Friday 10 June 2011

JANGAN SEKADAR TONTONI PERJUANGAN INI


-  oleh BayangDiAir

Mengikut pendapat popular, PAS kalah kepada BN dalam penguasaan 3M (Machinery. Money, Media). BN ada jentera parti dan jentera kerajaan. Mereka ada berbillion wang dari dana parti dan sumbangan tauke judi. Mereka ada media berupa akhbar nasional, radio dan televisyen. Faktor 3M ini banyak memberi impak atas kemenangan mereka.


PAS kalah dalam aspek 3M lantas sukar kepada kita untuk menawan hati dan minda pengundi tak berparti dan pengundi atas pagar. Justeru itu, apa kita patut lakukan? Banyak yang boleh kita lakukan. Lakukanlah yang banyak itu tetapi kalau tidak mampu lakukan semua, jangan tinggalkan semua.

Hari ini perjuangan merayu bagi pihak panji-panji Islam. Penyokong PAS tidak boleh lagi berdiri atas tapak lama. Setiap penyokong mesti bergerak sebagai pendokong pula. Perjuangan tidak memerlukan penonton.  Dari PENYOKONG yang sekadar menonton, jadilah PENDOKONG yang memainkan peranan. PENYOKONG dinatijahkan kepada orang yang sekadar memberi sokongan dan mengharapkan PAS menang tanpa memberi apa-apa sumbangan. Manakala PENDOKONG dinatijahkan kepada orang yang memberi sumbangan tenaga, wang, fikiran, kepakaran, harta benda hatta jiwa raga. Orang seperti ini dengan wang dia tak rasa kedekut, dengan tenaga dia tak culas, dengan fikiran dia tak kering idea, dengan kepakaran dia tak mohon bayaran, dengan harta benda dia tak berkira dan dengan dengan jiwa raga dia tak takut senjata.

Kita dapat atasi kekurangan 3M kalau setiap kita sanggup berperanan. Atas nama perjuangan Islam perjuangan getir ini menyeru untuk kalian lakukan perkara-perkara berikut:-

1) Jangan kedekut nak beli Harakah dan Siasah.
2) Jangan kedekut nak infak wang lebih sedikit dari biasa.
3) Jangan kedekut untuk dermakan Harakah dan Siasah kepada orang atas
     pagar di kalangan saudara-mara dan kawan-kawan serta di tempat awam.
4) Kalau tak mampu ‘burn’ CD, beli CD dan sumbangkan CD ceramah .
5) Kalau tak pandai kempen kepada orang ramai, kempenlah kepada
    keluargamu sendiri.
6) Kalau takut bantu PAS secara terang, bantulah secara gelap; bagai anai-
    anai yang merosakkan kayu dari dalam.


Ayuhlah. Kalau kalian tak mahu lihat Islam ditewaskan. Perjuangan ini tak merayu kepada pemimpin yang durjana. Perjuangan ini tak merayu kepada orang yang buta hati. Perjuangan ini hanya merayu kepada kalian  yang menjadi penyokong. Perjuangan ini mengharapkan kalian jadi pendokong yang berhak menangis apabila Islam ditewaskan dan berhak bangga apabila Islam di persada kemenangan. Bangkitlah kerana masa semakin suntuk!

No comments:

Post a Comment