Thursday 31 May 2012

PERLU Sumbangan daripada ANDA SEMUA


PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI)
PASTI AN NURNABILA
NO.68 TAMAN SRI KALONGAN, TELUK KALONG, 24100 KEMAMAN. TERENGGANU.

Ruj.Kami              :
Tarikh                    : 19 Febuari 2012 @ 26 Rabiul awal 1433

Assalamualaikum wm.wbt.

Kepada:
Tuan/Puan/Encik/Cik/Sdr/Sdri
Yang Dirahmati Allah sekian.

MEMOHON SUMBANGAN BAGI MEMBELI BANGUNAN PASTI

Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas, saya bagi pihak PASTI AN Nurnabila memohon sumbangan bagi membeli sebuah bangunan khas untuk PASTI beroperasi dengan lebih selesa dibangunan sendiri.
2. Untuk makluman, PASTI ini telah beroperasi dalam mendidik anak-anak di Qaryah Teluk kalong melebihi 10 tahun dengan menyewa rumah kediaman sekitar RM250-300 sebulan dan selama itu PASTI telah berpindah sebanyak 4 kali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkkan.
3. Memandangkan kerumitan inilah maka kami pihak jawatankuasa bertindak mengumpul dana dari pelbagai agensi dan orang perseorangan bagi merialisasikan ia sebagai suatu kenyataan. Anggaran pembelanjaan ialah RM75 ribu.
Kerjasama semua pihak amatlah kami harapkan dan didahulukan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih. Semoga allah Rahmati kita semua.
Sekian wassalam.

No telefon untuk dihubungi:      Encik Halim         019-9805 181
                                                                Pn. Nor Latifah  019-9989 356

No.Akaun BIMB                                      :         06 019 02 029233 0 (atas nama Nor Latifah Ab. Rahman)

Yang Menjalankan Tugas
 (Nor Latifah Abd. Rahman)
Bendahari PASTI AN Nurnabila

s/k:fail PASTI


Info SKJ

Aishah Masuk PAS


Saya berdiri di sini sebagai orang biasa, tiada kepentingan politik, tak ada cerita-cerita politik, tak nak jadi orang politik. Apa yang saya akan ceritakan.. mungkin tak ada statistik seperti cerita dari bakal-bakal calon kita dan orang-orang lama yang telah berada dalam Pakatan Rakyat.
Tapi cerita saya adalah cerita rakyat biasa. Perkongsian saya adalah pengalaman saya merantau lama, di New Zealand sahaja dah lebih 10 tahun dan dah setengah dunia dah saya tengok. Dan saya dapat melihat perbandingan dengan apa yang sedang berlaku di luar dan dalam negara kita.
Saya teruja bercerita. Dalam penghijrahan dalam diri saya, penghijrahan dari tempat ke tempat yang lebih baik. Dalam membetulkan diri saya, dan memdidik anak-anak saya. Apabila saya berkawan dengan ustazah-ustazah dan ustaz-ustaz, saya terjumpa hadis riwayat Said al-Khudri r.a yang meriwayatkan Rasul S.A.W bersabda yang bermakna “jika diantara kamu berhadapan dengan kemungkaran hendaklah kamu menukarnya dengan tangan kamu dan jika tak sanggup dengan tangan kamu, dengan lisan kamu, dan jika tidak sanggup dengan lisan kamu,  membencinya dan itu adalah selemah-lemah iman”.

Saya terpanggil untuk bercakap sebenarnya lama jugak kena fikir. Anak-anak kecil lagi, orang kata kalau bercakap diatas pentas pembangkang susah nak cari makan, memanglah jabatan kerajaan tak bagi ‘show’ lagi dah.Tapi Allhamdullilah mungkin kita berkawan-kawan dengan orang yang faham tentang agama. Kata orang, seperti kita berkawan-kawan dengan orang yang membuat minyak wangi sikit sebanyak InsyaAllah kewangian itu akan terpercik kepada kita. Jadi, bagi saya.. saya diigatkan dia kata. “Aisyah, rezeki ada dimana-mana. Rezeki kita telah ditentukan oleh Allah Taala. Daripada usia 4 bulan dalam rahim ibu kita memang ‘comfirm’ itu hak kamu. Itu yang Allah tentukan. Tapi, yang tak comfirm lagi, di mana kesudahan kita. Di mana kesudahan kita ini sedikit sebanyak bergantung kepada arah tuju. Kita membawa diri kita, bukan hanya diri kita tetapi juga masyaakat di sekeliling kita, kemana arah tuju kita. Samaada kita nak selamatkan diri kita di dunia ini ataupun kita sama-sama hanyut di bawah pemerintahan orang yang tidak bertanggungjawab.

Mula-mula saya dulu ramai juga muslimah jaga anak sibuk nak besarkan anak denagn family. Masa tu saya study. Bab-bab politik ni, tak minat. Tapi saya balik di Malaysia tahun 1998, selepas lebih 10 tahun duduk di tempat orang, saya balik dengan harapan membawa anak-anak saya untuk membesar di sebuah negara Islam atau Negara yang dikatakan sebagai Negara Islam. Tapi bila saya balik ke Malaysia, masyaAllah, saya tengokkan di Kuala Lumpur tu, Hollywood melebihi hollywoo dan bollywoodnya pun lebih dahsyat dari Bollywood.

Apabila saya pernah dijemput untuk menghadiri membuat persembahan di rumah masa tu dia masih atau timbalan menteri pada tahun 1998/1999. Mula-mula saya sampai ini bukan rumah rasmi tapi rumah peribadi, masa tu dengan kawan saya orang New Zealand dia cakap dasyat! Malaysia agaknya gaji menteri besar sungguh, kerana rumahnya bukan main besar. Rumahnya setanding atau melebihi  rumah puteri-puteri atau putera-putera raja Negara-negara minyak, macam tu punya gah rumah menteri….Jadi kalau macam tu saya kalau dapat satu penggal (jadi menteri) pun jadi kalau dapat rumah macam ini.
Kemudian, saya berkawan dengan orang yang bisnes dan saya pernah diajak sekali. Dia kata jom, kita shopping di Nilai tiga. Saya cakap kenapa nak kena shopping di Nilai tiga? Dia kata ni dah nak dekat raya untuk beli kain baju untuk bawah-bawah, kerani-kerani. saya kata biar betul? Kerani-kerani ni buat apa? Dia kata, kalau tak bagi kerani bawah-bawah ni.. nanti claim (tuntutan) aku semua nanti tak naik ke atas.

Saya terperanjat, kerana saya tinggal di New Zealand lebih 10 tahun. Kat sana jarang ada rasuah-rasuah ni. Saya cakap biar betul? Dia cakap yelah. Tu baru kerani bawah-bawah, kalau yang lebih tinggi pangkatnya, lagi besar ganjaranya. Sebab itu tender kalau RM100,000 dan jadi RM300,000.00. 
Saya sungguh terkejut. Saya tak sangka benda ni berlaku di negara Malaysia, negara saya sendiri. Seperti orang kata lah, benda-benda ni macam kebanyakan muslimah kalau tak kena ke batang hidung kita sendiri kita mungkin tak berfikir dan tak ambil serius kita tak ambil perhatian.

Pada tahun 2005, anak saya menghadapi krisis hak penjgaan anak. Dan saya dapat tahu anak saya yang bongsu usia dia lima tahun sudah diajar oleh suami saya menggunakan dadah. Pandai dia tunjukkan cara-caranya. Saya rasa yakin tuan-tuan puan-puan yang ada anak bayangkan kalau anda dapati diri anda dalam situasi itu. Tiba-tiba anak saya telah didedahkan dengan perkara-perkara ni. Dan saya digugat hak penjagaan anak saya oleh orang asing mualaf mungkin bawa anak saya ke  luar negara dan selepas itu, saya tak tahu apa yang akan terjadi dengan agama anak saya. Sebagai seorang ibu, dan saya tahu muslimah semua pada malam ini akan turut merasakan apa yang lebih berharga dalam hidup kita daripada menjaga akidah anak-anak kita.

Saya ditakdirkan diberi peluang untuk buat persembahan untuk seorang VIP seorang menteri yang diamanahkan untuk menjaga hal ehwal wanita. Saya rasa inilah peluang saya untuk menceritakan masalah saya. Ini pemimpin yang kita pilih. Saya ingin mendengar nasihat dan ingin mendengar pandangan yang boleh membawa jalan penyelesaian kepada masalah saya. Selepas persembahan itu, saya dapat bertemu dengan beliau. Beliau memuji dengan senyum manis, suara merdu. Dalam hati saya, saya berkata oh.. nilah peluang saya untuk menceritakan masalah saya. Saya berkata, sebenarnya Datuk Seri ceritanya begini.. saya ada masalah, anak saya macam ni macam ini.. dengan sekelip mata, wajah yang manis itu berubah.

Marah, dia tak suka saya menceritakan masalah saya kepadanya. Masalah ini maslah besar bagi saya masalah akidah anak-anak saya. Tak lama kemudian, datanglah orang-orang dia denagn wajah yang marah, bertanye pada saya. Apa yang you cakap pada Datuk Seri? Saya cakap, saya hanya menceritakan masalah saya. You tak sepatutnya cerita mcam tu, you sepatutnya telefon orang-orang ini orang-orang itu…macam ini macam itu. Dan akhirnya, saya tak dapat apa-apa pertolongan pun daripada pihak ini. Pihak yang telah diamanahkan untuk menjaga hal ehwal wanita. 
Saya tak mintak apa-apa, saya Cuma minta nasihat di mana saya nak bawa masalah saya. Di sini saya mula berfikir, berfikir kerana apa, pelik juga Malaysia ni. Ini pemerintah yang kita pilih, yang kita pilih, kita amanahkan untuk menjaga kebajikan kita tapi bila kita berjumpa dengan dia, menceritakan masalah kita, dia marahkan kita. Ada something wrong dengan sistem kita ni. Ada satu yang tak kena.

Dari sini, saya mula memerhati saya mula berfikir, dan selama saya duduk di luar negara. Saya lihat dimana proses demokrasi yang dilakukan di luar negara. Kalau kita tengok d TV hujah pemerintah setengah jam hujah pembangkang juga setengah jam, rakyat dapat tengok kedua-dua hujah dan rakyat diberi peluang embuat keputusan. Selama saya berada di sana, saya ingat Malaysia macam itu juga. Tapi rupa-rupanya saya kena tipu hidup-hidup, bila saya lihat, saya dapati yang laporan yang dibuat dalam media utama ni, tidak mncerminkan dan tidak menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.

Saya sebagai seorang artis ni dia ada ‘advantage’ ada kelebihan. Kami dijemput ke pelbagai program dan kita jumpa pelbagai masyrakat. Dan bila saya baca dalam media utama saya dengar saya tengok dalam TV dan mereka kutuk-kutuk tentang pembangkang. Saya mula berfikir, saya baru buat program dengan kumpulan itu, haji itu, hajjah itu, kumpulan Nisa’…keapa dia asyik kutuk aja orang ni…(sedangkan) orang itu tak macam ini. Orang ni tak macam yang mereka kutuk. Saya dapati media utama kita hanya mengambil cerita satu pihak sahaja. Sejak dari itu, saya cari media alternatif (yang mengambil cerita dua pihak).

Dan jika anda penyokong tegar pihak BN, buka minda sikit. Cuba baca (tengok), kalau macam dalam mahkamah, kalau kita jadi hakim, kita kena dengar masalah dua-dua pihak. Kalau anda mendengar dari media utama hanya mendengar satu pihak. Carilah cerita, saya cerita dari pihak yang sebelah lagi supaya dapat gambaran yang seimbang.

Kau dengar dari media utama kutuk-kutuk Kelantan miskin itu ini….cakap Kelantan ni miskin lah, nil ah.. dah kau gi ambik royalti minyak kat sana. Kita ada dengar betapa besarnya duit BRIM RM500 untuk anakanak RM100, tapi, kita tak dengar cerita di media utama tentang ketirisan duit rakyat. Tahun 2010, kalau mengikut laporan audit negara, ketirisan penyelwengan, rasuah masuk poket duit rakyat sebanyakRM21 billion. Boleh bayangkan tak betapa banyak 21 billion tu, itulah duit kita punya yang hilang pada tahun 2010, masuk dalam poket (individu) yang tidak dapat dikira… tidak diberitahu kemana duit tu pergi. Kalau kita lihat dari laporan (audit) karipap 20 sen 30 sen, bagi tender dah jadi RM1…disitulah penyelwengan duit…

Bagaimana ia terkait dengan kita? Populasi rakyat 28 juta orang. Kita bahagikan RM21 bilion kepada 28 juta rakyat, setiap kita megalami kehilangan kerugian RM750  setiap orang!! Tak kira anak kecil ke…orang tua ke …..Kalu bab duit hilang ni tak diceritekan, kalau bab bagi RM500 ni diceritakan, satu Negara tahu. Jadi sekarang saya hendak anda semua berfikir kalau setiap orang daripada kita menanggung dalam tahun 2010 sahaja. RM750 satu kepala, dalam satu rumah, ada 4orang, maknanye dalam satu rumah itu, dah hilang RM3000, emak diberikan RM500, ayah RM200 anak mungkin diberikan RM100. (jumlah RM800) bandingkan jumlah yang diberi dengan jumlah duit kita yang hilang.

Bende-benda macam ni yang kita tak dapat ceritanya di media utama. Cerita kapal selam. Kalau anda lihat, google, video cerita kapal selam melalui lawyer Suaram tu, pihk media diharamkan menceritakan pembelian Scorpene ni. Scorpene ni kapal selam. Kapal selam kita dah beli dua buah dengan harga RM7 billion. Rasanya tak campur dengan kos2 yang lain. Mungkin kita perlukan kapal selam untuk menjaga perairan kita. Tapi masalahnya, kapal selam kita tak boleh nak menyelam tu.. dah tersadai di Sabah sana. Duit kita RM7 billion dihabiskan kepada kapal selam ini. Dan banyak cerita yang kita masih mahu dengar tentang komisyen yang diambil oleh pemerintah kita. Tapi cerita ni tak kan keluar dalam media utama. Ia hanya keluar kerana ia menjadi kes antarabangsa. Nak tak nak orang luar tulis pasal cerita ni.

Integriti kewaratwn tidak ada dalam media utama kita. Cerita tu hanya berat sebelah. Contoh paling utama, perhimpunan bersih. Kalau anda lihat, beberapa hari selepas perhimpunan Bersih ceritanya tentang bagaimana orang yang pergi ni, adalah perusoh-perusoh yang menghuru-harakan keselamatan Negara kita. Ada ke muka ni, muka-muka yang pergi tu perusoh? Yang pergi dengan saya tu, saya parking kereta di hotel dan saya berjumpa dengan seorang hamba Allah ni daripada Teluk Intan saya dapat berjalan bersama pergi ke Dataran Merdeka dengan beliau datangnya bertongkat.Walaupun kakinya tak kuat, beliau datang dengan semangat.

Berita fokus kepada tuntutan bersih, tidak diceritakan. Yang diceritakan rakyat perusoh. Fokus tuntutan itu tidak diceritakan. Tuntutan ini hanya ingin membersih nama pengundi yang tidak berdaftar. Itu adalah salah satu tuntutan daripada lapan tuntutan yang diminta, tapi tak dikeluarkan. Kita kena faham apa itu sistem demostrasi. Kalau tuan puan-puan lihat, saya behubung dengan adik-adik di New Zealand yang juga menyertai himpunan bersih di sana, sebagai student di sana. Tak ada pulak kerajaan di sana bawa gas pemedih mata, kalau diorang nak cari pasal diorang boleh tanya kau pelajar luar, yang sibuk-sibuk nak memprotes itu apesal? Tetapi mereka tak berbuat demikian. Kerana mereka paham apa itu demostrasi. Apa hak kita sebagai rakyat untuk menyuarakan ketidak puasan hati kita.

Kita kena fikir bila pemerintah menyindir-nyindir orang PAS kata tak sokong… Tak redho ambil ‘durian runtuh’. Pikir satu je, itu bukan duit mereka. Tidak ada sesiapa pun yang berhak untuk berkata kita tidak berhak mendapat apa-apa bantuan.

Makcik-makcik dan orang-orang tua yang takut nak meyanggah pemerintah… Kita kena ingat, pemerintah itu boleh buat apa-apa dengan izin rakyat. Rakyat yang bagi dia kuasa. Kalau rakyat dizalimi, dan rakyat tidak puas hati. Rakyat boleh ambil balik kuasa itu. Itu hak kita bersama. Sistem demostrasi ini senang sahaja. Duit, harta benda, bangunan, tanah, itu adalah milik kita bersama sebagai warganegara. Bila kita ada sistem demokrasi duit yang kita ada ni, kita amanahkan kepada saudara kita seorang. Kita suruh dia jaga ni, bayar ni, jaga syarikat amanh sebagai pemerintah. Dan kita lantik lagi sorang kawan sebagai pembangkang dalam sistem demostrasi. Kita suruh pembangkang pantau orang yang diamanahkan kalau ada penyelewengan kau cakap kat aku. Bila kawan kita pembangkang ni datang kat kita menceritakan pada kita yang dia ni ada buat benda yang ta betul. Ada ke kita (patut) marah balik kawan kita yang memerhati itu?

Di situlah ramai orang silap tentang tugas pembangkang. Kalau kita tegar sangat menyokong umno, sekurang-kurangnya buka lah minda anda. Dengar cerita sedara kita ni sekurang-kurangya check dulu. Ramai muslimah yang saya tahu, tak mahu ambil tahu tentang politik.

Saya sebagai seorang ibu saya sanggup kemari sana-sini kerana saya sayang anak saya. Saya seperti anda juga, menatang anak saya bagai minyak yang penuh. Kalau saya tak ambil perhatian apa yang berlaku di sekililing saya. Seolah-olah kita meletakkan anak kita ke dalam sampan dan kita beri pendayung kepada orang lain. Nah! Kau buat lah apa yang kau nak buat.

Begitulah terjadinya bila kita tak ambil perhatian kepada politik. Fikirkan tentang masa depan anak-anak. Bagi saya saya tak sanggup tinggalkan anak-anak saya dengan suasana rasuah yang berluasa, rasuah jadi budaya.....

SKJ

JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS BULAN JUN 2012

1/6-Jumaat-Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah (5 ptg) 

2/6-Sabtu-(Tiada Kuliyah) 

3/6-Ahad-Surau Flat Gelung Bilal K.Trgnu 

4/6-Isnin-Masjid Pinang Merah Paka Trg 

5/6-Selasa-Surau Wan Esah Seberang Baroh K.Trg 

6/6-Rabu-Masjid Kg Butut Kuala Berang Trg 

7/6-Khamis-Masjid Bt.6 K.Trg 

8/6-Jumaat-Surau Limbung Cukai Kemaman jam 9 pagi kuliah muslimat

8/6-Jumaat-Surau Ladang-K.Trg 

9/6-Sabtu-Dataran Keadilan KM 18 Parit Hj Salleh Parit Raja Batu Pahat 

10/6-Ahad-Masjid Sungai Abong Bandar Maharani Muar 

11/6-Isnin-Pusat Tarbiyah Darul Ansar Kg Cempaka Lanchang Pahang 

12/6-Selasa-Unisel Shah Alam Selangor 

13/6-Rabu-(Tiada Kuliyah) 

14/6-Khamis-(Tiada Kuliyah) 

15/6-Jumaat-Masjid Jamek Cukai Kemaman 

16/6-Sabtu-Masjid Balok Makmur Kuantan 

17/6-Ahad-(Tiada Kuliyah) 

18/6-Isnin-Masjid Pulau Ketam K.Trg 

19/6-Selasa-Masjid Simpang 4 Cendering K.Trg 

20/6-Rabu-Stadium Bolasepak Petaling Jaya Selangor (9 mlm) 

21/6-Khamis-(Kuliyah tertutup KL) 

22/6-Jumaat-(Kuliyah tertutup KL) 

23/6-Sabtu-Masjid Al-Azhar Kuis Bangi Selangor 

24/6-Ahad-Masjid Al-Azeem Pandan Indah KL (Forum 9 mlm) 

25/6-Isnin-(Tiada Kuliyah) 

26/6-Selasa-Masjid Pulau Serai Dungun Trg 

27/6-Rabu-Surau Blkg Stadium Negeri K.Trg 

28/6-Khamis-Dataran Pasar Malam Bandar Grik Perak 

29/6-Jumaat-(Tiada Kuliyah) 

30/6-Sabtu-Masjid Banggul Peradung K.Trg





INFO SKJ

Monday 28 May 2012

5 Dasar Menuju Kepada Allah

AllahSeorang ulama tasauf menyebut ada 5 perkara teras yang menyampaikan seseorang kepada Allah:
1. Taqwa kepada Allah samada dengan terang atau sembunyi, di hadapan orang atau di belakang manusia
2. Mengikut Sunnah Nabi SAW samada perkataan, perbuatan.
3. Berpaling meninggalkan makhluk samada mereka berhadap kepada Allah atau membelakangkan Allah
4. Redha dengan kurniaan Allah- sedikit atau banyak
5. Kembali kepada Allah ketika suka atau duka.
Tanda-tanda 5 perkara di atas:
1. Tanda taqwa ialah apabila adanya warak (menjauhkan yang haram dan berhati-hati dengan syubhah) dan Istiqamah ibadah iaitu ibadah betul dan sempurna zahir dan batin.

2. Tanda ikut sunnah Nabi ialah pelihara perkataan dan perbuatan Nabi serta menuruti perkataan dan perbuatan Nabi untuk dirinya.
3. Tanda berpaling meninggalkan makhluk ialah sabar atas ujian  dan tawakkal kepada Allah sambil berusaha dan berikhtiar.
4. Tanda redha dengan kurniaan Allah ialah qanaah dan serah diri kepada Allah.
5. Tanda kembali kepada Allah ialah puji segala nikmat dan syukur kepada Allah dengan anggota badannya apabila mendapat perkara yang disukai serta kembali kepada Allah ketika ditimpa kesusahan.
Bagi perkara yang ke 5 ini iaitu kembali kepada Allah, ia mempunyai 5 perkara lain pula:
1. tinggi himmahnya iaitu azam yang kuat untuk mencapai kedudukan yang tinggi di sisi Allah
2. pelihara kehormatan diri dengan wara’ dan jauhi yang haram
3. membaiki khidmatnya kepada makhluk atau Khaliq
4. mengerjakan pekerjaan yang sukar iaitu melalui sabar dan tawakkal
5. membesarkan nikmat dari Allah
“Sesiapa yang tinggi himmah/keazamannya, dianglat kedudukannya. Sesiapa yang memelihara dari yang haram, dipelihara kehormatan dirinya. Sesiapa yang baik khidmatnya kepada Allah dan makluk, berhak dimuliakan. Sesiapa yang bersungguh mengerjakan sesuatu yang sukar, dia akan kekal dalam petunjuk. Sesiapa yang membesarkan nikmat, tentunya ia akan bersyukur. Sesiapa yang bersyukur, tentu akan ditambahi nikmatnya.”
(Ditulis oleh Ustaz Nik Nasri www.niknasri.com. Ringkasan dan olahan dari kitab Kifayatulmuhtadi ms 383-384)

Istiazah: Berlindung Dgn Allah Drpd Syaitan Yg Direjam

 - oleh Ustaz Nik Nasri Malek

Diriwayatkan bahawa Muhammad bin Wasi’ membaca doa di bawah setiap pagi selepas solat Subuh:
doa berlindung dari syaitan ” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau menaqdirkan kami menghadapi musuh yang sangat memahami kelemahan kami. Ia dan kumpulannya melihat kami sedangkan kami tidak melihat mereka. Ya Allah! Engkau jadikan mereka putus asa menggoda kami sepertimana ia berpuasa asa dari rahmatMu. Haramkan ia bagi kami sebagaimana Engkau haramkannya dari keampunanMu. Jauhkan kami darinya sepertimana Engkau jauhkan mereka dari rahmatMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.”
Beliau menyebut pada suatu hari sewaktu beliau hendak ke masjid, muncul Iblis di hadapannya. Iblis berkata: “Wahai anak Wasi’! Engkau kenal aku?” Muhammad menjawab: “Siapa engkau?” Jawab Iblis: “Aku Iblis” Muhamad bertanya: “Apa yang kamu mahu?” Jawab Iblis: “Aku mahu engkau jangan ajarkan sesiapa doa pendinding itu dan aku berjanji tidak akan mengganggumu.” muhammad bin Wasi’ menjawab: “Demi Allah! Aku tidak akan halang sesiapa pun hendak mempelajarinya. Buatlah apa yang engkau mahu.”
(petikan dari Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah, Fathi Yakan ms 91-92)

Saturday 12 May 2012


UTAMAKAN SOLAT, UTAMAKAN ISLAM

“Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang dan bertakwa kepadaNya dan Dialah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak).”

                                                                                    Surah al-An’am: 72

"Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan." Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.”

                                                                                    Surah al-Baqarah: 208

Putera-puteri yang dirahmati Allah sekalian,

Ingatkah lagi kalian akan lagu sepohon kayu yang sering dinyanyikan. Hayati senikatanya:

                        Sepohon kayu daunnya rimbun

                        lebat bunganya serta buahnya

                        walaupun hidup seribu tahun

                        kalau tak sembahyang apa gunanya.

Dalam pesanan kali ini, ayahanda ingin berbicara tentang keutamaan solat ini dan Islam yang kita anuti.

"Utamakan Solat , Utamakan Islam" bermaksud bahawa kita hendaklah mendahulukan solat daripada segala kerja buat dan urusan hidup yang lain. Sepenting mana pun urusan hidup itu, penting lagi urusan solat yang mengesahkan kehambaan kita kepada Allah s.w.t. Setinggi mana penting pun hal-hal keduniaan, tinggi lagi kepentingan meletakkan Islam di persada hati dan amalan kita.

 Dalam kehidupan harian kita, masa sangat penting dan kadang-kadang terbatas. Kita dikejar aktiviti dunia yang ada ketikanya menjadi padat. Di samping itu, adakalanya badan kita dicengkam keletihan akibat daripada kehilangan tenaga yang banyak setelah menjalani aktiviti harian.

Dalam keadaan-keadaan tersebut, solat kita 'tercabar'. Tercabar dalam erti kata kemungkinan kita tidak solat, tidak khusyuk atau melengah-lengahkan solat sehingga hujung waktu. Ini adalah satu implikasi[1] yang perlu kita sedari agar kita sentiasa beringat dan berhati-hati. Solat jangan dijadikan mangsa kepada kepadatan aktiviti dunia dan keletihan fizikal. Walau apa sekalipun, sibuk atau letih, kita mesti solat dengan sempurna yakni khusyuk dan pada awal waktu. Dalam dada kita, mesti segar slogan yang sepatutnya bukan menjadi retorik[2],  iaitu "Utamakan Solat".

Begitu juga dalam dalam urusan kehidupan yang lain. Sama ada kita memilih, mengamal, menyokong atau berjuang, kita mestilah mengutamakan yang mana selari dengan Islam. Apabila bertembung sesuatu dengan kepentingan diri, kita mestilah dahulukan tuntutan Islam. Hatta apabila bertembung kepentingan menyelamatkan diri dengan menyelamatkan Islam, maka mestilah kita utamakan untuk menyelamatkan Islam. Dalam hal lain seperti memilih makanan, kita utamakan buatan umat Islam yang suci dan halal. Dalam memilih perjuangan, kita pilih gerakan yang memperjuangkan Islam. Dalam memilih sahabat, kita pilih sahabat yang mencintai dan beramal dengan Islam. Dalam memilih pakaian dan fesyennya, kita memilih pakaian atau fesyen yang mana menepati kehendak Islam. Demikianlah halnya dalam segala urusan kehidupan. Islam mesti didahulukan. Maka tegakkan juga slogan "Utamakan Islam " dalam diri  kita sehingga sebati membentuk jatidiri.

Para remajaku yang dikasihi,
Ingatlah pesan ayahanda di atas kerana sesungguhnya dua perkara tersebut sangat  penting dalam hidup kita; hidup yang berjaya di dunia menjadi jambatan  untuk kesinambungan kebahagiaan di akhirat nanti.

“Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.”
                                                                                   
                                                                                              Surah al-Baqarah: 132


[1] Implikasi = kesan
[2] Retorik = kata-kata indah untuk menyedapkan hati

Monday 7 May 2012

ANAK YATIM SAKIT JANTUNG PERLU BANTUAN

Surat daripada IJN.

Surat penjanjian

Surat pengesahan daripada Doktor Hospital Kemaman. 

Adik Abdul Kamal Nuryaqin Bin Zakaria berumur 12 tahun (000604-11-0703)perlukan sumbangan orangramai bagi pembelajaan kos rawatan di IJN. Adik Abdul kamal Nuryaqin adalah anak yatim yang kematian ayah. Ibunya seorang surirumah (Zaharah Binti Yusof 43 tahun) sepenuh masa terpaksa menanggung segala bebanan ini untuk meneruskan kehidupan. Berasal Kampung  Kubang Ikan Kuantan.

Jadual pembedahan yang dijanjikan oleh IJN pada 24.6.2012 dan kosnya RM25 ribu. Setakat ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersetuju untuk menanggung RM24 ribu. Oleh itu kos untuk pembelian ubatan dan rawatan susulan amat diperlukan.

Adik Abdul Kamal Nuryaqim adalah salah seorang ahli keluarga NGO CAKNA ANAK YATIM KEMAMAN. Walaupun dibawah NGO, tetapi keperluan kewangan agak terbatas tanpa sumbangan orangramai yang prihatin. Oleh itu marilah sama-sama kita membantu bagi meringankan segala bebanan yang ditanggung oleh anak yatim. Semoga pertolongan yang ikhlas daripada kita, Allah lipatkan keberkatan hidup sepanjang masa atas muka bumi ini.

Ingatlah pesanan pada hari pembalasan nanti apabila kita semua bertelanjang bulat, tetapi ada juga yang berpakaian. Maka yang berpakaian itu adalah yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada anak yatim. Adakah kita tidak percaya akan berita ini? Atau kita tergolong dikalangan orang yang kedekut?  

Segala sumbangan boleh terus berhubung dengan “NGO CAKNA ANAK YATIM KEMAMAN” iaitu Ustaz Zulkifli Ahmad 019 903 7683. Ataupun boleh terus berhubung dengan Ibunya Zaharah Binti Yusof 013 900 8079. Atau berjumpa muka dengan AJK SKJ (SU SKJ Cikgu Mie 013 922 3024@ TSU Encik Abdul Rahim 019 915 0814)untuk menghulurkan sumbangan. JazakaAllah.