Monday 4 July 2011

APCO Meracun Dalam Isu BERSIH?


- oleh BayangDiAir
Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH 2.0) telah diisytiharkan sebagai pertubuhan haram. Begitu perisytiharaan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengikut seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.

Kata PM Najib pula, "Ini semua (perhimpunan haram) sebenarnya bukan tujuannya untuk memperbetulkan sangat sistem yang ada tetapi bermotifkan politik untuk mendapatkan kuasa melalui cara yang tidak demokratik.”

Mengapa begini jadinya? Mengapa PM anggap pembangkang hendak menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik sedangkan sudah berbuih mulut kita mengatakan bahawa kita hanya berhimpunan secara aman untuk menyampaikan memorandum kepada DYMM SPB Yang Dipertuan Agong.  

Bagi orang ramai yang terdedah kepada berita maya dan ceramah, pasti mereka jelas apa yang disarankan kepada setiap peserta walk for democracy. Jangan lupa rujuk Harakah cetak keluaran terbaru. Siapa sekali dengan panduan “do and don’t”. Apakah KDN tak baca atau sahaja buat tak faham hasrat itu? Buta hati sangatkah Pak Menteri? Busuk hati perut sangatkah para penjilat BN ini?

Kalau orang ramai boleh akses kepada informasi itu, masakan PM dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri macam katak di bawah tempurung sifatnya. Cukuplah Ibrahim Ali dan Ezam serta gerombolannya menjadi katak-katak jelmaan. Tak cantiklah negara ini kalau diketuai oleh spesies katak.

Kita jangan lupa APCO. Inilah organisasi rujukan kerajaan. Berjuta-juta ringgit duit dibelanjakan. Tak kan APCO diam sahaja demi survival BN. Justeru kita bimbang kalau-kalau APCO-lah menjadi subversif yang memasukkan jarum fitnahnya untuk menghancurkan negara ini.

Sebelum ini kita sudah bantah khidmat APCO digunakan. Kita bimbing perkara macam inilah berlaku. Elok-elok rakyat tinggal aman damai, tak pasal-pasal kita bergaduh kerana dengar dan percaya nasihat musuh. Memang kita tak tahu apa sebenarnya peranan APCO yahudi dalam isu BERSIH ini. Yang arif hanya APCO dan pihak yang bekerjasama dengan mereka sahaja.

Sekiranya benarlah PM dan Menteri Dalam Negeri mendapat nasihat APCO dalam mengekang kemaraan dan tuntutan BERSIH ini, kita menasihatkan agar mereka kembali kepada jatidiri rakyat Malaysia. Kita ada Yang Dipertuan Agong. Baginda telah memberi titahnya yang cukup berhemah dan bijaksana. Buang APCO, agongkan nasihat Payung Negara. Kita nanti respon PM terhadap titah Tuanku. Semoga berhasil satu natijah yang baik untuk keadilan dan kesejahteraan negara.

No comments:

Post a Comment