Tuesday, 24 April 2012

JAWATAN KOSONG

 

Eastern Steel Sdn Bhd (557033-V) is a Joint Venture Company between Hiap Teck Venture Berhad and China Shougang Trade and Engineering Corporation. Hiap Teck Venture Bhd and China Shougang are the leading steel company in Malaysia and China respectively. We are currently implementing our RM1.8billion Blast Furnace Project in Kemaman, in line with our rapid expansion, we are seeking highly motivated, qualified and experienced individuals to fill in our job vacancies in ALL level of Management. Including the following:

Supervisory Positions / Executive Positions / Manager Position

Covering the following scope of work:

Civil

Blast Furnace Operation
(Raw material yard, Sintering Plant, Blast Furnace, Pig Iron Castor)

Mechanical

Steel making Operation
(Convertor Furnace, Mixer Furnace, Ladle Furnace, Slab Custer)

Electrical

Oxygen prosess

Health and Safety

Logistic/Warehouse Management

Automation

Procurement

Draughtsman

Accountant (Base in Klang)

-          Candidates must possess at least a Diploma/Advanced Diploma/Bachelor Degree in related field.
-          Those without academic qualification but possess relevant working experience in the similar industry are encourage to apply.
-          Fresh graduates, female applicants are also encourage to apply.
-          Canddidate must be willing to base at Kemaman, Terengganu.

Al Eastern Steel, we offer more than just attractive remuneration package. Rapid Expansion is expected after our Phase One project.

The rewards, alongside with bebefits packages, are excellent career development and oversea traning opportunities to the right candidates.
Interested applicant are invited to email/fax/post your detailed resume, current and expected salary, contact number and a recent photograph to:

Human Resource Department
Eastern Steel Sdn Bhd (Level 3)
Wisma Hiap Teck, Lot6085, Jalan Haji Abdul manan,
Batu 5 ½, Off Jalan Meru, 41050 Klang
Selangor Darul Ehsan
Fax:03-3392 1327
Email:essb recruifment@htgrp.com.my

Admin: SKJ

Manusia Bertanya,Al-Quran Menjawab….


Assalamualaikum…

Seringkali kita mengeluh apabila menghadapi pelbagai ujian dan juga banyak pertanyaan tyang keluar dari mulut kita secara sedar atau pun tidak.Sesuian dengan tajuk tazkirah pada hari ini iaitu Manusia Bertanya,Al-Quran Menjawab.... Sama-sama kita menghayatinya.

KENAPA AKU DIUJI ?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI ?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. “

-Surah Al-Baqarah ayat 286


Admin: SKJ

Assalamualaikum Semua Sahabat

 
Kepada yang berminat untuk dapatkan produk terbaik ni, sila hubungi ditalian :019-400 4099 
Boleh dapatkan secara borong dan runcit 

Harga Runcit : RM13.90 sekotak 
Harga Borong & Promosi : Hubungi 019 400 4099
 

FAKTA & KEHEBATAN KAPSUL BARAKA HABBATUSSAUDA' 

Mengikut Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” menemukan bahwa habbatus-sauda' atau Habbah Sauda mengandungi betasitosterol iaitu bahan anti kanser. 

Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahwa habbatus-sauda' berfungsi untuk mengeluarkan angin dari perut, menambah gairah seks, dan melancarkan darah haid. Terbukti dapat membantu dalam pelbagai pencegahan dan perawatan masalah kesihatan, seperti; 

• anticancer (pencegah kanker) 
• antihistamine (pencegah influenza) 
• antioxidant (pencegah kerosakan sel) 
• antibiotic (pembunuh kuman) 
• antimycotic (antikulat) 
• bancho-dilating effect (melancarkan saluran pernafasan) 
• masalah ginjal - Batu ginjal 
• memperlancar keluarnya air kencing 
• memperlancar darah haid 
• melancarkan pengeluaran air susu ibu. 
• mengobati penyakit stroke / lumpuh sebelah. 
• mengeluarkan angin dari perut 
• menambahkan gairah seksual 
• masalah seksual - impoten, kurang rangsangan seks 
• masalah kelamin wanita - fibroid, menopause, keputihan. 
• masalah penafasan - asma, batuk berkahak, bronchitis 
• masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi / rendah 
• masalah mental - meningkatkan kecerdasan otak. 
• masalah tulang / sendi - arthritis dan reumatik. 
• kencing manis, alergi, migrain dan lain-lain 

TELAH BANYAK TESTIMONI YANG TELAH DITERIMA HASIL DARI AMALAN PEMAKANAN KAPSUL INI. DENGAN IZIN ALLAH IA MAMPU MENYIHATKAN ANDA. SILA DAPATKAN SEGERA. HUBUNGI 019-4004099. BEKALAN AMAT TERHAD. JAZAKALLAH

Admin: SKJ

Permulaan sabar

 

Andai ingin MENANGIS ,menangislah dengan TANGISAN kepada dosa dosa yang telah dilakukan....

Andai ingin MARAH,marahlah dengan KEMARAHAN kepada mereka yang mempersendakan agama Tuhan..

Andai ingin SABAR,sabarlah dengan KESABARAN kepada segala takdir yang telah ditentukan..

Andai ingin DIAM,diamlah dengan DIAM kepada perkara yang boleh mensia-siakan dan membinasakan..


Admin:SKJ

Thursday, 19 April 2012

Untuk Bakal Isteriku..


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Wallahu'lam..

SKJ

Wednesday, 11 April 2012

WASIAT UNTUK REMAJA: REMAJA MESTI BERSAMA ALQURAN


Wahai remaja yang berhati mulia,
Keberkatan dan rahmat bagi sesiapa yang sentiasa membaca al-Quran. Cerahlah mata hati insan yang diterangi oleh ayat-ayat suci kalamullah. Al-Quran menjadi pendinding dari bisikan syaitan dan gangguannya. Suara yang mengalunkan al-Quran akan mengharmonikan suasana  dan memberkati rumah kediamannya. Pahalanya pula berganda-ganda. Allah amat suka akan hamba-Nya yang mesra dengan al-Quran.

Sayangnya pada hari ini kita  menyaksikan bahawa umat Islam terus leka dan sering mengabaikan mukjizat dari tuhan yang diciptakan untuk bekalan hamba-hambanya di akhir zaman. Pelbagai mukjizat yang Allah anugerahkan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul-Nya untuk umat-umat masing-masing bagi meningkatkan kataqwaan. Apa yang berlaku pada hari ini ialah orang  bukan Islam mula memanfaatkan mukjizat agung ini sebaliknya orang Islam terus menjadikan al-Quran sebagai hiasan rumah dan jauh sekali daripada memanfaatkan kandungannya. Allah azza wa jalla berfirman pada ayat kedua dalam surah al-Baqarah, mafhumnya, “diturunkan ini kitab (al-Quran) sebagai petunjuk untuk orang-orang yang bertaqwa”. Lihat, al-Quran ini adalah sebagai petunjuk iaitu halatuju bagi mereka yang ingin berjumpa dengan tuhannya yakni khususnya untuk orang-orang yang bertaqwa. Siapakah insan yang mengaku bertaqwa kepada Allah? Dimaksudkan taqwa di sini adalah orang yang takut kepada Allah; mereka menurut segala perintah-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Ramai orang yang mengaku takut kepada Allah sehinggakan seorang penagih dadah mampu menuturkan kata-kata takut kepada Allah walaupun dalam keadaan tangan kanannya memberi suntikan untuk tangan kirinya. Hakikatnya, orang yang benar-benar takut akan Allah adalah mereka yang sentiasa rasa bersalah terhadap segala tindakannya kerana sering diperhatikan oleh Tuhannya dan akan sentiasa menjaga batas-batas kemurkaan Khaliq[1]nya.  .

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, ‘’Di akhir zaman nanti ramai orang yang membaca al-Quran tetapi al-Quran itu sendiri yang melaknat mereka”. Inilah hakikatnya, apabila umat  Islam sibuk membaca al-Quran sahaja tetapi dalam masa yang sama lalai akan setiap perintah tuhan didalamnya. Apakah kita merasakan diri kita terlepas dari laknat kalamullah ini? Bagaimanakah dengan ayat Quran, “Ingatlah bahawa laknat Allah itu atas orang-orang yang berdusta”. Apakah kita tidak berdusta apabila berkata kita takut akan Allah padahal di hati kita langsung tiada tempat untuk Allah. Sejauh manakah kita takut akan Allah dan sejauh manakah kita takut akan makhluknya yang melata di bumi?   Inilah hal yang perlu direnungkan wahai anak-anak remajaku sekalian. Kita tidak boleh menipu Allah dengan dakwaan taqwa. Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati  kita. 

Wahai anak-anak remajaku yang mengidamkan syurga-Nya,
Semailah dan didiklah hati kalian untuk takut akan Allah dengan sebenar-benar takut. Sesungguhnya tiada sesuatu  yang patut kita takuti melainkan takut akan Allah. Jadikan mukjizat al-Quran yang masih kekal ini sebagai panduan dan petunjuk untuk kita meneruskan sisa hidup kita dalam mencari redha Allah. Dunia ini bukannya tempat untuk kita beristirehat dan bukannya tempat untuk bersenang-lenang malah umur kita akan dipersoalkan semula oleh Allah ke  mana ia digunakan, harta kekayaan yang kita miliki akan juga akan disoal ke mana ia dilaburkan. Segalanya apa yang kita miliki akan kita dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. Ingatlah wahai remajaku, gunakanlah mukjizat ini dengan sebaiknya dengan menuruti segala ajarannya serta berakhlak dengannya sebagaimana akhlak seorang insan agung yang memegang kunci syurga-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.. Sedarlah, sesungguhnya ramai orang yang membaca al-Quran tetapi hanya sedikit yang memperoleh Nur daripada bacaan ayat-ayat suci al-Quran tersebut.

Tuntasnya ayahanda ingatkan remajaku lazimkan diri membaca al-Quran pada setiap hari dan beriman serta beramallah dengan keseluruhan isi kandung mukjizat Allah ini. Semoga kalian semua mendapat berkat, rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t.

                                    Menjala ikan di tepi titi,
                                                Bawa bersama sebatang joran;
Tenang jiwa indah pekerti,
                                                Baik insan kerana al-Quran.


[1] al-Khaliq = Tuhan Yang Maha Pencipta.

Tuesday, 10 April 2012

SINDROM BARU: BN BAKAL KECUNDANG

BayangDiAir


Satu fenomena luar biasa akan berlaku sebelum hari bersejarah PRU13 seandainya Pakatan Rakyat dapat membina persepsi baik dan hujah meyakinkan bahawa Putrajaya akan berjaya ditawan. Rakyat sedang mendengar dan menunggu dengan teliti situasi sokongan umum terkini.

Golongan  ‘cerdik-pandai’ yang terdiri daripada ahli dan penyokong UMNO serta golongan opurtunis sedang membuat perkiraan strategiK agar ‘tidak terlepas’ dan ‘tidak tersepit’ sekiranya benar kerajaan Pakatan Rakyat akan mengambilalih kuasa daripada UMNO. Golongan ini dipercayai memegang prinsip haprak, ‘sokong,sokong juga; namum periuk nasi kena jaga’. Mereka bersedia untuk meninggalkan UMNO/BN demi kelangsungan hidup yang bersifat materialistik. 

Sindrom ‘BN Bakal Kecundang’ mesti diwujudkan dan disebarluaskan dengan hujah dan natijah. Penceramah dan pemimpin Pakatan Rakyat mesti buktikan bahawa mereka bukan bercakap kosong. Rakyat mahukan fakta dan hujah yang penuh wibawa; bukan hujah ‘pakai tembak’ sekadar perang psikologi. Analisis kebangkitan rakyat mesti didedahkan demi menyemarakkan sindrom ‘BN Bakal Kecundang’.

Apabila BN diramalkan kecundang, sudah pasti akan ada hayunan undi ke arah Pakatan Rakyat daripada golongan oportunis tadi. Ketika isu 16 September dulu pun sudah berlaku orang UMNO ‘minta nyawa’ daripada aktivis PAS. Mereka mula bimbang nasib dan periuk nasi mereka terancam. Tinggalkan isu 16 September yang telah jauh berlalu. Kini rakyat berhadapan dengan keupayaan kemenangan mutlak Pakatan Rakyat. Kita bina persepsi baru.

Yakinkan rakyat bahawa kita benar-benar mampu mendapat 20 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak. Kita mampu merobohkan penguasaan UMNO di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kita mampu memiliki 2/3 kerusi di Semenanjung. Kita bukan cakap kosong, kita ada hujah. Ayuh sebarkan kemampuan Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU13. Sebarkan kelebihan kerajaan Pakatan Rakyat berbanding kerajaan BN.

Akhir kata, wujudkan sindrom ‘BN Bakal Kecundang’ mulai sekarang. Pastikan klimaksnya berlaku pada hari pengundian. Bersedialah untuk melaksanakan Negara Berkebajikan.  

Tuesday, 3 April 2012

DI ATAS SEJADAH

Hadis :
Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: "Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah rahmat kepadanya." Abu Huraiarah r.a

Huraian :Pengajaran Hadith:
i) Sembahyang (solat) dan tempat solat mempunyai nilai yang sangat besar di sisi Allah S.W.T.

ii) Orang yang tidak segera meninggalkan tempat ia bersolat selagi ia tidak berhadas dan tidak melakukan perkara yang mendatangkan dosa akan sentiasa didoakan oleh malaikat agar diampuni dosanya dan diberikan rahmat kepadanya.

iii) Islam menyeru umatnya agar sentiasa menjaga solatnya dan mengerjakannya dengan sempurna kerana hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah S.W.T.