Thursday 2 June 2011

Pelan Strategik BN Melalui Kenaikan Tarif Elektrik


- oleh BayangDiAir
Penulis cuba  membaca tujuan kerajaan BN menaikkan tarif elektrik. Walaupun pada umumnya nampak  ‘backfire’ kepada kerajaan, namun sebenarnya Najib ada perancangan sendiri. Sebab itu diuar-uarkan bahawa penggunaan kurang daripada 400 Kwj atau RM 77 ke bawah tidak menerima apa-apa kesan. Ditambah lagi ihsan elektrik  percuma bagi rakyat miskin yang menggunakan elektrik RM20.00 ke bawah. Seni silat atau silap mata Najib ialah untuk melestarikan sokongan rakyat miskin, rakyat luar bandar serta peneroka Felda kepada BN. Sudah pasti Najib tahu mereka tidak akan marah kepada BN atas kenaikan itu. Habis apakah tujuan kerajaan BN menaikkan tarif elektrik?

Najib sudah merancang untuk menyejukkan hati  kakitangan kerajaan yang bilangannya hampir sejuta itu. Sejuta undi mesti ditagih sebanyak mungkin. Sejak Najib naik sebagai PM, kakitangan kerajaan belum merasa sebarang bonus dan insentif. Malah elaun lebih masa dan tuntutan perjalanan menjadi terhad dan tersekat. Semua orang kondem kerajaan Najib sebagai kerajaan yang tiada wang.

Najib tentu merancang untuk menangguk pula undi dan sokongan kakitangan kerajaan yang ramai itu. Tentu ada yang mempersoalkan dengan bertanya, “kalau mahu menagih undi, mengapa dinaikkan tarif elektrik?”  Apa nak dihairankan. Bukankah politik itu satu seni. Lupakah kita akan kata-kata masyhur mantan PM iaitu “Melayu mudah lupa.” Najib tahu rakyat dan kakitangan kerajaan akan marah apabila tarif elektrik dinaikkan. Marah orang Melayu adalah marah sehangat tahi ayam. Tak sampai seminggu hilanglah marah mereka.

Nanti dalam belanjawan  2012 yang akan dibentangkan sekitar bulan Oktober nanti, Najib akan umumkan bonus kali pertama era kepimpinannya untuk kakitangan kerajaan. Ketika itu, sudahlah marah orang Melayu telah lama sirna, sebaliknya rasa gembira dan sayang kepada kerajaan Najib akan bangkit segar-bugar. Maklumlah dapat bonus sebulan gaji. Dari mana wang hendak dibayar bonus ini? Sumbernya hasil daripada kenaikan tarif eletrik inilah ditokoktambah dengan pendapatan kerajaan atas kenaikan harga gas dan petrol sebelum dan selepas pilihanraya nanti.

Selepas kakitangan kerajaan melompat atas sebab bonus tadi, Najib pun umumkan pembubaran Parlimen. Congakan Najib, sokongan dan undi golongan fakir miskin luar bandar, pinggir bandar, peneroka tanah rancangan dan miskin bandar kekal menyokong UMNO/BN  manakala golongan sederhana pula teruja kembali untuk mengundi UMNO/BN. Jadi perancangan ini cukup cantik dan kena pada masanya.

Sebenarnya bukan sampai di sini sahaja perkiraan Najib. Najib dan gerombolannya juga sudah ada pelan perancangan untuk ‘neutralize’  defisit dan kebocoran saku kerajaan atas bonus dan sebarang kos melepas ‘gula-gula belanjawan’ nanti. Najib tak pernah menipu dengan slogan keramatnya, “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Cuma sayang rakyat masih belum faham maksud sebenar  apa yang tersirat dalam hati Najib.

                      

1 comment:

  1. xpe la..janji apa yg dijanjikan tertunai.alhamdulilah..

    ReplyDelete