Saturday, 14 May 2011

JALAN DI TERENGGANU TERUK?

- oleh Penulis Anak Jati.


Bercakap dengan rakan yang dah lama menetap di KL, banyak informasi yang diperoleh. Namun satu perkara yang menarik perhatian penulis ialah dakwaannya bahawa jalan-jalan di Terengganu agak teruk. Kita yang dah biasa pergi-mari serata Terengganu ini tentu dah lama menyedarinya. Bagi rakan penulis  yang setahun sekali dua sahaja pulang ke kampung, tentu dia dapat bandingkan dengan jalan raya di negeri-negeri lain.

Pada penghujung tahun 1980-an , Terengganu agak terkenal dengan jalan raya yang baik hasil royalti minyaknya. Namun kini, jalan-jalan raya di Terengganu menjadi sungutan dan makian pengguna jalan raya. Ke mana-mana sahaja kita pergi, jalannya beralun hatta jalan persekutuan ( jalan utamanya). Di Kemaman, jalan Kemaman-Kuala Terengganu, jalan Mak Lagam - Ceneh, jalan Paman- Air Putih dan banyak lagi laluan lain di seluruh negeri sungguh menyedihkan. Apalagi jalan kampungnya. Berlopak, berlubang sehingga membahayakan pengguna. Inilah hasil projek-projek kerajaan Barisan Nasional. Kroninya dapat untung berganda-ganda. Pakai setahun, dah rosak jalannya.

Kerajaan tak pernah ambilkira faktor ini sebagai penyumbang kemalangan jalanraya. Kita kadang-kadang terfikir ke mana wang royalti/ dana khas berbilion ringgit dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat. Yang lebih aneh, orang KL saja yang sibuk, orang kampung relaks sahaja 'menunggang kuda' setiap hari. Pandai sungguh wakil rakyat mengulek pengundi-pengundi mereka di kampung. Kekadang YB ini berkaraoke bersama-sama agar mimpi rakyat berpanjangan. Harapan wakil rakyat ini; rakyat jangan bangun dari tidur.

No comments:

Post a Comment