PUISI-PUISI ISLAM

Laksanakanlah 8 tuntutan

demi sebuah keadilan

bukan untuk

satu pihak dilebihkan

dan satu pihak dikurangkan.


Laksanakanlah 8 tuntutan

demi sebuah keharmonian

kita damba demokrasi yang terpuji

bukan sebuah revolusi

rentetan rasa tak puas hati.



Laksanakanlah 8 tuntutan

demi sebuah kemakmuran

yang indah lestari

rakyat hidup damai

negara sentiasa permai.



Laksanakanlah 8 tuntutan

demi sebuah Malaysia

yang akan diwarisi

anak-anak dari segala posisi

jangan nanti di dalam kubur kita dimaki.



Laksanakanlah 8 tuntutan

demi rakyat yang terbangun dari tidur

sebelum nasi menjadi bubur

kemenangan besar terkubur

pemenang lari berterabur.



Laksanakanlah 8 tuntutan

demi mekarnya kuntuman puisi

ada nasihat pada bait-bait seni

ada cinta untuk pertiwi

terselit rindu di dalam hati.



Khamis, 21 Julai 2011 "



TANPA IMAN, APA MUNGKIN?


Tahukah engkau,saudaraku
Hidup tidak menjanjikan syurga
Yang kauidam-idamkan dalam ilusi
Engkau semata-mata berkhayal
Akan sebuah bumi
Yang merentangkan untuk engkau
Sejalur aspal tanpa liku.

Marilah bersamaku
Membakar mentari biar hangus
Meramas bulan biar relai
Lalu kita pun belajar
Mengemudikan hidup dalam serba gelap
Marilah bersamaku
Hanya dengan tangan semata-mata tangan
Mengoyak parah segala cabaran
Hanya dengan mata semata-mata mata
Menidurkan himpunan derita
Marilah saudara-saudaraku
Menakluki hidup
Tanpa pedang tanpa mesingan.

Daripada:
BayangDiAir,
Kemaman.





Lukisan Hidup
Insan melukis
Lukisan hidupnya
Dengan pena batinnya
Dengan tinta emasnya
Pada kanvas citanya
Kita terus melukis
Warna perasaan
Warna suka warna duka.

Kita terus melukis
Dari pagi hingga senja
Kanvas hidup ini
Tidak putih lagi
Kini penuh warna
Beraneka warna
Warna putih atau hitam
Bewarna-warni atau kelam
Adalah potret hidup kita
Kita yang melukisnya
Dari pagi hingga senja
Sebelum menutup mata.

SalamMuhammad
Kemaman.

DENDAM MIMBAR

Mimbar siaraya
Tersergam utuh
Antara ruangan sujud
Di bawah gelembung
Naungan kubah agam

Setiap Jumaat dilaung dari pundaknya
Kata nasihat penyemarak taqwa
Tersedia sebilah tombok waja
Seakan ingin sahaja menerpa
Merejam tepat
Dasar sanubari ummat
Yang terbuai dan terkulai
Akan iguana khailullah

Sambil membisik di cuping basyirah mereka
“wahai saudara, solat jumaatmu tidak sempurna!”

Drp:SKJ

Ehsan drp:
ZAHIRUDDIN ZABIDI
Wangsa Maju, KL