- oleh BayangDiAir
Amat mengejutkan. Patutlah nampak benar gaya, sikap dan tindakan SPR selari benar dengan kehendak kerajaan BN dan UMNO. Rupa-rupanya pegawai-pegawai kanan SPR bukan sekadar makan gaji dengan kerajaan, malah rupa-rupanya mereka ini datang dari tong yang sama. Masakan kerajaan UMNO/BN akan lantik pegawai tertinggi daripada mereka yang dilihat berada di atas pagar atau pro-pembangkang. Bukankah itu posisi yang amat strategik? Ini berdasarkan infomasi yang didedahkan oleh Ahmad Lutfi Othman melalui Catatan Hujung Harakah bilangan 1657. Sumber rujukannya ialah laman web SPR.
1. Abdul Aziz sebelum dilantik sebagai Pengerusi SPR ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.
2. Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad pernah terlibat di bahagian keselamatan dan politik, Jabatan Perdana Menteri.
3. Zainal Abidin sebelum dilantik ke SPR adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
4. Jamdin pula pernah menjadi Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Sabah.
5. Mohd Ramji merupakan bekas Pengarah Kemas Negeri Sarawak pada tahun 2004.
6. Dr P Manogran adalah Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (2004-2006).
7. Christopher pernah memegang jawatan Ketua Cawangan Khas (SB) Kuala Lumpur (2002-2005) dan jawatan terakhirnya sebelum dilantik ahli SPR adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.
Berdasarkan infomasi ini, rakyat Malaysia sewajarnya melakukan desakan yang kuat agar pegawai-pegawai SPR yang ‘bias’ meletakkan jawatan. Malah sekiranya memorandum BERSIH 2.0 belum dibawa menghadap YDP Agong, sewajarnya dimohon perkenan Baginda agar mengambil kira latar belakang pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik menganggotai SPR.
Selama ini rakyat hanya ‘prejudis tanpa sandaran’ tentang sikap memihak pegawai SPR. Dengan pendedahan Saudara Ahmad Lutfi ini, skeptisme kita terjawab. Patutlah mereka berperanan sampai dapat menentukan sesuatu kerusi itu kosong atau tidak; bukan lagi sekadar untuk mengendalikan pilihanraya.
Tidak mungkinkah sekiranya keputusan memihak kepada Pakatan Rakyat, SPR akan bertindak ‘kamikaze’ dengan melakukan sabotaj dan manipulasi agar Barisan Nasional terus dapat diumumkan sebagai kerajaan selepas PRU13 nanti. Persepsi negatif dan andaian karut ini perlu diperbetulkan dengan cara melaksanakan 8 tuntutan BERSIH. Atau kita jadikan tuntutan peletakan jawatan pegawai SPR sebagai tuntutan yang kesembilan..
No comments:
Post a Comment