Saturday, 21 May 2011

SIAPAKAH AKAN MENJULANG PIALA FA?

-oleh BayangDiAir


Mungkin sebahagian peminat bola tidak sedari bahawa sebelum perlawanan akhir Piala FA antara Terengganu menentang Kelantan pada 11 Jun 2011, kedua-dua pasukan ini terlebih dahulu bertemu di Kuala Terengganu dalam Liga Super pada 6 Jun 2011. Sedikit sebanyak pertembungan ini nanti menjadi gambaran untuk penentuan juara Piala FA nanti.

Pertemuan dua pasukan Pantai Timur ini agak signifikan kerana selain berjiran, penyokongnya ada pertalian persaudaraan, loghat (Besut terutamanya), budaya dan yang menariknya amalan agama serta kecenderungan politik. Penyokong Kelantan terkenal dengan tindakan ganas dalam peristiwa membakar tempat duduk stadium dan merekalah juga pencetus budaya baru solat di tempat duduk stadium. Kelompok mana yang membakar dan kumpulan mana yang solat, entahlah. Penyokong Terengganu juga dua kali lima dengan penyokong Kelantan.  

Berdasarkan senario itu, berkemungkinan provokasi tercetus sehingga menghilangkan kegemilangan perlawanan akhir yang dijangka hebat dan bermutu. Maka alternatif perlu difikirkan agar sukan menjadi pencetus semangat perjuangan dan persaudaraan. Sekurang-kurangnya sukan tidak dicemari oleh insiden-insiden hitam dan permusuhan. Antara langkah yang wajar diambil ialah:-

1.     Betulkan niat dari awal lagi bahawa kehadiran ke stadium adalah semata-mata untuk memberi sokongan dan menikmati perlawanan menarik secara langsung, bukan yang lain daripada itu.
2.     Sama-sama solat berjamaah  di luar stadium. Di dalam stadium penyokong diasingkan namun sama-samalah solat berjamaah seperti yang telah ditunjukkan contohnya ialah penyokong Kelantan.
3.     Jangan terikut-ikut provokasi penyokong senegeri. Sebaik-baiknya nasihati penyokong senegeri yang melakukannya.
4.     Lakukan ‘mexican wave’ pada awal, pertengahan dan di akhir perlawanan.
5.     Penyokong Kelantan sudah pasti berbaju merah dan Terengganu berbaju putih. Kedua-duanya ada baju alternatif iaitu, HIJAU. Kemungkinan bendera hijau tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium.  Kalaulah kedua-dua pihak sanggup memakai warna alternatif iaitu HIJAU, maka sudah pasti malam itu menjadi lebih gemilang. Andai Kelantan juara, orang Terengganu yang berbaju HIJAU juga akan berbangga. Andai Terengganu juara, orang Kelantan yang berbaju hijau juga turut tumpang gembira. Bukankah persaudaraan dalam perjuangan itu mengatasi segala-galanya?
6.     Selain itu, bas dan kereta para penyokong juga digalakkan mengibarkan bendera hijau.
7.     Sultan Kelantan telah menukarkan ‘Daulat Tuanku’ dengan ‘Allahu Akbar’. Apakah rakyat tidak teruja? Apa salahnya laungan ‘Allahu Akbar’ bergema di dalam stadium sebelum, ketika dan selepas perlawanan?
Natijahnya, ‘Orang Muda,Geng Kita’. Realisasikannya di stadium nanti. Akhirnya serangkap pantun untuk semarakkan perjuangan.

                            Kerepok lekor cicah budu,
                                  Kijang dan penyu makan sehidang,
                            Sukan dan politik orang Melayu,
                                  Nampak cantik ikut Islam.

No comments:

Post a Comment