Wednesday, 4 May 2011

DENDAM MIMBAR



Mimbar siaraya
Tersergam utuh
Antara ruangan sujud
Di bawah gelembung
Naungan kubah agam

Setiap Jumaat dilaung dari pundaknya
Kata nasihat penyemarak taqwa
Tersedia sebilah tombok waja
Seakan ingin sahaja menerpa
Merejam tepat
Dasar sanubari ummat
Yang terbuai dan terkulai
Akan iguana khailullah

Sambil membisik di cuping basyirah mereka
“wahai saudara, solat jumaatmu tidak sempurna!”

Drp:SKJ

Ehsan drp:
ZAHIRUDDIN ZABIDI
Wangsa Maju, KL

No comments:

Post a Comment