Friday 17 February 2012

RASULULLAH S.A.W. MISKIN?

Selawat dan salam untuk junjunganku Nabi Muhammad s.a.w.
Mungkin kita biasa dengar bahawa dikatakan Nabi s.a.w. itu miskin. Rupa-rupanya Ustaz Fauzi Jusoh melalui kuliah maulidurarulnya di Masjid Assolihin malam tadi memaklumkan kepada sidang jamaah bahawa Rasulullah s.a.w. sebenarnya tidak miskin. Sebenarnya baginda hanya hidup di dalam kemiskinan. Berbeza antara 'miskin' dengan 'hidup dalam kemiskinan'.

Sebagai ketua sebuah negara Islam di bumi Madinah, beliau layak untuk mendapat bahagian daripada baitulmal untuk keperluannya bagi setahun. Namun tidak sempat sampai beberapa bulan, bahagiannya telah habis kerana sifat pemurah Baginda s.a.w. Baginda s.a.w. banyak menghabiskannya untuk para tetamunya, jiran-jirannya dan sesiapa sahaja yang layak menerimanya. Baginda s.a.w. rela mengikat perut dan makan ala-kadar. Baginda tidak menyimpannya untuk mengumpul kekayaan. Sikap mulia inilah dilihat oleh orang lain sebagai miskin. Sedangkan, sebenarnya Baginda s.a.w. tidak miskin. Sebaliknya Rasulullah s.a.w. lebih rela hidup dalam kemiskinan demi mengutamakan sahabat dan jiran-jirannya.

No comments:

Post a Comment