Wednesday 5 September 2012

ORANG MENGATAKAN MATAHARI ITULAH BINTANG




Artikel"

Malam tadi Ustaz Khaidir bin Ngah, Imam Masjid Kuarters KLIA berceramah di Surau Alamanda, Senawang. Antara fakta yang mengejutkan ialah satu kajian ke atas pelajar Islam di sebuah IPTA yang mendapati 5 peratus pelajar IPTA tersebut mengatakan al Quran tidak relevan lagi pada zaman sekarang.

Pada pandangan saya ianya berpunca apabila ayat al Quran hanya dijadikan perhiasan di dinding rumah, dipertandingkan saban tahun akan kelunakan suara qari dan qariah tanpa difahami setiap huruf, setiap ayat setiap perkataan dalam al Quran untuk kita amalkan.
Mudah sahaja kita mengatakan al Quran ini relevan sampai akhirat dalam setiap sudut kehidupan kita. Satu ayat sudah cukup untuk membingungkan para intelektual, professor dan graduan IPTA.
Baca saja surah An Najm (Bintang) ayat yang pertama , “Demi bintang ketika terbenam”.
Kalau ikut akal kita yang bodoh ini, bila pula bintang terbenam, bukankah bintang itu sentiasa di atas langit. Tak pernah pun kita lihat bintang terbenam ! Rupa-rupanya, matahari itu adalah sebahagian daripada bintang, dan setiap hari kita lihat bintang yang bernama matahari ini terbenam.
Itu baru satu ayat ALLAH cabar kita, belum lagi lebih 6,000 ayat yang lain.
Kembalilah kepada Islam sepenuhnya, solatlah jemaah di masjid, hadirlah selalu majlis ilmu untuk memberi makanan kepada roh kita yang kelaparan dan kebuluran pada ketika ini. Kita ini hamba ALLAH, kita ini bodoh, ALLAH Maha Bijaksana.
******************
MATAHARI, BINTANG TERBAIK YANG KITA MILIKI
Matahari kita adalah sebuah bintang, yaitu bola gas panas raksasa yang mengeluarkan energi dan cahaya. Namun sebenarnya, Matahari termasuk bintang yang ukurannya biasa saja. Masih banyak bintang lain yang berukuran jauh lebih besar ataupun jauh lebih kecil darinya.
Matahari adalah bintang deret utama dengan kelas G2.
"

Wednesday 1 August 2012

Penghinaan kepada Nabi Musa A.S. di Olimpik 2012?

Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu. 

Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.
Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya.

Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M

Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu’alam.. 

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
Sama ada baik ataupun yang buruk.
Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya.
InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua..
Amin, Assalamu’alaikum





Daripada SKJ

Monday 30 July 2012

Gadis cina berpuasa?

 

SENSASI DI YOUTUBE: Gadis cina hot BUKAN ISLAM memberi hujah-hujahnya mengapa beliau berpuasa di bulan Ramadhan! KEBANGKITAN PENDAKWAH BUKAN ISLAM!

J SZE adalah ikon baru dalam dunia dakwah. Apa yang unik ialah beliau bukan Islam tetapi merupakan salah seorang anggota team Najasyi / Abu Talib yang giat belajar tentang logik Islam dan juga bahasa Arab. Beliau mengambil ijazah dalam child psychology.

J SZE telah menakjubkan ramai di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH baru2 ini di Johor bila beliau menjelaskan hujah demi hujah mengapa aqidah Islam lebih rasional dari agama-agama lain. Ini adalah video pertama J SZE dalam usahanya untuk menghilangkan prejudis masyarakat bukan Islam terhadap Islam. Beliau amat menentang Islamofobia. -Xifu Naser


Daripada SKJ

Sunday 29 July 2012

Anak Yatim mohon sumbangan untuk sambung belajar di Jordan

Ini gambar Ibu saya

SITI NUR RADHIAH BINTI ALIAS
325 RUMAH KOS RENDAH GELIGA
24000 KEMAMAN
TERENGGANU
Tel: 013-937 5788 (Ibu – Kak Noraisah)
No. Akaun MayBank: 1630 2880 4258

8 JULAI 2012

Kepada:

SESIAPA YANG SUDI

Tuan,
Per: MEMOHON SUMBANGAN DERMA BAGI MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA – JORDAN

Merujuk perkara di atas sukacita dimaklumkan bahawa saya SITI NUR RADHIAH BINTI ALIAS akan melanjutkan pelajaran ke UNIVERSITI MU’TAH, JORDAN. InsyaAllah saya akan berangkat pada 8 September 2012 ini bersamaan 20 Syawal 1433 hijrah.

Oleh kerana keluarga saya bukanlah dari kalangan yang berkemampuan dan saya tidak mendapat mana-mana tajaan setakat ini. Maka saya amatlah mengharapkan jasa baik pihak tuan bagi menghulurkan sedikit sumbangan bagi melancarkan proses pembelanjaran saya di sana dan juga sekiranya ada yang sudi menghulur komputer riba terpakai secara percuma. Ataupun membeli tunai komputer riba untuk saya, InsyaAllah saya akan membayarnya secara beransur-ansur setiap bulan kepada tuan.

Sekian dimaklumkan, semoga mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak yang bersimpati. Sumbangan dari tuan, saya dahulukan ucapan jutaan terima kasih.

Yang Memohon,
SITI NUR RADHIAH
NO. K/P: 930909-06-5406
Ehsan Blog suraukgjaya.blogspot.com (pemudahcara IT)

s/k:
Surau Kampung Jaya (SKJ) – mohon kutipan kuliah
PAS Kawasan Kemaman – mohon sumbangan ehsan
Pekerja Perwaja Steel Kemaman – mohon kutipan
Blog DakwahKemaman.blogspot.com (Masjid Al Solihin Permai Jaya) – mohon sebaran

BIODATA:
1.       Anak sulung
2.       Anak Yatim kematian ayah
3.       Lepasan pelajar Darul Quran Rusila
4.       Tinggal bersama Ibu, Bapa Saudara 3 orang anak (17th lelaki, 15th lelaki OKU dan 12th perempuan) Datuk dan Nenek dalam satu rumah
5.       Ibu bekerja kerani di syarikat swasta
6.       Bilangan adik beradik enam orang (18th perempuan metrik di Arau baru masuk 28 Mei 2012, 16th perempuan Sekolah Agama Al Falah Kemaman, 15th lelaki Pondok di Batu Buruk Terengganu, 13th lelaki Maahad Tahfiz Tok Jiring dan 10th lelaki Sekolah Rendah Kampung Tengah Kemaman)  
7.       Datuk dan Nenek tidak bekerja
8.       Bapa Saudara bekerja di syarikat swasta - teknikal

Tolong panjang dan sebarkan kepada mana-mana yang bersimpati dengan saya. Semoga Allah memberkati rezeki tuan. InsyaAllah. JazakaAllah. Terima kasih semua.
30 Julai 2012 Isnin jam 10 pagi - Penyerahan wang kutipan dari SKJ yang diwakili oleh TSU SKJ Encik Rahim kepada Ibu adik Siti Nur sebanyak RM800.00. Alhamdulillah. Terima kasih kepada penyumbang. JazakaAllah. Majlis penyerahan berlangsung di tempat kerja Ibunya. 


Saturday 28 July 2012

Bantahan kekejaman keatas rakyat Rohingya

 26 Julai 2012 selepas solat Jumaat. Himpunan aman yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman Terengganu berlangsung di Masjid Pasil Minal dengan kerjasama NGO-NGO Islam yang lain.

Himpunan tersebut di ketuai oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Sheikh Hanafi Abdul Aziz dan pengerusi program demo Ustaz Ramlan. Turut serta YDP Kemaman Tuan Haji Ismail Harun dan Ustaz Nik Nasri Nik Malik yang membaca doa. Ustaz Nik yang membaca doa dalam keadaan sebak dituruti oleh ahli demo yang menitis air mata kerana kesedihan umat Islam yang semakin hari semakin yang ditindas oleh kaum kafir laknatuAllah.

Dalam keadaan cuaca diluar masjid yang panas terik matahari, ahli demo tetap teguh berdiri demi sebangsa agama yang dizalimi untuk menunjukkan kepada masyarakat IT yang kami ini masih mengingati sebangsa agama di Rohingya. Kami menadah tangan memohon kepada Allah untuk memberi pelindungan yang sebaiknya kepada sebangsa agama kami disana. Dan kami serahkan kepada Allah untuk menhukum mereka yang zalim kepada rakyat Rohingya serta dimana sahaja umat sebangsa agama kami yang dizalimi oleh kaum kafir laknatuAllah.

 Admin: Tetapi apabila kita membaca petikan ini yang dilaporkan. Amat berdukacitalah kerana kejatuhan Pas Negeri Terengganu pada 2004 adalah sumbangan kumpulan ini. Hasil titik peluhnya di hantar ke kampung halaman untuk makan anak bini disana. Jika ini betul, satu bala yang sangat dahsyat Allah turunkan kepada mereka. SubahanaAllah. Nauzubillah.

Daripada Blog SKJ

Ustaz Azhar Idrus era 80an


Penampilan era 80an. Jejaka yang kacak sentiasa menjadi siulan anak gadis remaja yang meminatinya dalam bidang sukan dan muzik. Kereta Datsun model "kuih Bauhulu" menjadi saksi perubahan diri Ustaz setiap hari. Dan kereta inilah yang menjadi kuda tunggangan sewaktu mula-mula datang ke Kemaman untuk kuliah maghrib di Surau Jabor.

Semasa kuliah berkenaan, Ustaz masih sempat bergurau dengan ahli jemaah supaya hadiahkanya satu kereta yang baru bagi memudahkan perjalanannya untuk berkuliah.  Bermula dari detik itulah, ustaz menunjukan satu perubahan yang ketara untuk memujuk remaja dan pemuda untuk sama-sama bangkit sayangkan Islam. Pada awalnya golongan pertengahan dan warga emas kurang meminatinya kerana bahasa yang digunakan agak kasar dan keras. Tetapi sekarang ini Alhamdulillah... tuhan memberi yang terbaik untuknya meneruskan perjuangan dalam merakyatkan rakyat negara ini agar bangun bersama Islam secara keseluruhannya.

Pada dahulunya, penulis SKJ terpaksa membeli CD-CD ustaz untuk memperdengarkan kepada rakan-rakan sepejabat supaya dengar dan fahami isi kandungan kuliah yang disampaikan. Dan jangan cepat melatah apa yang ustaz sampaikan sekiranya kita tidak jelas tentang hukum.

Ketika dahulu kuliah ustaz hanya di Ladang, Gelong Bilal dan Pinang Merah Paka dan berapa buah lagi yang surau yang berdekatan mengambilnya untuk mengajar selepas solat maghrib. Tetapi sambutannya di kawasan kuala Terengganu agak suram. Semasa kehadiranya ke Masjid Pinang Merahlah, bangkitnya remaja yang semakin minat untuk mengikuti kuliahnya. Setelah ustaz datang ke Daerah Kemamanlah satu kejutan yang besar apabila sambutannya boleh dikatakan yang teramai ketika itu. Alhamdulillah.

Dan nama Tok Batin pun tersebar memluas di Daerah Kemaman kerana dialah yang membawa ustaz ke sana dan kemari. Siapa Tok Batin? Tok Batin sekarang sudah bertukar tempat kerja dari Kemaman ke Melaka dan .....? Tetapi Tok Batin masih lagi penggerak utama dalam kuliah ustaz di Daerah Kemaman. Tok Batin adalah AJK SKJ Lujnah Penerangan. Terima kasih Tok Batin kerana jasa mu membawa ulama ke Bumi Kemaman yang sekarang ini SKJ menjadi tumpuan orangramai. 

Dengan perkembangan terkini ustaz yang semakin sibuk dengan jadual kuliah dan berbagai-bagai program teratur. Maka peluang bagi surau dan masjid yang dahulunya ustaz boleh singgah setiap mingguan tetapi sekarang ini bertukar bulanan. Di atas permintaan peminat seluruh tempat di semenanjung yang mahukan ustaz hadir secara bulanan ditempat mereka. Terpaksalah banyak perubahan yang dilalui.

Penghijrahan yang beliau pilih dah menjadikan beliau seorang ulama' tersohor di Malaysia.Mana taknya, setiap kuliah yang ustaz adakan, penuh sesak satu masjid.Itulah aura orang yang bernama Ustaz Azhar Idrus. Pendekatan yang beliau gunakan iaitu mendekati golongan muda melalui aktiviti-aktiviti beliau dilaman-laman sosial seperti di facebook dan ustazazhar.net banyak membantu golongan muda dalam memahami dan memantapkan pengetahuan terutamanya dalam hukum fiqh.
Siapa pun kita pada hari ini, tak menjamin siapa kita pada hari esok. Kalau dulu mungkin Ustaz Azhar sendiri pun tak menyangka beliau akan jadi seperti siapa beliau pada hari ini, kita juga begitu. Jika sekarang kita berada jauh dari Islam, maka berhijrahlah dengan hati yang ikhlas. Islam is the way of our life. Jadikan Islam cara hidup kita!


Daripada SKJ

Thursday 26 July 2012

WARGAKILANG: Bantuan Ramadhan di Kemaman Terengganu

 Oleh MonierMatDin

Baru-baru ini saya ada terdengar tazkirah seorang Ustaz yang memetik kata-kata Orang Alim, katanya: Kalau Allah SWT hendak memberi kebaikan kepada seseorang itu, tambah-tambah pula di bulan ramadhan ini, maka Allah SWT akan jadikan orang itu sibuk dengan urusan/kerjabuat untuk memberi kebaikan kepada orang lain. Maksudnya, sibuk dengan kerja-kerja amal dan kebajikan.
Sebab itu, bila ada seorang sahabat dari Terengganu hantar email ajak Jalan-Jalan Masuk Kg bagi sumbangan kepada orang-orang miskin di sana; walau pun ambik masa 7 jam perjalanan dari Kedah ke Tganu, tapi sebab dok ingatkan tazkirah Ustaz tadi, saya gagahkan juga diri untuk turun ke Kemaman, Terangganu hari Sabtu 28 Julai ini. Mudah-mudahan ada kebaikannya menanti di sana.

Sebut pasal Kemaman, kalau kita google Internet bab Isu Kemiskinan di Malaysia, Daerah Kemaman sama naiknya dengan Baling, daerah kelahiran saya di Kedah sana. Kedua-dua daerah ini termasuk dalam kawasan kajian awal kemiskinan di Malaysia oleh Prof Diraja Ungku Aziz di sekitar tahun 60an dulu.

Secara kebetulan orang rumah saya orang Kemaman, lahir dan dibesarkan dalam keluarga Nelayan yang serba kekurangan. Maka bila anak Penoreh Getah dari Baling Kedah bertemu jodoh dengan anak Nelayan dari Kemaman, Terengganu; kisah kemiskinan terus menjadi sebahagian daripada sejarah keturunan kami.

Mungkin kerana kami berdua pernah hidup dalam kemiskinan agaknya, maka bila ada kawan ajak turun padang bantu orang miskin, mudah saja kami berbuat demikian.
 (Melihat gambar anak kecil ini mengingatkan isteri saya dirinya sewaktu kanak-kanak tatkala menanti kepulangan arwah ayahnya dari laut - entah kan pulang entah kan tidak!) 
 (Dua anak kecil ini girang bermain di sebalik kain langsir yang sudah luntur di rumah papan berdinding kayu plywood usang)

Ibunya hanya bergantung kepada upah siang ikan sekilo 60 sen untuk makan minum mereka sehari-hari. Bayangkan kalau nak beli beras 10kilo RM25, kena siang 40 kilo ikan!! – orang macam mereka ini, kalau ada orang boleh bagi beras, pasti amat-amat menghargainya.

Ini pula adalah rumah typical kaum Nelayan di Kuala Kemaman, insyaallah antara yang tersenarai dalam list penerima sumbangan nanti.
Menurut sahabat kami, keluarga di bawah ini adalah yang paling daif antara semua. Ayah bekerja tidak menentu, anak-anak 4 orang. Si kecil ini OKU. Ibunya pula walau pun baru 40an tapi raut wajah nampak macam orang berusia 60n, mungkin kurang zat makanan agaknya.Keluarga ini tinggal di sebuah rumah kedai zaman dulu-dulu, amat usang seperti sebuah gudang lama, tak sangka ada orang boleh tinggal dalam gudang macam ini, dengan lantai simen lama sudah nipis hampir menyamai lantai tanah. Insyaallah kami akan ke sana nanti. 
 Akhir sekali adalah dalam gambar seorang Ibu Tunggal anak 5; bila tengok gambar dia, terus saya teringatkan kisah seorang Ibu Tunggal di Baling, Kedah bernama Kak Mazni yang pernah kami bantu suatu ketika dulu.

Apa tidaknya, sampai mati pun saya tak akan lupakan Kak Mazni – beliau menangis teresak esak bila saya hulurkan Duit Note RM50. Dia kata, “Terima kasih lah adik, terima kasih banyak-banyak (sambil menangis tersedu-sedu), orang ingat kakak ni senang, kakak ada duit, walhal anak-anak kakak pergi sekolah tak makan apa, tak bawa duit…”

Sungguh saya tak sangka RM50 itu bagi sesetengah orang cuma untuk sekali bubuh minyak kereta saja, tapi bagi Kak Mazni besar nilainya.

Macam itu juga dengan Kakak dalam gambar di bawah ini, cuti Raya Cina 2012 yang lalu, kami ada singgah di rumah beliau bagi sumbangan beras gula kopi serba sikit. Bila dia dapat beras sekampit pertama yang kawan-kawan bawa turun dari kereta saya tu, terus Kakak ini cakap:“ALHAMDULILLAH – HARI INI DAPAT LAH MAKAN NASI”

Bila kami longgokkan brg2 lain sampai bertimbun-timbun kat pelantar rumah dia, kakak ini tak habis-habis mengucapkan TIMA KASIH TIMA KASIH berulang-ulang kali; dia tak tau nak kata apa sampai merah mata dia bergenang dgn air mata, menangis tanda berterima kasih bersyukur tak terkira.

Tak sangka - ada orang menangis bila dapat beras!

Tanpa ditanya, kakak ini terus mengadu kat kami, dia kata dia ada 5 orang anak-anak yg masih bersekolah yg perlu disara. Tiap-tiap pagi bila bangun tidur, dia kena fikir macam mana nak dapatkan RM15 untuk hari itu supaya anak-anaknya ada makanan untuk dimakan. Kadang2 dia amik upah siang ikan keropok (60 sen sekilo isi ikan), kdg2 ambik upah kemas rumah orang dan apa saja pekerjaan halal untuk dapat RM15 itu. 
 (Rumah pusaka arwah mak/pak mertua saya di Kemaman – tidak ada lagi adik beradik yang tinggal di sini setelah masing-masing berkeluarga)

Semua sekali, insyaallah ada 20 buah keluarga miskin yang bakal menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka menempuh saki baki baki Ramadhan yang tinggal.
Makcik Tua ini pula terkejut dengan kunjungan sahabat kami sewaktu Team NGO Wargakilang Pantai Timur masuk ke kg-kg di Kuala Kemaman mengenal pasti keluarga yang layak menerima bantuan.

 (Lantai rumah serupa sahaja luar dan dalam) 
(Menunggu masa menyembah bumi)

(Rumah berbumbung dan berdinding Zink Usang dihadang dengan kain/kanvas)

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Walaupun kalian semua tidak mengenali kakak ini dan juga watak-watak lain dalam coretan saya ini, tapi percayalah mereka semua adalah SANAK SAUDARA kita, yang dihubungkan secara ghaib melalui kalimah SYAHADAH yang ada di dada-dada kita.

Maka itu, kalau ada masa, mai lah join team kami, NGO WARGAKILANG yang baru belajar nak bertapak di Pantai Timur ini – maghi lah bersama sama kami berkumpul di parking lot Masjid Geliga, Kemaman seawal jam 8.00 pagi, Sabtu 28 Julai 2012. Bawalah apa yang ada, insyaallah jika diizinNya kita akan membawa sumbangan untuk 20 keluarga.

Moga kerja buat kita untuk memberi kebaikan kepada orang lain ini akan dicatakan sebagai pahala kebaikan daripada Allah SWT untuk kita semua. Terima Kasih.

24.7.12

Admin SKJ: Menitis air mata penulis membaca kisah fakir miskin. Sesungguhnya kemiskinan itu sangat hampir dengan kekufuran jika ilmu agama kosong. Bantulah wahai sahabatku sekian. Selamatkan sahabat kita daripada kemiskinan. 


Tuesday 17 July 2012

8 kali Ibu berbohong?

 

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. 

Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu.

Daripada SKJ

Monday 2 July 2012

Catatan SKJ untuk Kita BERSAMA

InsyaAllah Forum Perdana akan diadakan pada 7.7. 2012 Sabtu jam 7.30 malam (selepas solat maghrib). Bertempat di Surau Kampung Jaya (SKJ). Antara panelnya ialah Ustaz Suhaimi Saad (moderator), Ustaz Khairul Ikhwan dan Saudara Sham Kamikaze. Anda semua dijemput hadir. Tajuk yang pihak SKJ berikan kepada ahli panel "KEBERANIAN MENEGAKKAN KEADILAN". 
Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan Ogos 2012



InsyaAllah kuliah maghrib pada 6.7.2012 Jumaat akan disampaikan oleh Ustaz Nur Salam Al Hafiz ulama Indonesia bertempat di Surau Kampung Jaya. Semua dijemput hadir.

Jom bantu Tabung Ahmad Sufi.

x mampu bantu dengan duit, bantulah dengan SHARE maklumat ni kepada kawan2..

Assalamualaikum....Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi...Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal.kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000)SEHARI.UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA HARI INI. Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305

sumbangan drpd anda semua saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih...hanya Allah Taala saja yang dapat membalasnya

SKJ

Saturday 9 June 2012

Wahai Orang Berdosa, Kalam Semangat Ini Buatmu…

Jangan kau putus asa dengan TUHAN…
Apabila ditulis tajuk tulisan ‘wahai orang berdosa’, saya tidak menujukan kepada sesiapa melainkan kepada diri ini sendiri.  Ya, sayalah orang berdosa itu.  Saban hari dan minggu, ada sahaja dosa yang dilakukan samada sengaja ataupun tidak sengaja.  Apatah lagi dosa-dosa lalu yang entah bagaimana, samada masih tertulis di dalam buku amalan ataupun sudah dimaafkan oleh TUHAN Yang Maha Pemaaf dan Yang Suka Memberikan Kemaafan.
Betapa lemah dan lalainya diri ini.  KepadaNYA lah diharapkan hidayah dan taufiq.  Moga-moga dosa-dosa lalu, dosa-dosa hari ini dan dosa-dosa akan datang bisa diampuni oleh DIA.  Kerana DIA Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Dalam perjalanan kehidupan, kita kadang-kadang terlalai dan terpesona akan keindahan yang terlihat dek mata kita.  Lalu sehingga melencong masuk ke jalan atau lorong yang salah.  Kita mungkin cepat atau lambat sedar bahawa jalan yang dimasuki itu jalan yang salah.  Namun, apabila tersedar bahawa jalan itu salah, janganlah pula pasrah lalu putus asa bahawa tiada harapan lagi untuk pulang ke jalan yang asal, iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.
Kita masih ada harapan untuk buat U-turn atau buat pusingan-U dan masuk kembali ke jalan sebenar.  Walau jauh mana pun telah kita tersesat, walau jauh mana pun kita telah terlencong, peluang untuk kembali ke jalan yang sebenar sentiasa terbuka dan malah amat dialu-alukan oleh ALLAH, Rabbul-Jalil.
Betulkah?
Ya, berikut ini ingin saya senaraikan beberapa kalam ALLAH Yang Maha Mulia dan kalam Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi mencetus semangat dalam hati kita bahawa peluang untuk orang-orang yang berdosa sentiasa ada untuk kembali kepadaNYA.
1)  ALLAH suruh kita bertaubat dalam firmanNYA:

وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Yang bermaksud:  “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”  
(Surah An-Nur, 24:31)
2)  Peluang sentiasa ada dan jangan putus asa.  ALLAH Ta`ala berfirman:

قُلْ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُواْ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah az-Zumar 39:53)
3)  ALLAH sangat gembira apabila ada hambaNYA yang bertaubat dan mahu kembali kepadaNYA.  Dari Abu Hamzah Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sungguh ALLAH itu lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menjumpai kembali untanya yang hilang di tengah-tengah padang gurun.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
Di dalam riwayat Muslim, dikatakan maksudnya:
“Sungguh ALLAH lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA ketika hambaNYA itu bertaubat kepadaNYA melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir kemudian haiwan yang dikenderaaninya itu lari meninggalkannya padahal di atas haiwan itu terdapat makanan dan minuman orang itu, kemudian dia berputus asa untuk dapat menjumpainya kembali.  Dia lantas berteduh di bawah pohon dengan membaringkan badannya sedangkan dia telah benar-benar putus asa untuk dapat menemui kembali haiwan yang dikenderaaninya itu.  Kemudian ketika dia bangkit tiba-tiba dia menemui semula haiwan yang dikenderaaninya itu lengkap dengan bekal yang dibawanya.  Kemudian dia segera memegang tali kekangnya lalu berkata dengan sangat gembira, “Wahai ALLAH, ENGKAU adalah hambaku dan aku adalah TuhanMU.”  Dia  tersilap  mengucapkan kalimah itu akibat terlalu gembira yang sangat-sangat.”
(HR Muslim)
Lihat, betapa gembiranya ALLAH Subhanahu wa Ta`ala apabila kita mahu kembali kepadaNYA.  Hadith di atas adalah perumpamaan yang dibawa oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dan ia bisa menjadi motivasi buat kita apabila ada orang berbisik atau menyakat kita seperti “engkau ni tiada harapan dah nak bertaubat” atau seumpamanya.  Ketahuilah, ALLAH suka bahkan sangat gembira.  Justeru, pulanglah kepada ALLAH.
Taubat sentiasa terbuka luas selagi belum terjadi 2 perkara, iaitu: 1) Kematian dan 2) Matahari terbit dari arah barat (tanda besar Hari Qiamat)
4)  ALLAH Subhanahu wa Ta`ala sentiasa membuka peluang yang sangat luas  untuk hambaNYA bertaubat selagi matahari belum terbit dari sebelah barat, iaitu tanda besar hampir berlakunya Hari Kiamat dan sebelum kita meninggal dunia.  Dari Abu Musa `Abdullah bin Qais Al-Asy`ari radhiAllahu `anhu, dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH Ta`ala senantiasa membentangkan tanganNYA pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat pada waktu siangnya, dan membentangkan tanganNYA pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat pada waktu malamnya.  Yang demikian itu berlangsung terus sampai matahari terbit dari sebelah barat (sampai hari mahu Kiamat).”  
(HR Muslim)
Dari Abu `Abdurrahman `Abdullah bin `Umar bin Khattab radhiAllahu `anhuma, dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan menerima taubat seseorang sebelum nyawanya sampai di kerongkong (sebelum sakaratul maut).”  
(HR at-Turmudzi dan katanya hadith ini hasan)
5)  ALLAH sentiasa mahu memberikan keampunan kepada kita walau sebesar mana pun dosa kita, asal sahaja kita mahu kembali bertaubat kepadaNYA.  Daripada Anas bin Malik radhiAllahu `anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
“ALLAH subhanahu wa ta’ala berfirman:  “Wahai anak adam, sesungguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepada-KU, niscaya AKU akan mengampunimu dan AKU tidak akan memperdulikannya lagi.
Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu memenuhi seluruh langit, kemudian engkau memohon ampun pada-KU, niscaya AKU akan mengampunimu.
Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada-KU dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menjumpai-KU dalam keadaan tidak berbuat syirik dengan apapun niscaya AKU akan datang kepadamu dengan pengampunan sepenuh bumi pula.”  
(HR Tirmidzi, beliau berkata hadith ini hasan)
Walau jauh mana pun dikau tersasar dan terlencong, kembalilah. Kembalilah ke jalan menuju ALLAH. ALLAH sayang kamu.
Nah, bukankah kalam-kalam mulia lagi benar di atas bisa menyegarkan hati kita? Bukankah dengan membacanya terbit cahaya memancar menyinarkan harapan?  Ayuh, jangan tunggu lagi.  Kita tidak tahu saat bila umur kita akan berhenti.  Dan kita juga tidak tahu bilakah matahari akan terbit dari arah barat yang menandakan dunia ini akan mati. Disebabkan kita tidak tahu, jadi penangguhan terhadap taubat adalah suatu yang sangat merbahaya.  Ia bisa menerjah tiba-tiba pada saat kita tidak bersedia dan tidak sempat bertaubat.
Janganlah termakan kata-kata hinaan rakan atau keluarga yang mengatakan kita tiada peluang untuk bertaubat.  Jangan terhasut bisikan-bisikan halus dalam hati yang mengatakan ALLAH tidak akan menerima taubat.  Dan janganlah pula terikut dengan ajakan nafsu agar taubat itu ditangguhkan ke suatu masa yang akan datang.
Semoga ayat-ayat di atas menyerap ke dalam dada kita untuk ia dijadikan tools kit kita supaya apabila kita terlencong atau tersasar dari jalan kebenaran, yakni jalan menuju keredhaan ALLAH, kita segera dapat berhenti dan pusing kembali masuk semula ke jalan yang benar.  Sungguh, pada kalam-kalam ALLAH dan RasulNYA terdapat kekuatan yang luar biasa buat orang-orang yang beriman, juga kepada orang-orang yang belum beriman.
ALLAH sayangkan kita semua.  ALLAH mahukan kita semua masuk ke dalam SyurgaNYA.  ALLAH mahu berjumpa kita dalam keadaan DIA redha dan kita redha.  ALLAH alu-alukan taubat kita.  Justeru, bertaubatlah sekarang.  Jangan tangguh lagi.
Semoga ALLAH memberikan kita semua akan hidayah dan taufiq, amin.
Sekadar berkongsi,
muzir.wordpress.com