Monday 28 May 2012

5 Dasar Menuju Kepada Allah

AllahSeorang ulama tasauf menyebut ada 5 perkara teras yang menyampaikan seseorang kepada Allah:
1. Taqwa kepada Allah samada dengan terang atau sembunyi, di hadapan orang atau di belakang manusia
2. Mengikut Sunnah Nabi SAW samada perkataan, perbuatan.
3. Berpaling meninggalkan makhluk samada mereka berhadap kepada Allah atau membelakangkan Allah
4. Redha dengan kurniaan Allah- sedikit atau banyak
5. Kembali kepada Allah ketika suka atau duka.
Tanda-tanda 5 perkara di atas:
1. Tanda taqwa ialah apabila adanya warak (menjauhkan yang haram dan berhati-hati dengan syubhah) dan Istiqamah ibadah iaitu ibadah betul dan sempurna zahir dan batin.

2. Tanda ikut sunnah Nabi ialah pelihara perkataan dan perbuatan Nabi serta menuruti perkataan dan perbuatan Nabi untuk dirinya.
3. Tanda berpaling meninggalkan makhluk ialah sabar atas ujian  dan tawakkal kepada Allah sambil berusaha dan berikhtiar.
4. Tanda redha dengan kurniaan Allah ialah qanaah dan serah diri kepada Allah.
5. Tanda kembali kepada Allah ialah puji segala nikmat dan syukur kepada Allah dengan anggota badannya apabila mendapat perkara yang disukai serta kembali kepada Allah ketika ditimpa kesusahan.
Bagi perkara yang ke 5 ini iaitu kembali kepada Allah, ia mempunyai 5 perkara lain pula:
1. tinggi himmahnya iaitu azam yang kuat untuk mencapai kedudukan yang tinggi di sisi Allah
2. pelihara kehormatan diri dengan wara’ dan jauhi yang haram
3. membaiki khidmatnya kepada makhluk atau Khaliq
4. mengerjakan pekerjaan yang sukar iaitu melalui sabar dan tawakkal
5. membesarkan nikmat dari Allah
“Sesiapa yang tinggi himmah/keazamannya, dianglat kedudukannya. Sesiapa yang memelihara dari yang haram, dipelihara kehormatan dirinya. Sesiapa yang baik khidmatnya kepada Allah dan makluk, berhak dimuliakan. Sesiapa yang bersungguh mengerjakan sesuatu yang sukar, dia akan kekal dalam petunjuk. Sesiapa yang membesarkan nikmat, tentunya ia akan bersyukur. Sesiapa yang bersyukur, tentu akan ditambahi nikmatnya.”
(Ditulis oleh Ustaz Nik Nasri www.niknasri.com. Ringkasan dan olahan dari kitab Kifayatulmuhtadi ms 383-384)

No comments:

Post a Comment