Tuesday, 12 July 2011

TUNTUTAN ISTIQAMAH KE ATAS SETIAP MUKMIN

 - halaqah.net

t2.gstatic
Luqman dalam wasiatnya kepada anaknya telah berpesan;


وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَابُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ(13)

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”. (Luqman: 13)

Setelah diperintahkan supaya beriman sepenuh hati kepada Allah, kita diperintahkan pula beristiqamah. Arahan supaya istiqamah ini terkandung juga di dalam al-Quran di mana Allah berfirman;

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ(112)

“Maka beristiqamahlah kamu sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”. (Hud: 112)


Maksud Istiqamah ialah tetap dan teguh di atas jalan yang benar iaitu jalan Islam. Menurut Imam al-Minawi dalam kitabnya “Faidhul Qadir”; Istiqamah bermaksud tunduk-patuh kepada segala yang diperintahkan dan menjauhi segala tegahan. Ada ulama’ yang mentakrifkan istiqamah sebagai; berterusan beramal dengan sunnah Nabi Muhammad s.aw. dan berakhlak dengan akhlak yang diredhai (Allah). Ada yang mentakrifnya sebagai; mengikuti (sunnah Nabi s.a.w.) dan meninggalkan bid’ah. Ada juga mengertikannya dengan; meletakkan diri di atas akhlak al-Quran dan as-Sunnah.

Untuk terhasilnya Istiqamah seseorang itu tidak dapat tidak mestilah berpegang-teguh dengan kitab Allah dan sunnah NabiNya. Dua sumber inilah yang berupaya mengikat manusia agar sentiasa berada di atas jalan yang benar. Selagi manusia berpegang teguh dengan al-Quran dan juga sunnah Nabi, selagi itulah ia dijamin oleh Rasulullah s.a.w. akan bebas dari penyelewengan dan kesesatan. Sabda Rasulullah s.a.w.;

يا أيها الناس، إني قد تركت فيكم ما إن اعتصمتم به فلن تضلوا أبدا: كتاب الله، وسنة نبيه

“Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku telah tinggalkan untuk kamu sekelian satu peninggalan yang selagi kamu berpegang-teguh dengannya maka selagi itulah kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”. (Hadis riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas)

Saturday, 9 July 2011

Bukan Polis Yang Menangkap Khairy Jamaluddin

 
Perhatikan gambar bagaimana lemah lembutnya polis bertindak kepada  puak pemimpin UMNO. Sehingga kelihatan bukan polis menangkap Khairy Jamaludin (KJ)  tetapi KJ yang berjaya menangkap 2 orang anggota polis. Mungkin KJ nak bawa mereka ke rumah pak mentua dia. Polis siap posing lagi dengan Ketua Pemuda UMNO yang berjaya berarak 200 meter secara aman. Kah!Kah!Kah! Inilah imej pemuda UMNO yang cakap berdegar-degar tu.

Demikianlah cara layanan, lakonan serta sikap polis Malaysia.  KJ pulak betul-betul kelihatan seperti beruk. Bukan aku cakap. KJ cakap sendiri. Masihkah kamu ingat kata-kata KJ? Dahulu KJ pernah berkata bahawa  orang yang berdemonstrasi adalah seperti beruk-beruk di jalanan. Anehnya, tak pernah pulak aku lihat wajah demontran macam beruk sepertimana  wajah KJ sekarang (dalam gambar itu). Perhatikan betul-betul. Tak malukah pemuda UMNO lihat pemimpin kamu macam ini?

Tak malukah Berahim Ali yang sedang bertelur untuk melahirkan ribuan anak-anak katak? Kata nak demonstrasi bersama, kenapa pergi bertelur pulak? Dayus betul. Sedayus mahaguru silat Omar Din yang bercakap hebat. Para pejuang Islam sudah lama maklum sejauh mana keberanian musuh-musuh Islam. Sejak zaman Rasulullah s.a.w. dah. Pejuang Islam 313 orang sanggup berdepan dengan 1 000 orang musyrikin. Pejuang Islam guna pelepah tamar saja untuk pukul muka para musyrikin. Apabila tentera musuh berjumlah 100 000 orang, pejuang Islam mengalahkan mereka dengan 10 000 tentera sahaja.

Ini bermakna 10 000 orang pemuda UMNO, pakar silat Omar Din dan ahli PERKASA yang bodi sasa tak layak untuk berhadap dengan golongan jihad dan sanggup mati kerana Islam. Percayalah. TG Haji Hadi telah berkata, “BERSIH 2.0 hanya permulaan kepada satu perjuangan yang akan mencapai kemenangan. Keputusan seterusnya terletak kepada kerajaan. Kita akan terus bangkit dengan lebih gagah sama ada sebelum atau selepas PRU13”. Demikian kata-kata Tuan Guruku. Aku bersama. TETAP BERSAMA. YA TETAP BERSAMA DENGAN PERJUANGAN SUCI INI. Kata TG Nik Aziz, “ kezaliman akan ada tarikh luputnya.” Kata-kata semangat dua tuan guruku bergelombang dalam darahku.
AWAS KEZALIMAN.

Tragedi 9 JULAI 2011.


-oleh BayangDiAir

Tanggal 9 JULAI 2011 akan terpahat dalam sejarah negara sebagai suatu tragedi terhadap keadilan dan hak asasi manusia. Rakyat telah dipertontonkan kerakusan segerombolan manusia dalam usaha mengekalkan kuasa. Demokrasi Malaysia ialah sebuah demokrasi tempang apabila pihak penguasa melaksanakan pilihanraya hanya untuk menjustifikasikan kemenangan mereka. Gerombolan ini tidak rela menyediakan demokrasi untuk rakyat hanya kerana untuk mengangkat kerajaan selain daripada mereka.

Detik-detik menuju 9 JULAI 2011 penuh dengan pencabulan terhadap keadilan. Penguasa dan pasukan keselamatan bersikap lunak terhadap pemuda berbaju merah Patriot dan pelilit kepala PERKASA. Sebaliknya mereka menangkap secara kasar pemuda yang berbaju kuning diraja. Mereka tak menyentuh Ibrahim Ali dan PERKASA-nya kerana perjuangannya menguntungkan parti proksinya. . Ucapan provokasi Ibrahim Ali diklasifikasikan sebagai ‘tidak mengancam keselamatan negara’ walaupun bernada ugutan. Manakala pemimpin pembangkang yang berbaju kuning tanpa perkataan dan imej Bersih pun ditangkap secara kasar di depan orang awam.

Tragedi pencabulan hak asasi manusia untuk berhimpun dan bersuara terpahat pada 9 JULAI 2011. Takrifan undang-undang sudah jadi double-standard. Sejak PRU 2008 hingga 2011 sudah kerap rakyat dipertontonkan demonstrasi oleh pemuda UMNO walaupun suatu ketika merekalah menjulang retorik ‘demonstrasi bukan budaya kita’. Demonstrasi mereka berjalan dengan baik dan jayanya tanpa diapa-apakan. Apabila Bersih mengadakan perhimpunan aman mereka takrif mengikut nafsu mereka sebagai perhimpunan haram. Bersih hanyalah satu kempen; mereka kategorikan sebagai satu pertubuhan. Mengapakah penguasa tidak mengambil pandangan pihak ketiga iaitu Suhakam yang berpendapat perhimpunan aman tidak menyalahi undang-undang? Mengapa peranan Suhakam dibakulsampahkan apabila tidak sama dengan selera pemimpin gerombolan?

Tragedi penderhakaan terhadap titah DYMM SPB YDP Agong turut menghitami wajah penguasa. Betapa penguasa tidak menghargai harapan murni Payung Negara. Jelas bahawa Baginda tidak menyebelahi mana-mana pihak; yang dihajatkan ialah keamanan berkekalan dan keadilan terlaksana. Itu saja harapan Baginda. Tetapi sayang, puak penguasa terus bersikap keras, berdolak dalih dan tiada kompromi. Dengan kuasa di tangan mereka merasakan diri mereka berduri bak durian. Rakyat adalah mentimun; digolek luka menggolek pun luka.

Apakah kegagalan penguasa berkompromi dengan rakyat akan terus memahat tragedi pada 9 JULAI 2011? Apakah itu yang dihajati demi pengekalan kuasa? Apakah provokasi Patriot, PERKASA dan Persatuan Silat Lincah Malaysia akan mencetuskan huru-hara? Moga-moga semua yang terlibat masih berfikiran waras. Junjunglah perintah Tuhan. Junjunglah perintah Tuhan. Junjunglah perintah Tuhan. Antaranya, tunaikan hak dan tegakkan keadilan.

Friday, 8 July 2011

Pabila Kau Terjatuh Dan Menangis


“Tampakkan sifat-sifatmu nescaya Dia akan membantumu dengan sifat-sifat-Nya. Tampakkan kehinaanmu nescaya Dia membantu dengan Kemuliaan-Nya. Tampakkan kelemahanmu nescaya Dia membantu dengan Kekuasaan-Nya. Tampakkan ketidakberdayaanmu nescaya Dia membantu dengan Daya dan Kekuatan-Nya.”
Ketika secara zahir Allah menjadikanmu taat melaksanakan perintah dan secara batin menganugerahkan sikap pasrah kepada-Nya, beerti Dia telah melimpahkan nikmat yang amat besar padamu. Sungguh rahsia-rahsia Allah itu Maha Seni sehingga terkadang engkau tidak menghargainya lantaran kaburnya mata hati.
Tunjukkan kemurahan kepada saudara-saudaramu. Biasakan dirimu memberi dan mengasihi. Memberi secara langsung adalah mengeluarkan harta dan menyerahkannya kepada mereka. Sementara, memberi secara tidak langsung adalah menunjukkan perhatian. Jangan bakhil dan menahan apapun yang mampu kau berikan kepada mereka. Kerana keramahan, kemurahan dan kelapangan merupakan inti perjalanan. Siapa saja yang menjaga sifat-sifat itu dalam hidupnya, nescaya seluruh rintangan yang menghalangi dan mengotori mata hati akan sirna.
Berikan khabar gembira kepada malam bahawa fajar akan tiba; mulai dari puncak pergunungan hingga ke lembah-lembah. Berikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman bahawa jalan keluar akan segera datang secepat cahaya dan sekejap mata.
Allah tidak pernah mensia-siakan kita, hanya kita yang mensia-siakan peluang dan masa yang Allah berikan pada kita. Istighfar.
Dia yang memiliki Allah, memiliki segala-galanya.

Wednesday, 6 July 2011

10 Soalan Untuk Ketua Polis Negara



- oleh BayangDiAir
Rakyat amat terkilan dan kesal atas tindakan pasukan keselamatan mutakhir ini. Mereka menangkap orang yang memakai baju kuning BERSIH. Mereka merampas baju kuning. Mereka mengkategorikan BERSIH 2.0 sebagai golongan subversif . Mereka mengharamkan BERSIH. Rakyat tertanya-tanya apakah ciri-ciri subversif yang ada pada sebuah NGO yang meminta  keadilan pilihanraya dan demokrasi secara jelas dan terbuka? Demi membersihkan imej polis yang begitu kotor di mata rakyat sekarang, Ketua Polis Negara mestilah memberi hujah-hujah penjelasan yang konkrit terhadap persoalan-persoalan berikut.
1.       Nyatakan akta mana yang membolehkan polis menangkap orang yang memakai baju kuning BERSIH.
2.       Apakah ciri-ciri subversif yang ada pada BERSIH 2.0?
3.       Mengapakah PERKASA tidak pula dianggap subversif?
4.       Yang mana satu sebenarnya dikatakan menyalahi undang-undang; organisasi BERSIH, pemakaian dan penjualan baju-T BERSIH atau Perhimpunan BERSIH?
5.       Mengapa Ibrahim Ali yang sudah acap kali mengeluarkan kenyataan yang mengancam keselamatan negara tidak diambil tindakan, malah diusik pun tidak?
6.       Mengapa apabila puak UMNO dan PERKASA mengadakan demonstrasi yang mengancam keselamatan negara, dibiarkan?Polis mengawal sahaja.
7.       Mengapa polis hanya menyuraikan secara lembut demonstran UMNO dan PERKASA yang melakukan provokasi. Mengapa tak tangkap dan gari secara kasar macam polis lakukan kepada rakyat yang menyokong BERSIH?
8.       Mengapa polis tidak menjalankan tugas secara adil kepada rakyat dalam hak berhimpun secara aman?
9.       Mengapa polis menutup pintu rundingan dengan penganjur BERSIH 2.0? Adakah ini kerana tekanan Menteri Dalam Negeri sendiri merangkap Naib Presiden UMNO?
10.   Apakah apabila PM menyetujui perhimpunan BERSIH diadakan di stadium, maka BERSIH tidak lagi kotor pada pandangan polis?
Kami dengan ini mendesak Ketua Polis Negara menjawab persoalan-persoalan ini secara jujur demi membersihkan institusi pasukan keselamatan. Berilah peluang rakyat menilai hujah-hujah Tuan.
 

Monday, 4 July 2011

APCO Meracun Dalam Isu BERSIH?


- oleh BayangDiAir
Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH 2.0) telah diisytiharkan sebagai pertubuhan haram. Begitu perisytiharaan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengikut seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.

Kata PM Najib pula, "Ini semua (perhimpunan haram) sebenarnya bukan tujuannya untuk memperbetulkan sangat sistem yang ada tetapi bermotifkan politik untuk mendapatkan kuasa melalui cara yang tidak demokratik.”

Mengapa begini jadinya? Mengapa PM anggap pembangkang hendak menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik sedangkan sudah berbuih mulut kita mengatakan bahawa kita hanya berhimpunan secara aman untuk menyampaikan memorandum kepada DYMM SPB Yang Dipertuan Agong.  

Bagi orang ramai yang terdedah kepada berita maya dan ceramah, pasti mereka jelas apa yang disarankan kepada setiap peserta walk for democracy. Jangan lupa rujuk Harakah cetak keluaran terbaru. Siapa sekali dengan panduan “do and don’t”. Apakah KDN tak baca atau sahaja buat tak faham hasrat itu? Buta hati sangatkah Pak Menteri? Busuk hati perut sangatkah para penjilat BN ini?

Kalau orang ramai boleh akses kepada informasi itu, masakan PM dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri macam katak di bawah tempurung sifatnya. Cukuplah Ibrahim Ali dan Ezam serta gerombolannya menjadi katak-katak jelmaan. Tak cantiklah negara ini kalau diketuai oleh spesies katak.

Kita jangan lupa APCO. Inilah organisasi rujukan kerajaan. Berjuta-juta ringgit duit dibelanjakan. Tak kan APCO diam sahaja demi survival BN. Justeru kita bimbang kalau-kalau APCO-lah menjadi subversif yang memasukkan jarum fitnahnya untuk menghancurkan negara ini.

Sebelum ini kita sudah bantah khidmat APCO digunakan. Kita bimbing perkara macam inilah berlaku. Elok-elok rakyat tinggal aman damai, tak pasal-pasal kita bergaduh kerana dengar dan percaya nasihat musuh. Memang kita tak tahu apa sebenarnya peranan APCO yahudi dalam isu BERSIH ini. Yang arif hanya APCO dan pihak yang bekerjasama dengan mereka sahaja.

Sekiranya benarlah PM dan Menteri Dalam Negeri mendapat nasihat APCO dalam mengekang kemaraan dan tuntutan BERSIH ini, kita menasihatkan agar mereka kembali kepada jatidiri rakyat Malaysia. Kita ada Yang Dipertuan Agong. Baginda telah memberi titahnya yang cukup berhemah dan bijaksana. Buang APCO, agongkan nasihat Payung Negara. Kita nanti respon PM terhadap titah Tuanku. Semoga berhasil satu natijah yang baik untuk keadilan dan kesejahteraan negara.

Haji Mabrur Seorang Tukang Kasut.

Kisah membantu jiran dan anak yatim Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"

Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."

Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"

Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.

Jawab orang itu, "Muwaffaq."

Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"

Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."

Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.

"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.

Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasulullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga."

Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."

Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?"

Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."