- Oleh BayangDiAir
Apa pemimpin UMNO dan PERKASA tak kata kepada orang Cina dan India. Bukan sekadar memperli dan menghina malah mengugut dengan pelbagai cara. Ingatkah lagi isu heret dan sepak kepala lembu? Apakah orang India dan penganut Hindu tidak terhina? Apakah hilang rasa marah kaum India di bandar dan di estet hanya kerana disogokkan dengan sedikit kemudahan dan bantuan ketika pilihanraya? Apakah kaum Cina tidak rasa tersentuh apabila dianggap sebagai pendatang asing? Apakah gelaran pelacur untuk perempuan Cina tidak mampu menggugat kesetiaan MCA terhadap UMNO?
Terbaru, amaran Ibrahim Ali agar orang Cina jangan keluar berdemo bersama BERSIH pada 9 Julai dan sedia menyimpan makanan tambahan di rumah. Manakala gambar pemimpin India, Datuk Ambiga Sreenevasan dibakar. Mengapakah PERKASA mengedarkan risalah yang mentohmahkan Ambiga sebagai wanita Hindu yang merbahaya? Tidakkah semua ini mengguris perasaan orang-orang India dan Cina? Apakah MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti kaum Cina di Sabah dan Sarawak tak mampu bergerak dari pelukan palsu UMNO? Payahnya mereka merungkai ikatan daripada UMNO seolah sama payahnya orang Melayu Felda menolak kepalsuan pemimpin UMNO.
Mengapa Cina MCA, India MIC dan bukan Melayu dalam Gerakan masih terhegeh-hegeh dengan UMNO? Tiada maruahkah mereka? Atau ada sesuatu yang kita tak pasti mengikat kaki dan tangan mereka. Kalau pemimpin segagah Chua Soi Lek pun tak berani buat lebih selain sekadar sindiran kepada UMNO dan PERKASA, apa lagi pemimpin dan pengikut biasa. Tak ada seorang pun yang berani membawa parti masing-masing keluar dari BN. Sebab lemah inilah agaknya pemimpin UMNO dan PERKASA terus berani memperli, menghina dan mengugut kaum-kaum tersebut.
MCA, MIC , Gerakan dan parti-parti dominasi bukan Melayu di Sabah dan Sarawak bukan tidak dapat memahami hubungan UMNO dengan PERKASA. Kata orang, “sekilat ikan di air sudah tahu jantan betinanya.” Gerak tindak perjuangan PERKASA amat berbahaya untuk perpaduan kaum. Semuanya bernada cauvanis dengan permusuhan yang tajam. Siapa yang ada dalam PERKASA? Siapa Mahathir? Siapa Ibrahim Ali? Sila tilik pemimpin-pemimpin mereka? Bukankah mereka pemegang kad keahlian, Pemuda dan Puteri? Mengapakah kerajaan yang bertulangbelakangkan UMNO tidak mengambil tindakan terhadap pemimpin PERKASA yang mengeluarkan kenyataan berbahaya kepada keselamatan negara? Apakah pihak keselamatan ingin mengaplikasi kaedah Operasi Lalang yang seumpama wayang itu? Berpura-pura tangkap 3 orang pemimpin UMNO untuk nanti ditangkap 30 orang pemimpin Pakatan Rakyat. Bermain wayang dengan 2 minggu pemimpin PERKASA dalam ISA untuk nanti membayangi 2 tahun pemimpin Pakatan Rakyat dalam tahanan Ikut Suka Aku itu?
Entahlah. Penulis pernah malu terhadap kedangkalan orang Melayu berpolitik. Apakah kaum Cina dan India tidak rasa malu terhadap sikap lembu kenyang pemimpin mereka? Dalam masa penulis mencari-cari rahsia parti-parti bukan Melayu terus memeluk pinggang UMNO, eloklah rasanya kaum bukan Melayu berkira-kira untuk melihat sejauh mana kuat dan hebatnya UMNO menghadapi pilihanraya tanpa sokongan mereka secara total. Dan yang kita semua nantikan ialah saat untuk melihat kehandalan dan kehebatan UMNO berjuang sendiri atas simbol keris telanjangnya. Atau mungkin jua UMNO terus bertanding atas simbol dacing yang berkomponenkan parti SPR, parti PDRM dan parti Undi Pos.
No comments:
Post a Comment