Monday, 18 November 2013
MUHASABAH: ADAKAH KITA MUSLIM YANG BAIK?
1. Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”. (0033)
2. Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya. (0035)
3. Dari Abu Hurairah r.a dan dari Abu Syuraikh Al-Khuza’iy r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada tetangganya. Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya, dan siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (0038 & 0039)
4. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kamu tidak dapt masuk syurga, sebelum kamu beriman, dan kamu belum dapat dikatakan mukmin sebelum kamu kasih mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara sesamamu.” (0042)
Sunday, 17 November 2013
KATA-KATA YANG MENGETUK HATI MUSLIM DI NUSANTARA
Ikuti ucapan Sultan Brunei berkaitan pelaksanaan hudud. Baginda telah mengetuk hati umat Islam sedunia amnya dan Nusantara khususnya.
http://www.youtube.com/watch?v=19hW_Aw8rho
" Negara Brunei Darussalam walaupun Kecil, tetapi ini tidaklah menghalangi Kita untuk mengambil langkah-langah melaksanakan Undang-Undang Syariah. Kerana selaku orang Islam kita Wajib melaksanakan, sebagai memenuhi tuntutan Allah swt. Apabila Undang-Undang Syariah terlaksana, maka barulah Bumi yang Permai ini dapat diungkap sebagai: { بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ : (Negerimu) adalah Negeri yang Baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun: Saba' 15 }
Kita tidak ada pilihan lain selain daripada mematuhi semua Perintah Allah, inilah Kewajipan Utama kita, salah satu daripada Perintah itu ialah melaksanakan Undang-Undang, itu adalah Undang-Undang Syariah. Secara amnya pada 15 Julai 1996 dan dalam Persidangan Majlis Ugama Islam, pada 13 Mac 2011, Beta ada menyebut secara Khusus mengenai Undang-Undang Jenayah Syara'. Ini juga sepatutnya mendapat Perhatian yang Serius dan Segera, kerana kita tidak boleh lagi berkata "tidak atau tunggu dulu" sebab kita sudah pun Cukup segala-galanya, ada Kemampuan, dan ada Kuasa untuk melaksanakannya. Kalau kita masih juga berkata "tidak atau tunggu dulu" ini adalah tidak Kena. Siapakah kita dihadapan Allah untuk berkata "tidak atau tunggu dulu" sedang Undang-Undang ini bukanlah baru digubal. Tetapi telah termaktub di dalam al-Quran & al-Hadis. Semenjak dari 1400 Tahun lebih lagi.
Dimanakah kita dengan al-Quran & al-Hadis itu. Kerana itu Beta amatlah terpanggil tanpa sebarang Keraguan untuk melihat satu Akta Undang-Undang Jenayah Syara' Wujud dan Dilaksanakan, disamping tidak pula menolak Undang-Undang biasa, juga akan masih diguna Pakai, dalam makna Akta Jenayah Syara' adalah diperlukan, sementara Akta Sivil biasa masih saja tidak diketepikan "
SYURGA OH SYURGA
Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.
"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)
Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah SWT kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :
"Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : 22-23)
"Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56)
"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 58)
"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37)
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :
" ... seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)
Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nombor 1557)
Wednesday, 5 September 2012
ORANG MENGATAKAN MATAHARI ITULAH BINTANG
Malam tadi Ustaz Khaidir bin Ngah, Imam Masjid Kuarters KLIA berceramah di Surau Alamanda, Senawang. Antara fakta yang mengejutkan ialah satu kajian ke atas pelajar Islam di sebuah IPTA yang mendapati 5 peratus pelajar IPTA tersebut mengatakan al Quran tidak relevan lagi pada zaman sekarang.
Pada pandangan saya ianya berpunca apabila ayat al Quran hanya dijadikan perhiasan di dinding rumah, dipertandingkan saban tahun akan kelunakan suara qari dan qariah tanpa difahami setiap huruf, setiap ayat setiap perkataan dalam al Quran untuk kita amalkan.
Mudah sahaja kita mengatakan al Quran ini relevan sampai akhirat dalam setiap sudut kehidupan kita. Satu ayat sudah cukup untuk membingungkan para intelektual, professor dan graduan IPTA.
Baca saja surah An Najm (Bintang) ayat yang pertama , “Demi bintang ketika terbenam”.
Kalau ikut akal kita yang bodoh ini, bila pula bintang terbenam, bukankah bintang itu sentiasa di atas langit. Tak pernah pun kita lihat bintang terbenam ! Rupa-rupanya, matahari itu adalah sebahagian daripada bintang, dan setiap hari kita lihat bintang yang bernama matahari ini terbenam.
Itu baru satu ayat ALLAH cabar kita, belum lagi lebih 6,000 ayat yang lain.
Kembalilah kepada Islam sepenuhnya, solatlah jemaah di masjid, hadirlah selalu majlis ilmu untuk memberi makanan kepada roh kita yang kelaparan dan kebuluran pada ketika ini. Kita ini hamba ALLAH, kita ini bodoh, ALLAH Maha Bijaksana.
******************
MATAHARI, BINTANG TERBAIK YANG KITA MILIKI
Matahari kita adalah sebuah bintang, yaitu bola gas panas raksasa yang mengeluarkan energi dan cahaya. Namun sebenarnya, Matahari termasuk bintang yang ukurannya biasa saja. Masih banyak bintang lain yang berukuran jauh lebih besar ataupun jauh lebih kecil darinya.
Matahari adalah bintang deret utama dengan kelas G2.
"Wednesday, 1 August 2012
Penghinaan kepada Nabi Musa A.S. di Olimpik 2012?
Gambar di atas:
Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang
akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada
masa itu.
Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.
Selepas itu dalam gambar
ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita
pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa
kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah
mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan
tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi
menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun
Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun
melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan
pengikutnya.Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.
Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.
1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M
Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu’alam..
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
Sama ada baik ataupun yang buruk.
Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya.
InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua..
Amin, Assalamu’alaikum
Daripada SKJ
Monday, 30 July 2012
Gadis cina berpuasa?
SENSASI DI
YOUTUBE: Gadis cina hot BUKAN ISLAM memberi hujah-hujahnya mengapa beliau
berpuasa di bulan Ramadhan! KEBANGKITAN PENDAKWAH BUKAN ISLAM!
J SZE adalah ikon baru dalam dunia dakwah. Apa yang unik ialah beliau bukan Islam tetapi merupakan salah seorang anggota team Najasyi / Abu Talib yang giat belajar tentang logik Islam dan juga bahasa Arab. Beliau mengambil ijazah dalam child psychology.
J SZE telah menakjubkan ramai di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH baru2 ini di Johor bila beliau menjelaskan hujah demi hujah mengapa aqidah Islam lebih rasional dari agama-agama lain. Ini adalah video pertama J SZE dalam usahanya untuk menghilangkan prejudis masyarakat bukan Islam terhadap Islam. Beliau amat menentang Islamofobia. -Xifu Naser
J SZE adalah ikon baru dalam dunia dakwah. Apa yang unik ialah beliau bukan Islam tetapi merupakan salah seorang anggota team Najasyi / Abu Talib yang giat belajar tentang logik Islam dan juga bahasa Arab. Beliau mengambil ijazah dalam child psychology.
J SZE telah menakjubkan ramai di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH baru2 ini di Johor bila beliau menjelaskan hujah demi hujah mengapa aqidah Islam lebih rasional dari agama-agama lain. Ini adalah video pertama J SZE dalam usahanya untuk menghilangkan prejudis masyarakat bukan Islam terhadap Islam. Beliau amat menentang Islamofobia. -Xifu Naser
Daripada SKJ
Sunday, 29 July 2012
Anak Yatim mohon sumbangan untuk sambung belajar di Jordan
SITI NUR RADHIAH
BINTI ALIAS
325 RUMAH KOS RENDAH GELIGA
24000 KEMAMAN
TERENGGANU
Tel: 013-937 5788 (Ibu – Kak Noraisah)
No. Akaun MayBank: 1630 2880 4258
8 JULAI 2012
Kepada:
SESIAPA YANG SUDI
Tuan,
Per: MEMOHON
SUMBANGAN DERMA BAGI MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA – JORDAN
Merujuk perkara di atas sukacita dimaklumkan bahawa saya
SITI NUR RADHIAH BINTI ALIAS akan melanjutkan pelajaran ke UNIVERSITI MU’TAH,
JORDAN. InsyaAllah saya akan berangkat pada 8 September 2012 ini bersamaan 20
Syawal 1433 hijrah.
Oleh kerana keluarga saya bukanlah dari kalangan yang
berkemampuan dan saya tidak mendapat mana-mana tajaan setakat ini. Maka saya
amatlah mengharapkan jasa baik pihak tuan bagi menghulurkan sedikit sumbangan
bagi melancarkan proses pembelanjaran saya di sana dan juga sekiranya ada yang
sudi menghulur komputer riba terpakai secara percuma. Ataupun membeli tunai komputer
riba untuk saya, InsyaAllah saya akan membayarnya secara beransur-ansur setiap
bulan kepada tuan.
Sekian dimaklumkan, semoga mendapat perhatian dan
pertimbangan yang sewajarnya dari pihak yang bersimpati. Sumbangan dari tuan,
saya dahulukan ucapan jutaan terima kasih.
Yang Memohon,
SITI NUR RADHIAH
NO. K/P: 930909-06-5406
Ehsan Blog suraukgjaya.blogspot.com (pemudahcara IT)
s/k:
Surau Kampung Jaya (SKJ) – mohon kutipan kuliah
PAS Kawasan Kemaman – mohon sumbangan ehsan
Pekerja Perwaja Steel Kemaman – mohon kutipan
Blog DakwahKemaman.blogspot.com (Masjid Al Solihin Permai
Jaya) – mohon sebaran
BIODATA:
1.
Anak sulung
2.
Anak Yatim kematian ayah
3.
Lepasan pelajar Darul Quran Rusila
4.
Tinggal bersama Ibu, Bapa Saudara 3 orang anak
(17th lelaki, 15th lelaki OKU dan 12th perempuan) Datuk
dan Nenek dalam satu rumah
5.
Ibu bekerja kerani di syarikat swasta
6.
Bilangan adik beradik enam orang (18th
perempuan metrik di Arau baru masuk 28 Mei 2012, 16th perempuan
Sekolah Agama Al Falah Kemaman, 15th lelaki Pondok di Batu Buruk
Terengganu, 13th lelaki Maahad Tahfiz Tok Jiring dan 10th
lelaki Sekolah Rendah Kampung Tengah Kemaman)
7.
Datuk dan Nenek tidak bekerja
8.
Bapa Saudara bekerja di syarikat swasta -
teknikal
Tolong panjang dan sebarkan kepada mana-mana yang bersimpati
dengan saya. Semoga Allah memberkati rezeki tuan. InsyaAllah. JazakaAllah.
Terima kasih semua.
30 Julai 2012
Isnin jam 10 pagi - Penyerahan wang kutipan dari SKJ yang diwakili oleh
TSU SKJ Encik Rahim kepada Ibu adik Siti Nur sebanyak RM800.00. Alhamdulillah.
Terima kasih kepada penyumbang. JazakaAllah. Majlis penyerahan berlangsung di
tempat kerja Ibunya.
Subscribe to:
Posts (Atom)






