Monday 16 May 2011

Tausiyyah Ustaz Mat Kemasik-SKJ

Alhamdulillah, bersyukur penulis kehadrat Illahi kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk sama-sama duduk dalam majlis ilmu Ustaz Mat Kemasik di Surau Kg. Jaya pada waktu maghrib tadi. Terlalu banyak mutiara-mutiara ilmu yang telah dilontarkan oleh ustaz kepada hadirin yang hadir. Antara apa yang penulis sukai dengan kehadiran ustaz ke surau kg. jaya adalah kerana sentiasa diberi kesempatan oleh ustaz untuk hadirin yang datang untuk sama-sama mengirim salam kepada Junjunggan Besar Nabi Muhammad S.A.W sempena keberangkatan ustaz ke Tanah Suci Mekah tidak beberapa lama lagi. Doa yang dituturkan bersama-sama ustaz begitu menguris kerinduan hati ini terhadap Rasullullah s.a.w… Semoga diri ini diberi keizinan oleh Allah untuk menjejakkan Kaki ke Tanah Suci Mekah pada masa akan datang, InsyaAllah…


Antara Nasihat-nasihat Ustaz Mat yang sempat penulis rekodkan bukan sekadar dibuku, namun juga dihati ini ialah Kasih sayang sesama jiran tetangga.  Nasihat Ustaz tadi tentang kasih sayang sesama jiran tetangga ini sangat berbekas pada hati penulis kerana ianya kini telah semakin luntur dalam masyarakat kita. Ustaz Mat berpesan agar kita menziarahi orang sebelum orang lain menziarahi kita. Biar kita yang mulakan dahulu. Kekadang apa yang dapat dilihat dalam masyarakat kita, orang kita sangat malas untuk ziarah-menziarahi jiran tetangga. Hal ini tidak wajar dipandang remeh kerana dengan ziarah-menziarahi inilah kita semua dapat mengetahui masalah-masalah yang melanda masyarakat kampung kita, disamping menyebarkan dakwah Islam dengan lebih meluas lagi…

Ustaz Mat Juga berpesan, biar kita dahulu beri kuih kepada jiran kita, jangan tunggu orang beri. Biasanya hantar mengantar kuih-muih ini mula dipraktikkan semenjak mula mendirikan rumah baru dan lama-kelamaan semakin terhakis budaya ini. Selepas beri, jangan pula mengharapkan orang balas(kalau tak dok balasan, mulalah nak ngukit). Kalau ada rezeki, ada lah tu… walaupun tidak dibalas, teruskan usaha mulia ini agar ianya menjadi qudwatun hasanah kepada jiran tetangga. Ini juga dakwah kita….

Ustaz Mat Juga berpesan agar kita Tegur dahulu jiran tetangga sebelum orang menegur kita. Pastikan kita yang mulakan terlebih dahulu. Jangan pula, selagi jiran tidak mengangkat tangan  atau menghulurkan salam, selagi tulah kita tidak mulakannya malah ada pula yang membalas dengan umpat-umpatan dan keji-mengeji. Inilah yang merosakkan hubungan sesama kita orang Islam.  Dalam menegur juga, jangan pula kita memilih orang sama ada dia golongan biru, merah mahupun kuning. Usah sekadar menegur jemaah kita, dan mengabaikan orang lain. Pastikan kita tetap menegur jiran tetangga kita, tidak kira sama ada dia baik ataupun jahat…Kita tetap kena tunjukkan qudwah yang baik, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Junjunggan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Oleh hal demikian, Penulis sangat berharap agar pesanan Ustaz Mat ini diambil berat oleh kita semua. Hari ini, Kita muhasabah diri kita… Cuba pandang jiran depan rumah kita, jiran tepi rumah kita dan jiran yang dekat mahupun yang berjauhan… Apa yang telah kita lakukan untuk mereka??? Atau sekadar menunggu orang lain yang memulakannya terlebih dahulu…Penulis percaya, mereka yang membaca tulisan ini, adalah daripada kalangan jemaah islam itu sendiri, iaitu mereka yang mencintai ilmu dan mencintai persekitaran Islam dalam masyarakat. Oleh itu, Pastikan kita yang faham Islam ini yang terlebih dahulu memulakannya! Lakukanlah sesuatu demi Islam! Bagaimana ingin mencipta persekitaran Islam sekiranya hubungan sesama jiran tetangga sendiri tidak elok. Buang sifat ego, sombong, dendam, dengki, sakit hati dan sebagainya dalam diri kita terlebih dahulu supaya kita dapat melihat hasilnya yang cukup baik suatu hari nanti dalam masyarakat kita. Biar apa orang nak kata pada kita, kita tetap buat baik pada mereka. Semoga kita dan mereka diampunkan dan dirahmati oleh Allah atas kelemahan kita semua. InsyaAllah…

No comments:

Post a Comment