Saturday 25 February 2012

HIMPUNAN TOLAK UMNO

SEMARAKKAN PERJUANGAN MENOLAK UMNO KE LAUT CHINA SELATAN.
SEMARAKKAN AGENDA MENOLAK UMNO. YANG CAPEK DATANG BERTONGKAT. PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH, NAMUN KU DATANG, KU DATANG JUA. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI BERPAKAT-PAKAT BERKONGSI KENDERAAN ATAU BERJALAN KAKI. PASTIKAN SAHAM AKHIRAT DIBAWA BERSAMA UNTUK PERJUANGAN INI.

Friday 24 February 2012

SEJENAK BERSAMA ASAS TASAWUF

Bab 1 : Pengenalan
1. Pengertian Ilmu Tasawwuf :

Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .

2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .
3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:
a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .

4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
1) Taubat .
2) Khauf ( Takut )
3) Zuhud
4) Sabar.
5) Syukur.
6) Ikhlas.
7) Tawakkal.
8) Mahabbah ( Kasih Sayang )
9) Redha.
10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )
5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
1) Banyak Makan
2) Banyak bercakap.
3) Marah.
4) Hasad.
5) Bakhil.
6) Cintakan kemegahan.
7) Cintakan dunia .
8) Bangga Diri.
9) Ujub ( Hairan Diri ).
10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ). 

dariL al-azim.com

Saturday 18 February 2012

QADHA DERMA OLEH PENJAJA KUIH

Menyorong kereta tolak menjaja nasi lemak adalah kerjanya hari-hari. Dengan pendapatan  menjaja kuih-muih pagi itu, dapatlah Makcik menyara keluarganya. Agak-agak dapatlah Makcik memperoleh keuntungan RM20 hingga RM30 sehari. 

Setiap hujung bulan, Makcik ini akan bertemu dengan Ustaz Rosli Jabar.  Pertemuan itu bukanlah kerana untuk menjual kuih atau meminta bantuan daripadanya. Sebaliknya, setiap hujung bulan Makcik akan menghulurkan secara tetap RM20 untuk pondok Ustaz Rosli. Istiqamah sungguh Makcik yang miskin ini dalam membantu perjuangan dan syiar Islam.

Ustaz Rosli tak kenal sangat akan Makcik ini. Bagai ayam disambar helang, Makcik sudah agak lama tidak berjumpa dengan Ustaz. Ustaz tak tahu khabar beritanya. Adakah orang tua itu sudah tiada kesanggupan lagi untuk menghulur derma? Entah sakitkah atau entah ke manakah? 

Enam bulan kemudian, tiba-tiba dengan wajah yang agak pucat Makcik ini datang lagi berjumpa dengan Ustaz Rosli. Lalu diceritakan bahawa sudah enam bulan dia tinggal di rumah anaknya di Kelantan. Dia sakit dan mendapatkan rawatan di sana. Kini setelah agak sembuh Makcik ini kembali  untuk menemui Ustaz Rosli. Lalu dihulurkan kepada Ustaz sebanyak RM 120.00, iaitu tunggakkan dermanya untuk selama 6 bulan. Berasa nak gugur air mata ustaz melihatkan kesucian hati manusia yang miskin ini dalam meneruskan agenda perjuangan Islam. Adakah terdapat dalam kalangan kita yang mengamalkan “qadha derma” seperti Makcik tua ini? SubhanalLah.

Setahun kemudian, Makcik kampung ini dijemput Allah pulang ke pangkuan-Nya. Ramai orang mengunjungi dan solat akan jenazahnya. Ustaz Rosli tidak dapat menahan air mata. Pada saat jenazah terkujur kaku di hadapannya, dia terkenang sikap istiqamah dan pemurah seorang makcik tua miskin yang tinggal di pinggir kampung. Kini orang ini tak akan menemuinya lagi pada setiap hujung bulan.

Saudara-saudari sahabat seperjuangan, apakah nilai moral daripada kisah benar ini yang patut sama menggugurkan air mata kita dan mencabar sifat berkira kita dalam membantu agama? Renung-renungkanlah.

Friday 17 February 2012

RASULULLAH S.A.W. MISKIN?

Selawat dan salam untuk junjunganku Nabi Muhammad s.a.w.
Mungkin kita biasa dengar bahawa dikatakan Nabi s.a.w. itu miskin. Rupa-rupanya Ustaz Fauzi Jusoh melalui kuliah maulidurarulnya di Masjid Assolihin malam tadi memaklumkan kepada sidang jamaah bahawa Rasulullah s.a.w. sebenarnya tidak miskin. Sebenarnya baginda hanya hidup di dalam kemiskinan. Berbeza antara 'miskin' dengan 'hidup dalam kemiskinan'.

Sebagai ketua sebuah negara Islam di bumi Madinah, beliau layak untuk mendapat bahagian daripada baitulmal untuk keperluannya bagi setahun. Namun tidak sempat sampai beberapa bulan, bahagiannya telah habis kerana sifat pemurah Baginda s.a.w. Baginda s.a.w. banyak menghabiskannya untuk para tetamunya, jiran-jirannya dan sesiapa sahaja yang layak menerimanya. Baginda s.a.w. rela mengikat perut dan makan ala-kadar. Baginda tidak menyimpannya untuk mengumpul kekayaan. Sikap mulia inilah dilihat oleh orang lain sebagai miskin. Sedangkan, sebenarnya Baginda s.a.w. tidak miskin. Sebaliknya Rasulullah s.a.w. lebih rela hidup dalam kemiskinan demi mengutamakan sahabat dan jiran-jirannya.

PROGRAM PENTING DI KEMAMAN.



Sebarkan dan sila datang beramai-ramai bersama-sama saham akhirat masing-masing. Semoga setiap langkah, pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit diberi ganjaran pahala jihad oleh Allah s.w.t.

Monday 13 February 2012

Mereka lapar hingga terpaksa mencuri






"Kanak-kanak ini ....

Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu,dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan seorang lagi kawannya mencuri meja sekolah.
Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi.Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.Kenapa? Sebab nak beli beras.
Kami lapar sgt, kata mereka.Saya tak sampai hati nak hukum dia orang bila dpt tangkap,kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004.
Malahan dia dan seorang guru lain
yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu
di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.
“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk,

barang2 dirosakkan dan dicuri.
Mmg frust betul sbb kami
kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri.

Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri,
mmg sedih. Bila tahu kenapa,
Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.”

Dari nak dihukum akhirnya ditolong.
Ustazah Zainah meminta Izam
dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.

Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka.
Izam punyai lima adik beradik.
Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif
bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu.

Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India,
menjual alat permainan.
Ibu mereka masih hidup,
namun telah lama meninggalkan mereka.
Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian,

begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah.
Ketika beliau masuk,
ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai,
sambil menjamah nasi kosong di dalam talam.

Yg bongsu umurnya empat tahun.
Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif,
menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar,
mungkin kerana kurang nutrisi,

mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui.
Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa,
menceritakan pada saya tentang usaha
mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga
dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun,

namun tidak diizinkan. Mereka mati akal,
tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan.
Izam dan abangnya tiada surat beranak.
Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan.
Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah,

namun terpaksa juga menjaga
yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah.
Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika
yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja.

Pertama kali kami bertemu,
Izam senyap dan sugul.
Baju sekolahnya comot dan berdaki.
Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari.

Baju itu dibasuh di hujung minggu.
Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi.
Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas.
Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi).

Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah.
Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi.
Tak makan, jawabnya.
Sebelum ke KAFA?
Tak makan.

Saya terdiam,
sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.
“Jadi.. ni baru Izam nak makan?”
Dia mengangguk.

Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa.
Ya Allah. Saya tak dpt
bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari.
Saya tanya, Izam nak ke sekolah?

Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.
Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria.
Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan.
Ustazah Zainah bertanyakan saya sama
ada nak melawat rumah Izam.

Saya setuju.
Sesampainya di sana,
kami dapati bapanya tiada di rumah.

Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah.
Namun anak perempuannya telah diarah
agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah,
melainkan keluarga.

Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah.
Tombol pintunya hilang.
Yang ada hanyalah sehelai kain buruk

yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu.
Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar.

Bila beliau tiba,
dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk.
“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong,

tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif.
Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya.
Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya.

Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar,
mereka bukannya pengemis.

Beliau tak mahu media dtg ke rumah,
merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video,
menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka.
Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di dalam TV,

dengan air mata bercucuran, ditatap umum.
Saya berjanji tidak akan mengambil
gambarnya dan tempat tinggalnya,
atau mendedahkan identitinya di media.

Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka,
cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya.
Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita,
tapi atas dasar kemanusiaan,

kerana saya juga seorang ibu,
punyai naluri kasih sayang pada anak2.
Saya dan Ustazah Zainah berusaha
memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga
si bongsu dan anak perempuannya di siang hari,

agar beliau mudah mencari rezeki
atau mencari punca pendapatan yg lebih baik.
Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami.

Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi,
siapa yg akan menyiapkan anak2?
Memasak utk mereka?
Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal.

Si bongsu akan dimasukkan ke program taska
mereka pada waktu pagi,
dan Ustazah sendiri akan menjaganya
di sekolah selepas habis taska,

sehinggalah si kakak atau bapa balik.
Namun cadangan itu tetap ditolak.
Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini
sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi
hubungannya dengan Rasulullah s.a.w.

Saya berkata kepadanya bahawa ramai
para Sahabat alaihissalam yang juga kaya,
dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w.

Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama
sebagai alasan kemiskinannya,
harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki.

Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan
beliau menafikan kesempitan hidupnya.
Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2

setelah ditinggalkan isteri.
Tidak mudah dilakukan,
tidak ramai sanggup melakukan.

Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar,
dan telah pun mencuri akibat kelaparan.
Mereka perlukan pendidikan
utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan.

Si bapa itu sendiri mengaku,
Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah,
dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya

yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah.
Kami menawarkan pertolongan mendapatkan
surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “

Buat apa?
Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”
Tidak, kata kami. Kami terus memujuk.

Saya kata anaknya bijak,
sgt berminat belajar.
Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu
yg sememangnya bijak

walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan.
Cuma,
mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik.

Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya
ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran,
kerana beliau tak mampu.

Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg.
“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat.

Tanggungjawab saya nak mendidik mereka,
dtg sajalah, takpe,” rayunya.

Di sini saya nak terus terang mengatakan
bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia,
bapanya ini kemungkinan warga Indonesia.

Pelatnya sukar dilindung.
Terdahulu, saya pernah ditegur
seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin,

yg bukan semuanya dari org Malaysia.
Saya rasa komen mcm ni tak perlu.
Bukankah dia tetap manusia?
Bukankah budak2 ni, tetap budak2?

Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan,
tempat tinggal dan pendidikan.
Dan kita semua sesama Islam.
Yg membezakan antara kita,
taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat.

Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja
telah melaksanakan tanggungjawab mereka
malah lebih dari itu.
JAIS hanya mampu membayar
guru2 ini bagi satu sesi pengajaran,

sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah,
yg mengajar dua sesi.
Ada guru yg langsung tak dpt dibayar.
JAIS mengharapkan perbelanjaan
sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah.

Ya, secara teorinya takda masalah,
kerana kebanyakan sekolah KAFA
di Lembang Klang ni lokasinya
di kawasan perumahan mereka
yg berpendapatan sederhana

atau agak berada.
Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan.
Namun KAFA Al-Insaniah dibina
di tgh2 kawasan PPRT.
Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat.

Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga
dari keluarga penerima zakat,
jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka.
“Bagaimanalah kami sampai hati
nak mintak budak2 ni yuran sekolah?”
kata Ustazah Hawa.

“Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar,
kami mintak, tulis surat kat ibubapa.
Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah.

Kami ingat takpalah,
mari balik, tak payah bayar,
asalkan dpt teruskan belajar.”
Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji
semata2 agar sekolah ini terus beroperasi.
Gaji mereka kira2 RM1,200.

Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan.
Sebelum ini, RM1,000 ke bawah.
Lagi menambahkan asam ke luka,
baru2 ini sekolah itu dipecah masuk.

Habis yuran, komputer dgn data pelajar
dan wang sumbangan dari jualan amal disapu.
Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri.

Penutup longkang dan pelbagai lagi
barangan besi dan logam dicuri,
membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat.

Pagar dipotong, siling dipecahkan,
memudahkan lagi pencuri keluar masuk.

Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus
beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar.

Setiap ringgit yg disumbang ke
KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat
megenyangkan seorang pelajar,
menggalakkan mereka ke sekolah,

membantu mereka merubah kehidupan.
Setiap ringgit membawa bersamanya harapan,
membasmi kemiskinan,
menggalakkan org lain beramal.

Tiada sumbangan yg terlalu kecil.
Setiap sumbangan adalah amal baik
yg berterusan faedah dan pahalanya.

Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda:
“Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah
yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim)

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:
Maybank
MBB account - 164388710655
(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED).
Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com.

RHB
Account number 1-12479-00092090 (TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI)
Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com.

Sumbangan terus kepada:
Bank Islam SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372
Atau hubungi
Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191
Ustazah Norazainah 0173217971

Sila sebarkan. bantulah mereka semampu kita

Admin SKJ: gambar ini adalah hiasan sahaja, tiada kaitan dengan paparan.

Saturday 4 February 2012

KISAH PAK TEH - PEJUANG TUA DALAM PAS.

-oleh BayangDiAir

Pak Teh  hampir menjangkau 90 tahun umurnya. Dalam usia selanjut itu, Tuhan masih memberi kesihatan kepadanya sehingga dia mampu untuk bekerja dan bergerak ke sana ke mari. Jangan terkejut kalau diberitahu bahawa beliau ialah ahli Unit Amal PAS. Usia dan kudrat yang semakin terhakis tidak pernah dijadikannya sebagai alasan untuk tidak berjuang. Memang teramat sukar untuk mencari di dunia ini manusia setua ini yang masih sanggup menginfakkan tenaganya untuk Islam.


Pak Teh adalah seorang miskin dan mempunyai beberapa orang anak dan cucu-cicit. Hidupnya susah namun kecintaannya dan komitmennya terhadap perjuangan mendaulatkan Islam amat dikagumi. Kata Pak Teh, “ saya dah rasa susah hidup di dunia. Jadi saya tidak mahu susah pula apabila di akhirat nanti” Itulah kata-kata suci yang pernah terpancul dari mulut orang tua kampung ini. Maka tidak hairanlah sejak muda hingga tua Pak Teh istiqamah mengikuti aktiviti-aktiviti Unit Amal di seluruh pelosok tanah air hatta ke Sabah sekalipun selagi ada orang sanggup membawanya.


 Apakah peranan orang tua ini? Kerjanya ialah kerja yang biasa dilakukan oleh anak-anak muda iaitu menampal poster, mencacak dan menggantung bendera dan selalunya dialah yang sering menjadi tukang masak dalam program-program parti.


Kini Pak Teh telah menemui Tuhannya akibat satu kemalangan. Jenazah orang tua yang tidak dikenali ramai ini telah disembahyangkan oleh orang ramai sehingga melimpah masjid malah kubur beliau telah dikunjungi sampai ke waktu malam. Bagai tidak munasabah situasi ini berlaku kepada seorang tua yang tidak terkenal di cawangan. Adakah antara yang ramai itu juga terdiri daripada para malaikat? WalLahu’alam. Yang pasti ialah ramai yang mengenalinya menumpahkan air mata apabila mengimbas pada perjuangannya.


Mudah-mudahan roh Pak Teh sedang berada dalam golongan hamba-hamba Allah yang saleh. Demikianlah apa yang diceritakan oleh Ustaz Rosli Jabar melalui kuliah beliau. Pak The bukanlah insan contoh yang wujud pada zaman Nabi s.a.w. atau para sahabat. Pak Teh ialah model pejuang tulen pada era globalisasi ini. Aku rasa malu pada Pak Teh. Sebagai orang muda aku hanya mampu menulis artikel ini sedangkan Pak Teh setua itu mampu berjuang di tengah gelannggang jihad fi sabilillah. Anda pula pada darjat mana?