Wednesday 6 July 2011

10 Soalan Untuk Ketua Polis Negara



- oleh BayangDiAir
Rakyat amat terkilan dan kesal atas tindakan pasukan keselamatan mutakhir ini. Mereka menangkap orang yang memakai baju kuning BERSIH. Mereka merampas baju kuning. Mereka mengkategorikan BERSIH 2.0 sebagai golongan subversif . Mereka mengharamkan BERSIH. Rakyat tertanya-tanya apakah ciri-ciri subversif yang ada pada sebuah NGO yang meminta  keadilan pilihanraya dan demokrasi secara jelas dan terbuka? Demi membersihkan imej polis yang begitu kotor di mata rakyat sekarang, Ketua Polis Negara mestilah memberi hujah-hujah penjelasan yang konkrit terhadap persoalan-persoalan berikut.
1.       Nyatakan akta mana yang membolehkan polis menangkap orang yang memakai baju kuning BERSIH.
2.       Apakah ciri-ciri subversif yang ada pada BERSIH 2.0?
3.       Mengapakah PERKASA tidak pula dianggap subversif?
4.       Yang mana satu sebenarnya dikatakan menyalahi undang-undang; organisasi BERSIH, pemakaian dan penjualan baju-T BERSIH atau Perhimpunan BERSIH?
5.       Mengapa Ibrahim Ali yang sudah acap kali mengeluarkan kenyataan yang mengancam keselamatan negara tidak diambil tindakan, malah diusik pun tidak?
6.       Mengapa apabila puak UMNO dan PERKASA mengadakan demonstrasi yang mengancam keselamatan negara, dibiarkan?Polis mengawal sahaja.
7.       Mengapa polis hanya menyuraikan secara lembut demonstran UMNO dan PERKASA yang melakukan provokasi. Mengapa tak tangkap dan gari secara kasar macam polis lakukan kepada rakyat yang menyokong BERSIH?
8.       Mengapa polis tidak menjalankan tugas secara adil kepada rakyat dalam hak berhimpun secara aman?
9.       Mengapa polis menutup pintu rundingan dengan penganjur BERSIH 2.0? Adakah ini kerana tekanan Menteri Dalam Negeri sendiri merangkap Naib Presiden UMNO?
10.   Apakah apabila PM menyetujui perhimpunan BERSIH diadakan di stadium, maka BERSIH tidak lagi kotor pada pandangan polis?
Kami dengan ini mendesak Ketua Polis Negara menjawab persoalan-persoalan ini secara jujur demi membersihkan institusi pasukan keselamatan. Berilah peluang rakyat menilai hujah-hujah Tuan.
 

No comments:

Post a Comment