Tuesday 6 March 2012

SATU PANDANGAN TENTANG WAKTU CERAMAH PAS


Sudah berpuluh tahun PAS menyebarluaskan politik Islam dan dakwahnya melalui ceramah.  Saya merasakan PAS seharusnya telah lama melakukan transformasi terhadap ceramah yang dianjurkan.    Untuk kali ini saya hanya akan berbicara tentang waktu dan tempoh masa ceramah.

Waktu ceramah biasanya diadakan bermula pukul 9.30 malam hingga pukul 12.00 tengah malam. Waktu ini dikatakan ideal kerana ketika itu orang ramai sudah selesai solat Isyak, pulang ke rumah dan bersiap-siap untuk ke tapak ceramah.  Soalnya, tidakkah waktu  tamat ceramah itu agak lewat malam?

 Secara umumnya, orang tidur antara pukul 10.30 hingga 11.30 malam. Tidur awal kerana Subuh juga awal. Lainlah bagi orang yang solat Subuhnya ketika matahari sudah naik. Kalau ceramah tamat pukul 12.00 tengah malam, ditambah masa perjalanan pulang mengikut jarak, maka agaknya pukul 12.30 pagi atau lebih, barulah boleh melelapkan mata.

 Apa kata, program  ceramah dimulakan  pada pukul 7.00 hingga pukul 10.30 malam. Mulakan program dengan solat berjamaah Maghrib  di tapak ceramah. Selepas itu, adakan kuliah maghrib atau tayangan video. Boleh juga diteruskan dengan ceramah pertama oleh golongan ulama yang menjurus kepada isu-isu agama. 

 Masuk Isyak, solat berjamaah pula. Pukul 9.00 malam, sudah boleh disambung dengan  ceramah seterusnya. Dengan tiga orang penceramah  termasuk ceramah alu-aluan oleh tuan rumah, program dijangka usai pada pukul 10.30 malam.

 Itulah masa yang saya fikir sesuai untuk orang yang mementingkan solat Subuh berjamaah keesokannya. Malah perjuangan sangat-sangat mengharapkan para penyokong dan ahli-ahli terdiri daripada orang-orang tidak pernah ponteng solat Subuh berjamaah.

Dengan jadual ceramah sedia ada, dibimbangi orang yang biasa tidur sebelum pukul 12.00 malam dan solat Subuh berjamaah terlepas jamaahnya. Orang yang biasa solat Subuh dalam waktunya, terlepas waktunya. Atas maslahat ini, tidak logikkah difikirkan cadangan ini?

4 comments:

  1. Orang PAS suka dgr ceramah Ustaz... Abis tu Orang PAS juga selalu tak pi semyang subuh berjemaah ke Ustaz...Kesiannnn, cam ne nak bina negara Islam ni Ustaz kalau bagun subuh pun lewat dek kerana pi ramai-ramai dengar ceramah.Tak kan waktu ceramah pun nak kena ajar, dan selama 20 tahun PAS di Kelantan memerintah maka ramai jugak la ahli PAS yang miss subuh ya Ustaz dek kerana syok sgt dengar ceramah dimalam hari...Tahniah Ustaz kerana membuka pekong ahli PAS sendiri...

    ReplyDelete
  2. jgan dijadikan alasan... waktu tersebut amat sesuai kerana kekangan yang dterima malah memudahkan sebab lepas isyak.... kita pg cuma untuk mendegar isu2 semasa.... untuk majlis2 besar boleh diaturkan, dengan apa yang ustaz nyatakan tadi... (kalau tak digangu laa)

    ReplyDelete
  3. Cadangan yg agak baik,tetapi yang sedia ada lebih baik di kekalkan kerana semua ahli dah selesai solat magrib rumah atau di masjid,lewat bangun kerana tidur lewat bukan satu alasan.

    ReplyDelete
  4. Saya tidur pukul 2 pagi lepas balik dari kerja, takder masalah pun nak bangun subuh. ni 12 tengah malam pun nak kecoh. Tak semestinya orang dengar ceramah Pas jer tak bangun sembayang subuh, yang tak pernah datang ceramah pas tak sembahyang subuh tu apa citer.

    ReplyDelete