oleh: BayangDiAir
Ditakdirkanlah UMNO/BN dapat menawan kembali Selangor dan beberapa negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti dengan cara penipuan yang mula dikesan bersama bukti-bukti nyata, apakah PAS-PKR-DAP akan berdiam diri dan berpeluk tubuh? Bagaimanakah reaksi rakyat yang tertipu kerana dikencing oleh para pandikutty?
Ditakdirkanlah UMNO/BN dapat menawan kembali Selangor dan beberapa negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti dengan cara penipuan yang mula dikesan bersama bukti-bukti nyata, apakah PAS-PKR-DAP akan berdiam diri dan berpeluk tubuh? Bagaimanakah reaksi rakyat yang tertipu kerana dikencing oleh para pandikutty?
Sejauh manalah sangat kemampuan Pakatan Rakyat untuk mengesan segala penipuan. Kalau dapat ditemukan 1 kes, di belakang sana ada lagi 10 kes yang tidak dapat dikesan. SPR juga memejam mata terhadap kerja-kerja pandi kutty. Hanya SPR mengetahui sama ada dirinya juga adalah sebahagian daripada pandikutty.
UMNO/BN percaya, penyokong Pakatan Rakyat akan berpeluk tubuh sahaja apabila mereka terperosok kekalahan. Rakyat Selangor tidak akan berani bangkit. Kalau mereka mahu bangkit pun, mereka akan terduduk kembali. Pemimpin di atas sana akan berkata,”Sabar. Sabar. Kita ikut saluran undang-undang. Jaga adab-adab kita.” Itulah kata-kata penyayang yang akan memperdudukkan penyokong nanti.
Pandikutty buatlah dajal di mana-mana pun, rakyat akan terdiam juga oleh ISA. Rakyat akan bercempera juga oleh belantan FRU. Idris Jusoh telah melaksanakan kerja-kerja pandi kutty di Terengganu pada tahun 2004 dulu, rakyat telan air liur saja. Kerja-kerja pandi kutty dilaksanakan pula di Perak sehingga tumbang Pakatan Rakyat, rakyat telan air liur lagi. Pastinya rakyat akan tertelan air liur sendiri juga nanti.
Memorandum? UMNO/BN tidak hairan apa jenis memorandum pun yang akan diusung ke Istana Negara. Mereka telah mengerti akan kesudahan segala memorandum, baik memorandum BERSIH mahupun memorandum PPSMI. Mereka sudah mangli dengan memorandum. Berteriaklah. Memekiklah sehari suntuk. Memorandum tidak sedikit pun mengganggu tidup para pandi kutty.
Demonstrasi? UMNO/BN heran apa dengan demonstrasi? Pakatan Rakyat buat demonstrasi, media massa mereka akan memanipulasi segala-galanya. Surat khabar dan TV pandikutty akan mencari sudut-sudut strategik untuk menyorot imej-imej negatif penyokong Pakatan Rakyat . Andai tidak terkawal, tindakan darurat boleh diisytiharkan. Siapa yang berani mencabar lagi setelah para pemimpin disumbat dalam ISA.
Demikianlah jalan ceritanya. Para pembaca boleh mengandaikannya sebagai cerita penglipur lara ataupun senario politik Malaysia di alam nyata.
No comments:
Post a Comment