Friday, 10 June 2011

JANGAN SEKADAR TONTONI PERJUANGAN INI


-  oleh BayangDiAir

Mengikut pendapat popular, PAS kalah kepada BN dalam penguasaan 3M (Machinery. Money, Media). BN ada jentera parti dan jentera kerajaan. Mereka ada berbillion wang dari dana parti dan sumbangan tauke judi. Mereka ada media berupa akhbar nasional, radio dan televisyen. Faktor 3M ini banyak memberi impak atas kemenangan mereka.


PAS kalah dalam aspek 3M lantas sukar kepada kita untuk menawan hati dan minda pengundi tak berparti dan pengundi atas pagar. Justeru itu, apa kita patut lakukan? Banyak yang boleh kita lakukan. Lakukanlah yang banyak itu tetapi kalau tidak mampu lakukan semua, jangan tinggalkan semua.

Hari ini perjuangan merayu bagi pihak panji-panji Islam. Penyokong PAS tidak boleh lagi berdiri atas tapak lama. Setiap penyokong mesti bergerak sebagai pendokong pula. Perjuangan tidak memerlukan penonton.  Dari PENYOKONG yang sekadar menonton, jadilah PENDOKONG yang memainkan peranan. PENYOKONG dinatijahkan kepada orang yang sekadar memberi sokongan dan mengharapkan PAS menang tanpa memberi apa-apa sumbangan. Manakala PENDOKONG dinatijahkan kepada orang yang memberi sumbangan tenaga, wang, fikiran, kepakaran, harta benda hatta jiwa raga. Orang seperti ini dengan wang dia tak rasa kedekut, dengan tenaga dia tak culas, dengan fikiran dia tak kering idea, dengan kepakaran dia tak mohon bayaran, dengan harta benda dia tak berkira dan dengan dengan jiwa raga dia tak takut senjata.

Kita dapat atasi kekurangan 3M kalau setiap kita sanggup berperanan. Atas nama perjuangan Islam perjuangan getir ini menyeru untuk kalian lakukan perkara-perkara berikut:-

1) Jangan kedekut nak beli Harakah dan Siasah.
2) Jangan kedekut nak infak wang lebih sedikit dari biasa.
3) Jangan kedekut untuk dermakan Harakah dan Siasah kepada orang atas
     pagar di kalangan saudara-mara dan kawan-kawan serta di tempat awam.
4) Kalau tak mampu ‘burn’ CD, beli CD dan sumbangkan CD ceramah .
5) Kalau tak pandai kempen kepada orang ramai, kempenlah kepada
    keluargamu sendiri.
6) Kalau takut bantu PAS secara terang, bantulah secara gelap; bagai anai-
    anai yang merosakkan kayu dari dalam.


Ayuhlah. Kalau kalian tak mahu lihat Islam ditewaskan. Perjuangan ini tak merayu kepada pemimpin yang durjana. Perjuangan ini tak merayu kepada orang yang buta hati. Perjuangan ini hanya merayu kepada kalian  yang menjadi penyokong. Perjuangan ini mengharapkan kalian jadi pendokong yang berhak menangis apabila Islam ditewaskan dan berhak bangga apabila Islam di persada kemenangan. Bangkitlah kerana masa semakin suntuk!

Wednesday, 8 June 2011

Apabila Nikmat Sihat Ditarik

Jari jemari rancak menulis tentang perasaan yang dialami. Tinta ini khas buat diriku yang sentiasa alpa bahawa aku hanyalah sekadar hambaNya. Diri ini lemah, Ya Allah. Malam menjenggah menggantikan siang dan bintang tidak kelihatan kerana bersembunyi di sebalik awan namun bulan masih lagi setia menemani manusia.�

Kesunyian malam yang ditemani dengan pelbagai alat jentera meneroka alam demi pembangunan, tidak mampu mengubat hati yang cuba menerobos seluruh pelusuk diri tentang amalan untuk kesana. Kali ini,tinta yang dihasilkan bukanlah sebuah cerita namun luahan perasaan yang berasakan bahawa manusia itu lemah.�

Dalam setahun, Allah telah mengujiku beberapa kali dengan menarik nikmat sihat yang diberiNya. Setiap kali makanan yang masuk ke mulut,langsung tak terhadam padahal perut minta untuk diisi.�

Ya Allah,baru kusedar bahawa selama ini nikmat percuma yang diberikan langsung tidak dihargai. Kini, ketika Kau tarik nikmat itu,kumula sedar bahawa diri ini alpa untuk mengucapkan syukur ketika dulu makanan yang masuk ke mulut dapat dihadam. Ketika badan lesu, terucap kalimah yang paling indah iaitu namaMu.�

Kadangkala diri ini lupa bahawa nikmat yang Kau tarik bukanlah untuk menyiksa hambaMu malah untuk menyedarkan hambaMu bahawa Kau limpahkan kasih sayang kepadanya. Terima Kasih, Ya Allah. Diriku sedar bahawa sakit yang dideritai bukanlah satu penderaan,namun sebagai satu ujian agar diriku tidak terus leka dibuai arus dunia. Diriku mula terfikir penderitaan yang ditanggung oleh insan lain. Semoga Allah mengurangkan kesakitan yang dialami. –Amin-
Cinta
Cinta yang Kauhulurkan,
Penuh dengan kenikmatan,
Padahal hanya sekelumit yang menyedari,
Betapa nikmatnya kasih sayangMu.
Dulu,
Kegembiraan dimiliki,
Terasa dunia seperti wujud buat seribu tahun lagi,
Pelangi indah melewati kehidupan,
Kini,
Kegembiraan mula goyah,
Apabila nikmatNya ditarik,
Diri yang alpa mula meminta,
Agar alam tidak kehujanan.
Sedarlah,
Kadangkala kenikmatan itu mengalpakan,
Dan kesengsaraan itu mengingatkan.
Tanamlah rasa syukur dengan nikmatNya,
Bajailah rasa sabar bila sengsara,
Siramilah diri dengan rasa taqwa.

Monday, 6 June 2011

WALA' UNTUK MOHD SABU


- oleh BayangDiAir

Penulis  mengharapkan Ustaz Tuan Ibrahim menjadi Timbalan Presiden PAS. Namun penulis tak lupa bakti dan jasa Ustaz Nasarudin Mat Isa dalam menggerakkan hala tuju PAS  selama ini. PAS terus maju dan bersifat kotemporari atas usaha, idea dan gerakerja beliau. Kini ternyata yang menang ialah aktivitis politik tersohor iaitu Mohd Sabu. Itulah keputusan perwakilan yang tak sama dengan harapan penulis. Sikap penulis kini ialah sesiapa  sahaja yang terpilih daripada Presiden hingga AJK-nya, itulah pemimpin yang penulis berwala'. Bukan kerana terpaksa wala’ tetapi kerana penulis berbangga akan setiap pemimpin yang berjuang untuk Islam.

Masing-masing punya kekuatan dan kelebihan sendiri. Siapa yang dapat menafikan kekuatan Ustaz Nasarudin biarpun pernah dihenyak  dengan pelbagai tohmahan. Kalau tidak ada kekuatan tersendiri masakan perwakilan PAS memilih beliau untuk beberapa penggal. Mohd Sabu juga ada kelebihan dan kekuatan sehingga nampak benar kegusaran UMNO dan media mereka. Walaupun belum layak untuk mengkategorikan beliau sebagai ulama, namun ilmu agama yang beliau miliki dan tarbiyah yang diterima, membolehkan beliau menjadi seorang ustaz kalau duduk di dalam UMNO.

Benar akademik beliau tidak setinggi mana  namun lebih tinggi daripada Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri yang pernah diangkat oleh orang-orang UMNO suatu ketika dahulu. Kelayakan akademik bukanlah satu-satunya ciri pemimpin yang cemerlang. Kecemerlang atau tahap pencapaian KPI diukur dalam aspek ketangkasan dan keterampilan dalam melaksanakan tugas dan amanah.
Mohd Sabu ada kehebatan dalam berpidato bukan sahaja kerana surau garaunya yang bersemangat dan berapi-api, malah kebijakannya dalam menyusun isu dan fakta dengan bahasa mudah. Mendengar ucapan Mohd Sabu akan menyedarkan kita tentang kelemahan bangsa Melayu yang perlu dibaiki, peranan yang perlu dilaksanakan hinggalah kepada kedurjanaan puak penguasa. Faktor yang sekali-sekala diselit dengan gurau senda inilah menjadi ‘crowd puller’ setiap ceramah yang disampaikannya.

Kini  Mohd Sabu menjadi pemimpin kedua tertinggi dalam gerakan Islam PAS di Malaysia. Imej gerakan Islam turut dikaitkan dengan para pemimpinnya. Sebarang sumbing dan tiris pada diri pemimpin akan memalitkan batang tubuh gerakan sendiri. Kalau tak sumbing pun, musuh akan mereka-reka sumbingnya. Justeru itu, Mohd Sabu mesti berhati-hati dan memperbaiki tingkah dan ucapannya. Jangan sampai  Utusan dan TV Porno yang menggemari fitnah seks berpeluang mencipta slide dan video clip terbaru. Jangan biar bahasanya nanti dimanipulasi hingga tak ternafi.

Dari segi gerakerja dan pencapaian KPI, Mohd Sabu  wajar membaiki segala kelemahan. Penyakit kalau ada perlu disembuhkan segera dalam semangat untuk membantu Presiden. Jangan nanti sokong membawa rebah kerana semangat yang berkobar-kobar tak sama dengan keterampilan. Jangan nanti ahli-ahli merasakan tersilap membuat pilihan. Inilah cabaran yang mesti disahut oleh hulubalang jihad ini. Mungkin kezaliman dan penipuan UMNO/BN yang semakin melampau sekarang memerlukan gema dan gerakan jihad yang lebih padu. Awas, PAS/Pakatan Rakyat mungkin terlepas negeri dan banyak kerusi nanti hanya kerana penipuan SPR, undi pos, JPN dan sebagainya. Pemilihan Mohd Sabu menggambarkan ahli tidak mahu lagi berpeluk tubuh berputih mata dipermainkan oleh demokrasi tempang. Bukan sekadar Perhimpunan 9 Julai, ahli-ahli PAS mahu lebih daripada itu. Antaranya ialah enam tuntutan wajib dilaksanakan sebelum PRU13. Selebihnya, fikirkanlah sendiri.

 

Sunday, 5 June 2011

Penipuan Syariah Oleh Perbankan Islam?

-oleh BayangDiAir
Kini hampir semua bank konvensional di negara kita membuka kaunter syariah. Kaunter riba kekal macam dulu-dulu juga. Kalaulah benar bagus amalan syariah, apa muslihatnya lagi kaunter riba dibuka kepada para pelanggan. Orang bukan Islam pun sudah ramai melanggani perkhidmatan Bank Islam. Kalau kaunter syariah banyak membawa untung, sewajarnya pihak bank menutup sahaja urusan riba. Apabila kaunter riba terus kekal, tentu ada sesuatu yang kita tidak fahami. Maklumlah kita bukan orang perbankan dan bukan pula orang bisnes.

Apa yang mahu dibicarakan ini berkait dengan intro di atas. Penulis baru perasan. Beberapa tahun lepas, penulis ada membuat personal loan dengan Bank Rakyat mengikut syariah. Lalu diadakan sesi penjelasan dan akad jual-belinya yang ditaklidkan sebagai membeli sebuah computer daripada bank. Nampaklah syariahnya berdasarkan penerangan jual-beli oleh pegawai bank dan akadnya.

Setelah habis pinjaman peribadi itu, penulis membeli sebuah kereta juga melalui kaunter syariah di sebuah bank terkemuka. Borang yang diitandatangani  menunjukkan  bahawa penulis telah memilih sewa-beli mengikut syariah.  Yang anehnya ialah tiada apa-apa penjelasan sewa-beli dan akadnya. Betul-betul macam berurusan di kaunter riba sahaja. Hanya borang sahaja berbeza. Begitulah juga pada tahun lepas apabila penulis membeli sebuah kereta terpakai untuk anak  sulung. Sama sahaja pelaksanaannya.

Persoalannya sekarang ialah adakah pelaksanaan perbankan mengikut syariah yang diamalkan oleh institusi kewangan benar-benar menepati disiplin dan syariat Islam? Adakah amalan yang dilakukan di kaunter melanggar panduan dan nasihat yang telah digariskan oleh panel syariah yang dilantik oleh bank? Adakah pelanggan-pelanggan bank  telah ditipu oleh pihak bank dengan bermodalkan nama syariah dan Islam? 

Kita mengharapkan pihak kerajaan,  Persatuan Pengguna Islam dan alim ulama mengambil berat dan menyiasat perkara ini. Kita tidak izinkan penipuan berlaku dan sikap mempermainkan hukum-hukum Islam berleluasa. Umat Islam yang prihatin mestilah bertindak untuk mendedahkan tipudaya ini. Kalau perlu, boikot institusi kewangan yang mempersendakan  Islam.

Friday, 3 June 2011

Di Luar Minda: Mencari Sudut Positif Dari Dosa Lepas


- oleh BayangDiAir

Saudara-saudari sekalian,
Ana sungguh teruja apabila membaca tulisan dan artikel kalian yang datang dari ilmu dan pengalaman yang ikhlas. Yakni ikhlas dalam berkongsi ilmu dan pengalaman demi suatu hari nanti kita sama-sama berkongi syurga pula.

Hari ini ana bawa satu renungan yang boleh dikatakan berada di luar minda kita semua. Ana sering juga memikirkan tentang ‘dosa-dosa lepas’ sehingga kadang-kadang menangis seorang diri sebelum tidur dan ketika memandu. Kadang-kadang ana rasa tangisan ana ini palsu dan air mata yang tertumpah adalah airmata buaya. Seolah-olah  diri ini berpura-pura di depan kebesaran Allah.

Entah macam mana, penyesalan pada dosa dan diri yang jahat pada Allah ini tiba-tiba mengilhamkan ana bahawa dosa yang lepas itu ada rahsianya yang mungkin tidak tercapai oleh minda seseorang melainkan dilontar ilham oleh Allah Yang Maha Pengasih. Dosa lepas itu ada sisi positifnya dalam keadaan orang selalu melihat dosa itu negatif. Pelik kan? Dimanakah sudut positif itu?

‘Dosa lepas’ bagi orang yang beriman umpama hutang dan mata pisau yang terlekat pada jantung. Hutang perlu dibayar kepada Allah dalam bentuk taubat dan gandaan amalan soleh. Mata pisau perlu dicabut dengan istighfar, zikrullah dan penyesalan yang bersungguh-sungguh sehingga rasa dekat benar diri pada Allah. Oh nikmatnya diri apabila dapat merasai diri dekat dengan Allah. ‘Dosa lepas’ adalah tali pengikat antara kasih kita kepada Allah dengan kasih Allah kepada kita. Cinta makhluk kepada Khaliq dan cinta Khaliq kepada makhluk boleh terjalin melalui ‘dosa lepas’. Kenapa? Kerana ‘dosa lepas’ adalah pintu taubat, pintu istighfar, pintu zikrullah, pintu takut dan pintu harap. Pintu besar kepada pintu-pintu itu ialah pintu syurga. Manakala Allah pula kasih kepada hamba-Nya yang sedar, insaf, bertaubat, takut dan berharap kepada-Nya.

Bukan untuk menjustifikasikan dosa kita. Bukan untuk rasa selesa dengan dosa-dosa. Apatah lagi untuk mendorong perlakuan dosa. Sahabat-sahabat hanya dapat memahami dan menyelami apa yang ana kata hanya jika diberi kefahaman oleh Allah. Sekiranya apa yang ana fikirkan dan tuliskan ini salah dari aspek akidah, maka betulkan ana melalui komen-komen membina.

Penutupnya ialah, ambillah pengajaran dan peluang dari dosa-dosa lepas untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa insaf, takut dan berharap kepada Allah seiringan dengan istighfar, taubat, zikrullah dan penggandaan amalan soleh. Orang yang ‘menghargai’ dosa-dosa lepas sentiasa benci pada dosa-dosa lepas dan dosa-dosa di hadapan. Ingat! Kita hanya lupa dosa-dosa lepas yakni dosa yang dilakukan sejak zaman remaja tetapi dosa-dosa itu tidak pernah hilang dari lipatan sejarah kehidupan kita. Dosa-dosa itu akan zahir kembali tepat pada masanya antara kita dengan Allah di Padang Mahsyar kelak.

Thursday, 2 June 2011

Pelan Strategik BN Melalui Kenaikan Tarif Elektrik


- oleh BayangDiAir
Penulis cuba  membaca tujuan kerajaan BN menaikkan tarif elektrik. Walaupun pada umumnya nampak  ‘backfire’ kepada kerajaan, namun sebenarnya Najib ada perancangan sendiri. Sebab itu diuar-uarkan bahawa penggunaan kurang daripada 400 Kwj atau RM 77 ke bawah tidak menerima apa-apa kesan. Ditambah lagi ihsan elektrik  percuma bagi rakyat miskin yang menggunakan elektrik RM20.00 ke bawah. Seni silat atau silap mata Najib ialah untuk melestarikan sokongan rakyat miskin, rakyat luar bandar serta peneroka Felda kepada BN. Sudah pasti Najib tahu mereka tidak akan marah kepada BN atas kenaikan itu. Habis apakah tujuan kerajaan BN menaikkan tarif elektrik?

Najib sudah merancang untuk menyejukkan hati  kakitangan kerajaan yang bilangannya hampir sejuta itu. Sejuta undi mesti ditagih sebanyak mungkin. Sejak Najib naik sebagai PM, kakitangan kerajaan belum merasa sebarang bonus dan insentif. Malah elaun lebih masa dan tuntutan perjalanan menjadi terhad dan tersekat. Semua orang kondem kerajaan Najib sebagai kerajaan yang tiada wang.

Najib tentu merancang untuk menangguk pula undi dan sokongan kakitangan kerajaan yang ramai itu. Tentu ada yang mempersoalkan dengan bertanya, “kalau mahu menagih undi, mengapa dinaikkan tarif elektrik?”  Apa nak dihairankan. Bukankah politik itu satu seni. Lupakah kita akan kata-kata masyhur mantan PM iaitu “Melayu mudah lupa.” Najib tahu rakyat dan kakitangan kerajaan akan marah apabila tarif elektrik dinaikkan. Marah orang Melayu adalah marah sehangat tahi ayam. Tak sampai seminggu hilanglah marah mereka.

Nanti dalam belanjawan  2012 yang akan dibentangkan sekitar bulan Oktober nanti, Najib akan umumkan bonus kali pertama era kepimpinannya untuk kakitangan kerajaan. Ketika itu, sudahlah marah orang Melayu telah lama sirna, sebaliknya rasa gembira dan sayang kepada kerajaan Najib akan bangkit segar-bugar. Maklumlah dapat bonus sebulan gaji. Dari mana wang hendak dibayar bonus ini? Sumbernya hasil daripada kenaikan tarif eletrik inilah ditokoktambah dengan pendapatan kerajaan atas kenaikan harga gas dan petrol sebelum dan selepas pilihanraya nanti.

Selepas kakitangan kerajaan melompat atas sebab bonus tadi, Najib pun umumkan pembubaran Parlimen. Congakan Najib, sokongan dan undi golongan fakir miskin luar bandar, pinggir bandar, peneroka tanah rancangan dan miskin bandar kekal menyokong UMNO/BN  manakala golongan sederhana pula teruja kembali untuk mengundi UMNO/BN. Jadi perancangan ini cukup cantik dan kena pada masanya.

Sebenarnya bukan sampai di sini sahaja perkiraan Najib. Najib dan gerombolannya juga sudah ada pelan perancangan untuk ‘neutralize’  defisit dan kebocoran saku kerajaan atas bonus dan sebarang kos melepas ‘gula-gula belanjawan’ nanti. Najib tak pernah menipu dengan slogan keramatnya, “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Cuma sayang rakyat masih belum faham maksud sebenar  apa yang tersirat dalam hati Najib.