Friday 20 May 2011

BANTULAH KERJA DAKWAH INI


Bantulah kerja dakwah ini dengan sama-sama menghidupkan blog ini dengan cara:-
1.    1. Upload artikel sendiri atau tulisan orang lain.
2.   .  Maklumkan kuliah atau ceramah serta aktiviti agama di tempat anda.
3.   .  Sebarkan blog ini untuk rujukan semua.

Sekiranya, saudara-saudari tidak tahu cara upload, emelkan sahaja bahan-bahan kepada salampendakwah@yahoo.com.  Salam akan uploadkannya.

Kepada blogger SKJ, Wartawan BO (Buletinonline) dan para pendakwah semua, sila salin dan simpan emel dan password blog ini kerana tidak berapa lama lagi emel dan password akan dikategorikan  sebagai ‘secret’. Teruskan berdakwah dan menghidupkan agenda dakwah di Kemaman. Ingat, sambil berpolitik kita berdakwah dan sambil berdakwah kita menegakkan kuasa politik.

Sebelum permisi, Salam bercadang untuk berpadu tenaga dengan para pencinta jalan dakwah semua untuk membentuk satu unit dakwah di Kemaman yang berperanan sebagai amar maa’ruf nahi mungkar. Di samping bergerak menyeru kepada jalan Islam, Salam harap kita berganding bahu mencegah kemungkaran di daerah Kemaman ini. Sedarkah sahabat semua kegiatan perjudian dan penjualan alcohol kepada remaja Islam, seks bebas sedang berleluasa kerana tiada pihak yang mencegahnya. Polis ? Entahlah.

No comments:

Post a Comment