Tuesday, 10 April 2012

SINDROM BARU: BN BAKAL KECUNDANG

BayangDiAir


Satu fenomena luar biasa akan berlaku sebelum hari bersejarah PRU13 seandainya Pakatan Rakyat dapat membina persepsi baik dan hujah meyakinkan bahawa Putrajaya akan berjaya ditawan. Rakyat sedang mendengar dan menunggu dengan teliti situasi sokongan umum terkini.

Golongan  ‘cerdik-pandai’ yang terdiri daripada ahli dan penyokong UMNO serta golongan opurtunis sedang membuat perkiraan strategiK agar ‘tidak terlepas’ dan ‘tidak tersepit’ sekiranya benar kerajaan Pakatan Rakyat akan mengambilalih kuasa daripada UMNO. Golongan ini dipercayai memegang prinsip haprak, ‘sokong,sokong juga; namum periuk nasi kena jaga’. Mereka bersedia untuk meninggalkan UMNO/BN demi kelangsungan hidup yang bersifat materialistik. 

Sindrom ‘BN Bakal Kecundang’ mesti diwujudkan dan disebarluaskan dengan hujah dan natijah. Penceramah dan pemimpin Pakatan Rakyat mesti buktikan bahawa mereka bukan bercakap kosong. Rakyat mahukan fakta dan hujah yang penuh wibawa; bukan hujah ‘pakai tembak’ sekadar perang psikologi. Analisis kebangkitan rakyat mesti didedahkan demi menyemarakkan sindrom ‘BN Bakal Kecundang’.

Apabila BN diramalkan kecundang, sudah pasti akan ada hayunan undi ke arah Pakatan Rakyat daripada golongan oportunis tadi. Ketika isu 16 September dulu pun sudah berlaku orang UMNO ‘minta nyawa’ daripada aktivis PAS. Mereka mula bimbang nasib dan periuk nasi mereka terancam. Tinggalkan isu 16 September yang telah jauh berlalu. Kini rakyat berhadapan dengan keupayaan kemenangan mutlak Pakatan Rakyat. Kita bina persepsi baru.

Yakinkan rakyat bahawa kita benar-benar mampu mendapat 20 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak. Kita mampu merobohkan penguasaan UMNO di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kita mampu memiliki 2/3 kerusi di Semenanjung. Kita bukan cakap kosong, kita ada hujah. Ayuh sebarkan kemampuan Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU13. Sebarkan kelebihan kerajaan Pakatan Rakyat berbanding kerajaan BN.

Akhir kata, wujudkan sindrom ‘BN Bakal Kecundang’ mulai sekarang. Pastikan klimaksnya berlaku pada hari pengundian. Bersedialah untuk melaksanakan Negara Berkebajikan.  

No comments:

Post a Comment