Monday 27 June 2011

Kalau Tidak Bersalah, Mengapa Takut Pada Kekalahan?


- oleh : BayangDiAir
UMNO takut kalah. PM takut kalah. Menteri-menteri takut kalah. Pemimpin atasan takut kalah. Yang di bawah pun takut kalah. SPR nampaknya takut juga UMNO kalah. Tak pasal-pasal SPR takut UMNO kalah. Cara SPR mentafsir keadilan pilihanraya sama dengan UMNO tafsir. Polis pun takut UMNO kalah? Cara polis tafsir hak kebebasan berhimpun secara aman sama dengan UMNO tafsir. Media arus perdana juga takut UMNO kalah. Cara pemberitaan mereka jelas mempromosikan UMNO. Yang baik-baik dipaparkan. Ke manakah yang buruk-buruk UMNO?

Menghalang perhimpunan aman adalah cara orang takut kalah. Tangkap orang hanya kerana pakai baju kuning adalah manifestasi ketakutan melampau. Segila-gila orang gila pun tak fobia kepada orang yang pakai baju kuning. Memperalatkan polis adalah tindakan UMNO yang takut. UMNO tak berani berhujah dengan kebangkitan rakyat. Dlam forum,  tiga UMNO lawan seorang yang lawan UMNO. Moderatot pun masuk UMNO. UMNO jadi empat. Itulah cara berlaku orang jantan dalam UMNO. Jadi jangan heran kalau tengok jantan UMNO dengan tubuh yang sasa. Cabut dia kalau satu lawan satu. Yang tubuh melidi boleh menang kalau berlawan seorang lawan seorang dengan bapak sasa berlabel UMNO.

Sebab itulah UMNO tolak polis ke depan. Polis terpaksa ikut cakap. Polis kerja dengan bos. Bos suap makan. Kalau tak ikut bos, nanti berlaku macam-macam. UMNO jelling pada SPR. UMNO tak perlu jawab sendiri dakwaan BERSIH bahawa pilihanraya Malaysia tidak adil. UMNO tolak SPR ke depan.  SPR kena jawap. Kalau salah jawap, siap. SPR ada bos. Bos SPR sama dengan bos polis. Kalau tak sama dengan kehendak bos, cari masalah pulak. Bos sekolah juga kadang-kadang takut pada tukang kebun sekolah kalau tukang kebun sekolah itu orang kuat UMNO. Tukang kebun kata pengetua jangan buat, pengetua ikut. Kalau tukang kebun tak setuju, baik Pengetua diam kalau tak kena dengan angin. Nanti terpelanting Pengetua.

Media perdana juga ada bos. Bos menentukan berita apa yang boleh disiarkan dan yang mana tidak boleh. Bos ada saham. Bos besar ada kuasa pelantingkan bos media. Kalau mahu naik, pam bos. Biar bos makin buncit dan tembam. Tak apa. Bos suka begitu. Kalau boleh bos  besar nak tembam macam belon. Boleh terbang tinggi.

UMNO dah sangat takut pada kekalahan. Mungkin dalam mimpi pun sudah mimpi kalah. Sebab itu, bangun tidur terus keluar perkataan, “by at all costs”, by hook or by crook”, “walau apa terjadi Putrajaya tetap dipertahankan”. Semua orang faham mengapa mereka takut kalah.  Hanya mereka menyangka semua rakyat ini macam orang kampung hulu yang tak cukup lampu jalan.
Kata orang tua-tua, BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA ……
Habis, rakyat terbanyak yang tidak bersalah perlukah berkongsi ketakutan mereka? Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment