UTAMAKAN SOLAT, UTAMAKAN ISLAM
“Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang dan bertakwa kepadaNya dan Dialah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak).”
Surah al-An’am: 72
"Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan." Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.”
Surah al-Baqarah: 208
Putera-puteri yang dirahmati Allah sekalian,
Ingatkah lagi kalian akan lagu sepohon kayu yang sering dinyanyikan. Hayati senikatanya:
Sepohon kayu daunnya rimbun
lebat bunganya serta buahnya
walaupun hidup seribu tahun
kalau tak sembahyang apa gunanya.
Dalam pesanan kali ini, ayahanda ingin berbicara tentang keutamaan solat ini dan Islam yang kita anuti.
"Utamakan
Solat , Utamakan Islam" bermaksud bahawa kita hendaklah mendahulukan solat
daripada segala kerja buat dan urusan hidup yang lain. Sepenting mana pun
urusan hidup itu, penting lagi urusan solat yang mengesahkan kehambaan kita
kepada Allah s.w.t. Setinggi mana penting pun hal-hal keduniaan, tinggi lagi
kepentingan meletakkan Islam di persada hati dan amalan kita.
Dalam kehidupan harian kita, masa sangat
penting dan kadang-kadang terbatas. Kita dikejar aktiviti dunia yang ada
ketikanya menjadi padat. Di samping itu, adakalanya badan kita dicengkam
keletihan akibat daripada kehilangan tenaga yang banyak setelah menjalani
aktiviti harian.
Dalam keadaan-keadaan tersebut, solat kita 'tercabar'. Tercabar dalam erti kata kemungkinan kita tidak solat, tidak khusyuk atau melengah-lengahkan solat sehingga hujung waktu. Ini adalah satu implikasi[1] yang perlu kita sedari agar kita sentiasa beringat dan berhati-hati. Solat jangan dijadikan mangsa kepada kepadatan aktiviti dunia dan keletihan fizikal. Walau apa sekalipun, sibuk atau letih, kita mesti solat dengan sempurna yakni khusyuk dan pada awal waktu. Dalam dada kita, mesti segar slogan yang sepatutnya bukan menjadi retorik[2], iaitu "Utamakan Solat".
Begitu juga dalam dalam urusan kehidupan yang lain. Sama ada kita memilih, mengamal, menyokong atau berjuang, kita mestilah mengutamakan yang mana selari dengan Islam. Apabila bertembung sesuatu dengan kepentingan diri, kita mestilah dahulukan tuntutan Islam. Hatta apabila bertembung kepentingan menyelamatkan diri dengan menyelamatkan Islam, maka mestilah kita utamakan untuk menyelamatkan Islam. Dalam hal lain seperti memilih makanan, kita utamakan buatan umat Islam yang suci dan halal. Dalam memilih perjuangan, kita pilih gerakan yang memperjuangkan Islam. Dalam memilih sahabat, kita pilih sahabat yang mencintai dan beramal dengan Islam. Dalam memilih pakaian dan fesyennya, kita memilih pakaian atau fesyen yang mana menepati kehendak Islam. Demikianlah halnya dalam segala urusan kehidupan. Islam mesti didahulukan. Maka tegakkan juga slogan "Utamakan Islam " dalam diri kita sehingga sebati membentuk jatidiri.

Para
remajaku yang dikasihi,
Ingatlah pesan ayahanda di atas kerana
sesungguhnya dua perkara tersebut sangat
penting dalam hidup kita; hidup yang berjaya di dunia menjadi jambatan untuk kesinambungan kebahagiaan di akhirat
nanti.
“Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.”

No comments:
Post a Comment