Saturday 4 February 2012

KISAH PAK TEH - PEJUANG TUA DALAM PAS.

-oleh BayangDiAir

Pak Teh  hampir menjangkau 90 tahun umurnya. Dalam usia selanjut itu, Tuhan masih memberi kesihatan kepadanya sehingga dia mampu untuk bekerja dan bergerak ke sana ke mari. Jangan terkejut kalau diberitahu bahawa beliau ialah ahli Unit Amal PAS. Usia dan kudrat yang semakin terhakis tidak pernah dijadikannya sebagai alasan untuk tidak berjuang. Memang teramat sukar untuk mencari di dunia ini manusia setua ini yang masih sanggup menginfakkan tenaganya untuk Islam.


Pak Teh adalah seorang miskin dan mempunyai beberapa orang anak dan cucu-cicit. Hidupnya susah namun kecintaannya dan komitmennya terhadap perjuangan mendaulatkan Islam amat dikagumi. Kata Pak Teh, “ saya dah rasa susah hidup di dunia. Jadi saya tidak mahu susah pula apabila di akhirat nanti” Itulah kata-kata suci yang pernah terpancul dari mulut orang tua kampung ini. Maka tidak hairanlah sejak muda hingga tua Pak Teh istiqamah mengikuti aktiviti-aktiviti Unit Amal di seluruh pelosok tanah air hatta ke Sabah sekalipun selagi ada orang sanggup membawanya.


 Apakah peranan orang tua ini? Kerjanya ialah kerja yang biasa dilakukan oleh anak-anak muda iaitu menampal poster, mencacak dan menggantung bendera dan selalunya dialah yang sering menjadi tukang masak dalam program-program parti.


Kini Pak Teh telah menemui Tuhannya akibat satu kemalangan. Jenazah orang tua yang tidak dikenali ramai ini telah disembahyangkan oleh orang ramai sehingga melimpah masjid malah kubur beliau telah dikunjungi sampai ke waktu malam. Bagai tidak munasabah situasi ini berlaku kepada seorang tua yang tidak terkenal di cawangan. Adakah antara yang ramai itu juga terdiri daripada para malaikat? WalLahu’alam. Yang pasti ialah ramai yang mengenalinya menumpahkan air mata apabila mengimbas pada perjuangannya.


Mudah-mudahan roh Pak Teh sedang berada dalam golongan hamba-hamba Allah yang saleh. Demikianlah apa yang diceritakan oleh Ustaz Rosli Jabar melalui kuliah beliau. Pak The bukanlah insan contoh yang wujud pada zaman Nabi s.a.w. atau para sahabat. Pak Teh ialah model pejuang tulen pada era globalisasi ini. Aku rasa malu pada Pak Teh. Sebagai orang muda aku hanya mampu menulis artikel ini sedangkan Pak Teh setua itu mampu berjuang di tengah gelannggang jihad fi sabilillah. Anda pula pada darjat mana?

4 comments:

  1. Pak Teh tidak pernah miss muktamar. Sebagai ahli sufi beliau berjiwa haraki. Tidak ramai yang mengenali beliau. Beruntung orang yang mengenali beliau.

    ReplyDelete
  2. Semoga jatidiri beliau menjadi contoh ikutan semua pejuang Islam.

    ReplyDelete
  3. Mungkin saudara Hasanuddin boleh kongsikan pengetahuan tentang Pak Teh ini dengan pembaca.

    ReplyDelete
  4. wira yang tak didendang!

    ReplyDelete