PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI)
PASTI AN NURNABILA
NO.68 TAMAN SRI KALONGAN, TELUK
KALONG, 24100 KEMAMAN. TERENGGANU.
Ruj.Kami :
Tarikh : 19 Febuari 2012 @ 26 Rabiul awal 1433
Assalamualaikum wm.wbt.
Kepada:
Tuan/Puan/Encik/Cik/Sdr/Sdri
Yang Dirahmati Allah sekian.
MEMOHON SUMBANGAN BAGI MEMBELI
BANGUNAN PASTI
Adalah dengan hormatnya merujuk
kepada perkara diatas, saya bagi pihak PASTI AN Nurnabila memohon sumbangan
bagi membeli sebuah bangunan khas untuk PASTI beroperasi dengan lebih selesa
dibangunan sendiri.
2. Untuk makluman, PASTI ini
telah beroperasi dalam mendidik anak-anak di Qaryah Teluk kalong melebihi 10
tahun dengan menyewa rumah kediaman sekitar RM250-300 sebulan dan selama itu
PASTI telah berpindah sebanyak 4 kali atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkkan.
3. Memandangkan kerumitan inilah
maka kami pihak jawatankuasa bertindak mengumpul dana dari pelbagai agensi dan
orang perseorangan bagi merialisasikan ia sebagai suatu kenyataan. Anggaran
pembelanjaan ialah RM75 ribu.
Kerjasama semua pihak amatlah
kami harapkan dan didahulukan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih.
Semoga allah Rahmati kita semua.
Sekian wassalam.
No telefon untuk dihubungi: Encik Halim 019-9805 181
Pn.
Nor Latifah 019-9989 356
No.Akaun BIMB : 06 019 02 029233 0 (atas nama Nor
Latifah Ab. Rahman)
Yang Menjalankan Tugas
(Nor Latifah Abd. Rahman)
Bendahari PASTI AN Nurnabila
s/k:fail PASTI
Info SKJ
No comments:
Post a Comment