Wednesday, 20 November 2013

WASIAT UNTUK REMAJA - SIRI 1


“Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepada-Ku”
                                                                                                            Surah az-dzariyat: 56

Para remaja yang soleh dan solehah sekalian,
Lihatlah mentari yang mula naik di ufuk timur pada waktu pagi dan dan menghilang di ufuk barat pada waktu senja. Perhatikan pucuk-pucuk muda yang segar selepas hujan dan daun-daun kering yang berguguran. Renungi burung yang berterbangan, air yang mengalir dan gunung yang menunjangi bumi dengan kukuhnya. Semua itu ada pengajaran untuk diambil. Semua itu ada hikmah dan tujuan yang ditentukan Allah pada  kejadiannya. Bagaimanakah pula tentang kejadian kita yang menjadi khalifah di bumi ini?

Persoalan pokok tentang kejadian manusia mungkin pernah kalian fikirkan. Kalian tertanya-tanya mengapa Allah jadikan kita dan atas tujuan apa Allah jadikan manusia. Mungkin selama ini kita sibuk sehingga tidak berkesempatan untuk mencari jawapannya. Kita hanya menghabiskan masa dengan  kerja buat  yang dipandu oleh matlamat kita sendiri.

Para remaja yang dikasihi lagi disayangi sekalian,
Ayat di atas dari surah azd-dzariyat menjadi jawapannya wahai anak-anak remajaku. Maknanya cukup jelas dan mudah difahami. Itulah sebenarnya Allah menjadikan kita dan manusia seluruhnya. Kita diciptakan bukan untuk sesuatu tujuan yang tidak pasti. Kita juga tidak diciptakan untuk sibuk dengan urusan sendiri. Apalagi kalau kita tenggelam dalam keseronokan dunia yang penuh dengan hiburan dan tipudaya yang melalaikan. Itu sangat jauh menyimpang daripada tujuan Allah menjadikan kita. Itu kesesatan namanya.

Wahai remaja yang dirahmati semua,
Adakah kalian sedang bernafas atas landasan dan tujuan kalian diciptakan? Apakah ertinya beribadat seperti yang dimaksudkan Allah dalam surah di atas? Ibadat itu luas maksudnya wahai anak-anak remajaku. Ibadat bermakna mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Beribadat bererti kita menjadi hamba dan memperhambakan diri kepada Yang Maha Pencipta. Solat, puasa dan berzikir adalah ibadat. Belajar dan bekerja untuk Islam juga ibadat. Tidur juga ibadat. Malah tidak melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah juga dinamakan ibadat. Semuanya menjadi ibadat apabila dilakukan mengikut syariat dan peraturan Allah. Semuanya menjadi ibadat apabila dilakukan kerana Allah.

Anak-anak remajaku berada pada jalan yang benar sekiranya kalian melakukan aktiviti dan rutin kehidupan selaras dengan kehendak agama. Kalian menepati tujuan diciptakan seperti yang telah difirmankan oleh Allah dalam ayat suci di atas. Kalau anak-anakku berada di jalan yang bertentangan dengan perintah Allah , ayahanda menyeru kalian membetulkan semula langkah di bumi yang bersifat sementara ini.  Tinggalkanlah amalan yang melalaikan diri kalian  daripada mengingati dan mengabdikan diri kepada Tuhan. Ingatlah bahawa sesiapa yang gagal melakukan pengabdian diri kepada Ilahi bererti dia gagal menepati tujuan Allah menciptanya. Sudah pasti balasan yang amat menakutkan menanti manusia yang menyimpang hidupnya daripada landasan agama. Ayahanda yakin pesanan ini dapat menjadi renungan kalian. Ayahanda doakan keselamatan dan kesejahteraan untuk kalian wahai permata hati.

                        Buluh perindu tumbuh di hutan,
                                    Dibuat serunai merdu sekali;
                        Taat beribadat kepada Tuhan,
                                    Baru menjadi hamba sejati.

                                    

Tuesday, 19 November 2013

MATI MULIA

- oleh BayangDiAir
Mati ketika sujud
Setiap muslim mesti bercita-cita untuk mati syahid. Mati syahidlah mati yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. Mati syahid bermakna mati di jalan Allah kerana berjuang menegakkan dan mempertahankan Islam. Betapa mulianya orang yang mati syahid seperti yang telah diungkapkan oleh Allah di dalam firman dan diterangkan olehRasulullah s.a.w. di dalam sabda. Para Sahabat dan umat terdahulu berebut-rebut untuk mati syahid. Tanya diri sendiri, di mana posisi kita?

Tulisan ini ingin membawa pembaca kepada satu dimensi lain yang cukup biasa tentang mati mulia. Mati mulia ialah mati dalam keadaan ditangisi makhluk di bumi dan dijemput oleh al-Khaliq. Seseorang itu mati mulia apabila makhluk rasa kehilangan kita kerana hidup kita penuh jasa terhadap mereka, kita bersikap mulia dan ramah dengan mereka, bersopan bila berkata, baik hati sesama manusia, tidak pandai berdendam dan tidak pernah bermusuh dengan kaum kerabat, sahabat handai dan jiran tetangga. Dalam situasi ini kita sepadan dengan perumpamaan ‘gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’. Kematian ini ditangisi oleh orang ramai kerana mereka merasakan kematian kita  menjadi satu kehilangan bagi masyarakat.

Tidak habis di situ. Mati yang mulia ialah apabila mati kita Allah dahului dengan keampunan, mati kita diiringi oleh rahmat Allah dan Allah menjemput kita pulang bagaikan ayah yang menjemput anaknya pulang dengan kucupan dan kasih sayang. Berpisah roh dari jasad menuju Kekasih yang sepanjang umur dipuja dan dipuji. Kematian yang dibawa melalui lorong-lorong syurga, yang ditemani oleh amal di dalam kuburnya dan yang telah mempertemukan hamba dengan Kekasihnya.


Demikianlah mati mulia. Siapa yang tak mahu mati begini. Mati yang tak perlu ditakuti, malah tak sabar menanti. Namun, kita kena muhasabah. Adakah kita memenuhi syarat dan ciri-cirinya? Kalau belum, doakan untuk penulis dan penulis doakan untuk pembaca yang budiman agar Allah memberi kekuatan dan kesempatan untuk memenuhi ciri dan syaratnya.

Monday, 18 November 2013

MUHASABAH: ADAKAH KITA MUSLIM YANG BAIK?


1. Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”. (0033)

2. Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya. (0035)

3. Dari Abu Hurairah r.a dan dari Abu Syuraikh Al-Khuza’iy r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada tetangganya. Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya, dan siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (0038 & 0039)

4. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kamu tidak dapt masuk syurga, sebelum kamu beriman, dan kamu belum dapat dikatakan mukmin sebelum kamu kasih mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara sesamamu.” (0042)

Sunday, 17 November 2013

KATA-KATA YANG MENGETUK HATI MUSLIM DI NUSANTARA



Ikuti ucapan Sultan Brunei berkaitan pelaksanaan hudud. Baginda telah mengetuk hati umat Islam sedunia amnya dan Nusantara khususnya.
http://www.youtube.com/watch?v=19hW_Aw8rho


" Negara Brunei Darussalam walaupun Kecil, tetapi ini tidaklah menghalangi Kita untuk mengambil langkah-langah melaksanakan Undang-Undang Syariah. Kerana selaku orang Islam kita Wajib melaksanakan, sebagai memenuhi tuntutan Allah swt. Apabila Undang-Undang Syariah terlaksana, maka barulah Bumi yang Permai ini dapat diungkap sebagai: { بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ : (Negerimu) adalah Negeri yang Baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun: Saba' 15 } 





Kita tidak ada pilihan lain selain daripada mematuhi semua Perintah Allah, inilah Kewajipan Utama kita, salah satu daripada Perintah itu ialah melaksanakan Undang-Undang, itu adalah Undang-Undang Syariah. Secara amnya pada 15 Julai 1996 dan dalam Persidangan Majlis Ugama Islam, pada 13 Mac 2011, Beta ada menyebut secara Khusus mengenai Undang-Undang Jenayah Syara'. Ini juga sepatutnya mendapat Perhatian yang Serius dan Segera, kerana kita tidak boleh lagi berkata "tidak atau tunggu dulu" sebab kita sudah pun Cukup segala-galanya, ada Kemampuan, dan ada Kuasa untuk melaksanakannya. Kalau kita masih juga berkata "tidak atau tunggu dulu" ini adalah tidak Kena. Siapakah kita dihadapan Allah untuk berkata "tidak atau tunggu dulu" sedang Undang-Undang ini bukanlah baru digubal. Tetapi telah termaktub di dalam al-Quran & al-Hadis. Semenjak dari 1400 Tahun lebih lagi.

Dimanakah kita dengan al-Quran & al-Hadis itu. Kerana itu Beta amatlah terpanggil tanpa sebarang Keraguan untuk melihat satu Akta Undang-Undang Jenayah Syara' Wujud dan Dilaksanakan, disamping tidak pula menolak Undang-Undang biasa, juga akan masih diguna Pakai, dalam makna Akta Jenayah Syara' adalah diperlukan, sementara Akta Sivil biasa masih saja tidak diketepikan "
.

SYURGA OH SYURGA




Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.
"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah SWT kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :
"Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : 22-23)
"Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56)
"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 58)
"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37)
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :
" ... seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)
Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nombor 1557)

Wednesday, 5 September 2012

ORANG MENGATAKAN MATAHARI ITULAH BINTANG




Artikel"

Malam tadi Ustaz Khaidir bin Ngah, Imam Masjid Kuarters KLIA berceramah di Surau Alamanda, Senawang. Antara fakta yang mengejutkan ialah satu kajian ke atas pelajar Islam di sebuah IPTA yang mendapati 5 peratus pelajar IPTA tersebut mengatakan al Quran tidak relevan lagi pada zaman sekarang.

Pada pandangan saya ianya berpunca apabila ayat al Quran hanya dijadikan perhiasan di dinding rumah, dipertandingkan saban tahun akan kelunakan suara qari dan qariah tanpa difahami setiap huruf, setiap ayat setiap perkataan dalam al Quran untuk kita amalkan.
Mudah sahaja kita mengatakan al Quran ini relevan sampai akhirat dalam setiap sudut kehidupan kita. Satu ayat sudah cukup untuk membingungkan para intelektual, professor dan graduan IPTA.
Baca saja surah An Najm (Bintang) ayat yang pertama , “Demi bintang ketika terbenam”.
Kalau ikut akal kita yang bodoh ini, bila pula bintang terbenam, bukankah bintang itu sentiasa di atas langit. Tak pernah pun kita lihat bintang terbenam ! Rupa-rupanya, matahari itu adalah sebahagian daripada bintang, dan setiap hari kita lihat bintang yang bernama matahari ini terbenam.
Itu baru satu ayat ALLAH cabar kita, belum lagi lebih 6,000 ayat yang lain.
Kembalilah kepada Islam sepenuhnya, solatlah jemaah di masjid, hadirlah selalu majlis ilmu untuk memberi makanan kepada roh kita yang kelaparan dan kebuluran pada ketika ini. Kita ini hamba ALLAH, kita ini bodoh, ALLAH Maha Bijaksana.
******************
MATAHARI, BINTANG TERBAIK YANG KITA MILIKI
Matahari kita adalah sebuah bintang, yaitu bola gas panas raksasa yang mengeluarkan energi dan cahaya. Namun sebenarnya, Matahari termasuk bintang yang ukurannya biasa saja. Masih banyak bintang lain yang berukuran jauh lebih besar ataupun jauh lebih kecil darinya.
Matahari adalah bintang deret utama dengan kelas G2.
"

Wednesday, 1 August 2012

Penghinaan kepada Nabi Musa A.S. di Olimpik 2012?

Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu. 

Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.
Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya.

Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M

Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu’alam.. 

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
Sama ada baik ataupun yang buruk.
Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya.
InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua..
Amin, Assalamu’alaikum





Daripada SKJ