Tuesday 18 October 2011

Pusat Bimbingan gadis Terlanjur

Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah (RS) Kelantan, satu-satunya pusat seumpama di negeri itu kini terpaksa membuka senarai menunggu bagi menempatkan remaja perempuan yang terlanjur.
Pengurus Operasinya Noor Mazlina Mansor berkata secara purata pusat tersebut menerima antara enam dan lapan panggilan telefon seminggu memohon menempatkan anak gadis yang mengandung anak luar nikah.
“Fenomena gejala sosial yang semakin teruk kini turut memberi tempias kepada Raudhatus Sakinah sebagai sebuah pusat bimbingan untuk remaja terlanjur.
“Buat masa ini kita ada 22 penghuni dari seluruh negara dan seramai enam lagi sedang menunggu giliran untuk masuk ke sini. Jumlah permohonan sebenarnya begitu banyak tetapi kita tidak dapat terima semua kerana tempat terhad selain mereka perlu penuhi kriteria tertentu,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata setiap remaja perlu menghadiri sesi temuduga bersama ibu bapa masing-masing sebelum pusat itu mempertimbangkan permohonan mereka.
Langkah itu katanya bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar insaf dan bersedia untuk mengubah cara hidup sahaja diterima.
“Raudhatus Sakinah tidak akan menerima remaja yang tidak mahu insaf dan bukan dengan kerelaan sendiri kerana kehadiran mereka akan memburukkan suasana di pusat itu yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang mahu melupakan kisah silam dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.
Mengulas lanjut, Noor Mazlina berkata remaja yang ditempatkan di situ akan diberi pelbagai bimbingan dan jagaan sempurna selama setahun setelah mereka selamat melahirkan anak.
Selepas itu mereka akan dibenar keluar dan ibu bapa remaja terbabit diberi pilihan sama ada untuk mengambil bayi yang dilahirkan atau menyerahkan kepada Raudhatus Sakinah yang akan mencari keluarga angkat.
Noor Mazlina berkata pusat itu turut bimbang dengan gejala sosial seperti pembuangan bayi yang bagaikan bermusim.
“Walaupun hasrat kita adalah untuk mengecilkan pusat ini kerana mengharapkan kurangnya jumlah remaja yang terlanjur tetapi apa yang berlaku kini semakin teruk dan membimbangkan.
“Kita turut berasa bertanggungjawab dan mencari inisiatif membantu mengurangkan kes berkenaan dengan mengadakan seminar dan kempen secara berterusan bukan sahaja kepada remaja wanita tetapi juga remaja lelaki kerana apa yang berlaku adalah membabitkan kedua-dua golongan itu,” katanya.
Raudhatus Sakinah mempunyai lima cawangan. Selain Kelantan, pusat itu juga diwujudkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Melaka.
Sejak ditubuhkan pada 2004, Raudhatus Sakinah Kelantan telah menerima dan membimbing 148 remaja berusia antara 13 dan 25 tahun setakat ini. — Bernama
PASIR MAS, 22 Ogos — Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah (RS) Kelantan, satu-satunya pusat seumpama di negeri itu kini terpaksa membuka senarai menunggu bagi menempatkan remaja perempuan yang terlanjur.

http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/respons-tinggi-raudhatus-sakinah-tempatkan-gadis-terlanjur/

No comments:

Post a Comment