.

MISI
Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelanjaran, pengurusan serta kuantiti. Menjadikan PASTI dan KAFA pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan.

OBJEKTIF
Menyediakan proses pendidikan awal ke arah melahirkan anak soleh, bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis. Membimbing kanak-kanak melakukan ma’ruf serta meninggalkan mungkar. Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran, doa dan zikir. Memberi pengetahuan asas seperti bahasa, matematik dan komunikasi ke arah membaca, mengira, menulis dan menghafal.

ATURCARA MAJLIS
8 pagi hingga 11 pagi

MAKLUMAT KEMASUKAN
SILA HUBUNGI
CIKGU ZURA : 017-9738574
CIKGU JIE : 019-9273587

MAKLUMAT PENGURUSAN
SILA HUBUNGI
CIKGU MIE : 013-9223024
ENCIK RAHIM : 019-9150814

HADIAH
SUMBANGAN DARIPADA ANDA SEMUA

MAKANAN
SUMBANGAN DARIPADA ANDA SEMUA

SUMBANGAN
Dengan ini sebarangan sumbangan kewangan dan material amat diperlukan daripada anda semua. Kepada yang ingin menyumbang boleh berhubung terus dengan Cikgu Mie. Tanpa sumbangan anda, kerumitan akan kami alami untuk menjayakan majlis Ihtifal pada kali ini. Marilah bersama-sama kami untuk meringankan gerakerja dakwah di muka bumi Allah ini. 




Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Renungan 

khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat 

Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'-
kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. 

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. 

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. 

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? 

*Rasulullah menjawab,

"Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. 

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya. 

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. 

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. 

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan. 

Salam Ukhuwah..



Daripada : suraukgjaya.blogspot.com

Sunday 9 October 2011

Hamba Yang Ajaib

Pada suatu hari Abdul Wahid bin Zaid r.a berjalan-jalan dipasar tiba-tiba ia terlihat seorang hamba yang sedang dijual. Hamba tersebut melihat Abdul Wahid dengan mata yang tajam lalu Abdul Wahid teringin untuk membeli hamba tersebut untuk membuat kerja-kerja dirumahnya. Hamba ini adalah seorang yang taat dan sentiasa melakukan kerja-kerja dengan tekun sekali.

Abdul Wahid merasa hairan tentang perangai hamba ini kerana diwaktu siang ia bekerja dengan tekun manakala diwaktu malam ia tidak ada dirumah walaupun puas Abdul Wahid mencarinya sedangkan pintu rumah sentiasa tertutup dan tidak ada tanda-tanda bahawa pintu telah dibuka. Pada waktu pagi hamba tersebut telah berada kembali didalam rumah dan menyerahkan satu keping wang dirham yang terukir surah Al-Ikhlas diatasnya. Apabila ditanya oleh Abul Wahid, hamba tersebut menjawab " saya akan memberi kepada tuan setiap hari satu keping wang dirham asalkan tuan jangan bertanya kemana saya pergi". Abdul Wahid menerimanya dan tidak mengambil tahu lagi hal tersebut.

Satelah sekian lama perkara tersebut berlalu, pada suatu hari datang seorang teman Abdul Wahid dan memberi tahu bahawa kerja hambanya setiap malam adalah menggali kubur orang yang maninggal dunia. Abdul Wahid amat terkejut diatas apa yang diberi tahu oleh kawanya, tetapi dia tidak percaya. Abdul Wahid berjanji akan menyiasat perkara terlebih dahulu.

Pada suatu malam salepas sembahyang Isyak, Abdul Wahid mengintai gerak geri hambanya tanpa diketahui bahawa dia sedang dintip. Abdul Wahid nampak hambanya menuju ke pintu hanya dengan menunjukkan jarinya sahaja pintu tersebut terbuka dengan sendirinya sambil diperhatikan oleh Abdul Wahid dengan kehairanan. Satelah hambanya keluar pintu tersebut tertutup kembali dengan sendirinya. Abdul Wahid terus mengekori hambanya sehingga sampai kesuatu tempat yang lapang (padang pasir). Hambanya terus menukarkan pakaiannya dengan pakaian lain yang diperbuat daripada kain guni. Hamba tersebut terus menunaikan solat sehingga terbit fajar. Satelah selesai solat hamaba tersebut menadah tangan kelangit dan memohon doa kepada yang Maha Berkuasa dengan berkata "wahai tuanku yang besar berilah upah kepada tuanku yang kecil". Selesai ia berdoa jatuhlah sekeping wang dirham dari langit dan diambil oleh hamba tersebut. Abdul Wahid memerhati hambanya dengan perasaan hairan dan takjub sekali.

Oleh kerana hari sudah hampir siang, Abdul Wahid mencari air disekitarnya untuk berwudud dan menunaikan solat Subuh. Semasa beliau berdoa dia berjanji akan memerdekakan hambanya kerana hamba yang saleh spertinya tidak seharusnya menghambakan diri kepada sesama manusia. Selesai berdoa Abdul Wahid mencari hambanya tetapi tidak berjumpa dia telah menghilangkan diri dengan bagitu cepat sekali. Abdul Wahid cuba mencari jalan untuk pulang kerumahnya tetapi tidak berjumpa kerana tempat tersebut asing baginya. Dengan perasaan cemas dan menyesal diatas tindakannya dan dalam keadaan mundar mandir yang tidak menentu tiba-tiba dia ternampak bayang-bayang dari jauh orang berkuda sedang menuju kearah beliau.
Dengan parasaan tidak sabar, Abdul Wahid menunggu ketibaan orang tersebut dan apabila sampai ketempat beliau, orang berkuda tersebut bertanya "apakah yang kamu buat ditengah- tengah padang pasir ini wahai Abdul Wahid". Abdul Wahid kehairanan dan berkata didalam hatinya, bagaimanakah orang ini mengetahui nama aku. Abdul Wahid menceritakan kepada orang berkuda apa yang telah berlaku. Orang berkuda itu berkata lagi "janganlah kamu berasa curiga terhadap apa yang berlaku" Abdul Wahid mengangguk-ngangguk sahaja apa yang dikatakan oleh orang berkuda tadi. Orang berkuda berkata lagi " tahukah kamu berapa jauh rumah kamu dangan tempat ini" jawab Abdul Wahid " saya tidak tahu". "Jaraknya adalah dua tahun perjalanan dengan kuda yang berlari dengan cepat" kata orang berkuda. Abdul Wahid kehairan dengan kata-kata orang berkuda tadi dan berkata didalam hati semasa aku mengikuti hambaku malam tadi hanya beberapa mini sahaja perjalannya kemari.

Sebelum berlalu orang berkuda tersebut memesan kepada Abdul Wahid supaya mengunggu disini dan jangan kemana-mana, nanti malam hamba mu akan datang dan kamu bolehlah mengikutinya pulang nanti. Abdul Wahid menunggu sahaja disitu seperti yang dipesan oleh orang berkuda tadi. Semasa menuggu Abdul Wahid sudah beberapa kali tertidur dan terjaga kerana keletihan dan kehausan. Apabila Abdul Wahid tersedar dari tidurnya dia mendapati makanan dan minuman telah terhidang disisinya dan hambanya juga berada disitu. Hambanya mempelawa Abdul Wahid makan makanan yang telah terhidang. Tanpa bekata apa-apa Abdul Wahid makan dengan lahapnya kerana tersangat lapar dan dahaga. Hambanya berkata kepada Adul Wahid "janganlah tuan mengulangi lagi pebuatan ini dan tunggulah disini sehingga saya selesai solat". Hambanya terus mengerjakan solat sehingga terbit fajar. Satelah selesai sembahyang hambanya berdoa seperti malam sebelumnya , tiba-tiba jatuh sekeping dirham dari langit dan diberikan kepada Abdul Wahid dan ianya mengambilnya satu dirham lagi dari sakunya seraya berkata "ini wang dirham untuk malam tadi".

Setelah selesai hambanya memimpin Abdul Wahid dan berjalan dengan cepatnya dan tidak sampai beberapa saat mereka telah tiba dihadapan rumah Abdul Wahid. Hambanya bertanya kepada Abdul Wahid "betulkah tuan akan memerdekakan saya kerana Allah Taala" jawab Abdul Wahid "benar" Lalu hambanya menunjukkan kepada batu penyendal pintu dan menyatakan bahawa ia adalah wang tebuhannya. Abdul Wahid merasa hairan bagaimnana batu yang telah lama berada disitu dijadikan wang tebusan. Lalu Abdul Wahid mengambil batu tersebut dan dengan serta merta batu tersebut bertukar menjadi seketul emas. Abdul wahid kehairanan diatas keajaiban yang berlaku yang dilihatnya sebelum ini dan pada hari ini.

Pada waktu siangnya Abdul Wahid pergi kerumah kawannya yang menuduh hambanya menggali kubur dan menceritakan kepadanya apa yang sebenarnya berlaku. Sementara dirumahnya berlaku kekecuhan dimana anak perumpuan Abdul Wahid memaki hamun hambanya kerana menyangka selama dua malam anyahnya tidak balik kerumah dan menuduh hambanya membunuh ayahnya kerana mengintip perbuatan jahatnya menggali kubur orang. Anak perempuan Abdul wahid dengan perasaan marah telah mengambil seketul batu dan membalingkan kearah hamba tersebut lalu terkena pada matanya dan menyebabkan mata hambanya terkeluar dan dia jatuh pengsan.

Setelah Abdul Wahid kembali kerumahnya daripada melawat kawannya keadaan kelam kabut telah terjadi dimana orang ramai yang berada disitu telah memberi tahu kepadanya apa yang telah berlaku. Dengan perasaan marah Abdul Wahid mengambil pedang lalu memotong tangan anaknya sehingga putus. Abdul Wahid merasa kesal diatas tuduhan yang dibuat oleh anaknya sedangkan mereka tidak mengetahui keadaan sebenarnya.

Satelah hambanya sedar dari pengsan, hambanya bangkit serta mengambil mata yang terjatuh lalu dimasukkan kembali ketempat asalnya sambil berdoa kepada Allah supaya memulihkan kembali penglihatannya. Satelah berdoa, matanya kembali sembuh seperti sedia kala dan hambanya pergi mengambil tangan anak Abdul Wahid yang putus lalu menyambungnya seraya membaca sesuatu. Tidak lama kemudian tangan anak Abdul Wahid kembali pulih seperti sedia kala. Hambanya terus meminta diri dan berlalu dari situ. Orang ramai kehairanan melihat keajaiban yang telah berlaku.

Bagitulah  besarnya darjat orang yang taat dan patuh kepada perintah Allah dan dia telah memperolehi darjat dan kemulian dari Allah Subhanahu Wataala.

http://members.tripod.com/isma_il/Index.html

Tuesday 4 October 2011

Sedarilah Kewujudan Malaikat Pencatat Amalan

- oleh Ustaz Nik Nasri Abdul Malek

surah Qaaf ayat 17 dan 18..Semasa 2 Malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). Qaf:17 dan 18. ”
Daripada Abi Umamah: ‘Penulis kebaikan di kanan seseorang. Penulis kejahatan di kirinya. Penulis kebaikan menjadi ‘pemerhati’ kepada penulis kejahatan. Apabila seseorang membuat kebaikan, Malaikat di kanan menulis 10 pahala. Apabila seseorang membuat kejahatan, Malaikat penulis kebaikan berkata kepada Malaikat penulis kejahatan: ‘Biarkan ia selama 7 jam. Mudah-mudahan dia bertasbih atau beristighfar.’
Kuliah berkaitan tentang Malaikat Pencatat Amalan: 1 (0)2 (0) ,

Zahir ayat di atas malaikat menulis semua ucapan. Ibn Abbas berkata: ‘Malaikat menulis perkataan yang ada pahala dan dosa.’ Al-Hasan al-Basri dan Qatadah berkata: ‘Malaikat menulis semua perkataan. Allah menetapkan darinya yang mana kebaikan dan yang mana kejahatan, serta dipadamkan selain itu.’
Al-Hasan al-Basri membacakan ayat:
Qaf 17
bermaksud: ‘malaikat duduk di kanan dan kiri’ sambil berkata: ‘Wahai anak Adam! Dibentangkan suratan amalan kamu. Diwakilkan kepadamu dua malaikat yang mulia. Salah satunya di kananmu. Yang satu lagi di kirimu. Malaikat di kananmu memelihara amalan baikmu. malaikat di kirimu memelihara amal jahatmu. Beramallah sekehendak hatimu. Sedikitkan atau perbanyakkanlah, sehingga bila kamu mati, suratan amalan kamu dilipat, diletakkan ditengkukmu bersamamu dalam kuburmu, sehingga kamu keluar pada hari Kiamat. Ketika itu Allah Taala berfirman:
isra ayat 13Maksudnya: ” Dan tiap-tiap seorang manusia, Kami kalongkan bahagian nasibnya dilehernya, dan pada hari Kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk ditatapnya), lalu Kami perintahkan (kepadanya): Bacalah kitab (suratan amal) mu, cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan).” al-Isra’: 13 dan 14.
Kemudian firmanNya: Allah telah berlaku adil. Demi Allah! Di kalangan kamu ada orang yang memadai dia sendiri yang menghitung amalannya.’
(atTafsir alMunir j 26 ms 295)

Monday 3 October 2011

PENGALAMAN MASUK DALAM KAABAH









Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”
Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi.

 Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Pengalaman kedua, saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.
Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.

Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”

Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.”

Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

Daripada : SKJ (suraukgjaya.blogspot.com)

Sunday 2 October 2011

KELEBIHAN ZIARAH ORANG SAKIT

 


Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]

Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat endoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi]

*lenggangkangkung-my.blogspot.com