Sunday 17 November 2013

KATA-KATA YANG MENGETUK HATI MUSLIM DI NUSANTARA



Ikuti ucapan Sultan Brunei berkaitan pelaksanaan hudud. Baginda telah mengetuk hati umat Islam sedunia amnya dan Nusantara khususnya.
http://www.youtube.com/watch?v=19hW_Aw8rho


" Negara Brunei Darussalam walaupun Kecil, tetapi ini tidaklah menghalangi Kita untuk mengambil langkah-langah melaksanakan Undang-Undang Syariah. Kerana selaku orang Islam kita Wajib melaksanakan, sebagai memenuhi tuntutan Allah swt. Apabila Undang-Undang Syariah terlaksana, maka barulah Bumi yang Permai ini dapat diungkap sebagai: { بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ : (Negerimu) adalah Negeri yang Baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun: Saba' 15 } 





Kita tidak ada pilihan lain selain daripada mematuhi semua Perintah Allah, inilah Kewajipan Utama kita, salah satu daripada Perintah itu ialah melaksanakan Undang-Undang, itu adalah Undang-Undang Syariah. Secara amnya pada 15 Julai 1996 dan dalam Persidangan Majlis Ugama Islam, pada 13 Mac 2011, Beta ada menyebut secara Khusus mengenai Undang-Undang Jenayah Syara'. Ini juga sepatutnya mendapat Perhatian yang Serius dan Segera, kerana kita tidak boleh lagi berkata "tidak atau tunggu dulu" sebab kita sudah pun Cukup segala-galanya, ada Kemampuan, dan ada Kuasa untuk melaksanakannya. Kalau kita masih juga berkata "tidak atau tunggu dulu" ini adalah tidak Kena. Siapakah kita dihadapan Allah untuk berkata "tidak atau tunggu dulu" sedang Undang-Undang ini bukanlah baru digubal. Tetapi telah termaktub di dalam al-Quran & al-Hadis. Semenjak dari 1400 Tahun lebih lagi.

Dimanakah kita dengan al-Quran & al-Hadis itu. Kerana itu Beta amatlah terpanggil tanpa sebarang Keraguan untuk melihat satu Akta Undang-Undang Jenayah Syara' Wujud dan Dilaksanakan, disamping tidak pula menolak Undang-Undang biasa, juga akan masih diguna Pakai, dalam makna Akta Jenayah Syara' adalah diperlukan, sementara Akta Sivil biasa masih saja tidak diketepikan "
.

No comments:

Post a Comment